Dua hari di Subang Jaya. Lepak bersama Khairul Arifin, seorang director muda bervision CGI dan idea kreatif yang tinggi. Mula dikatakan mau shoot short film tentang moral values. Dan bila tiba serta last minute problem, script tukar gila last second dan shoot benda lain. hahaha.
Apa pun, sepanjang dua hari aku bertemu dengan few of other guys yang cool-cool belaka. Budak law dan mass comm yang minat theatre and production. Learn few new stuffs myself, had fun and gain valuable new experiences. The best thing is, manage to come up with something meaningful for me and Bulan. ;)
I used the 2 hours time travelling in bus from Melaka to Bukit Jalil and fro, to finish up Di Hadapan Pulau by A. Samad Said. Walaupun waktu sekolah dah pernah di'paksa' belajar novel ni. Tapi pembacaan dalam 4 jam tu yang membuatkan aku lebih faham apa yang Aziz dan Afidah rasa. Walau tak mungkin aku faham kerana yang merasa pasti lebih mengerti dari yang sekadar melihat, tapi sekurangnya tulisan pak Samad ini membuatkan aku menilai semula kehidupan. Betapa aku sebenarnya belum pernah betul-betul bersyukur dengan kehidupan sendiri. Dan mungkin juga aku tidak akan pernah mampu bersyukur dengan nikmat kehidupan, selagi nikmat itu masih ada. Tidak akan cukup dengan ungkapan "Aku bersyukur dan redha dengan nikmat yang telah kau berikan kepada aku, ya Allah."
Selamat.
eh, balik Malaysia?
ReplyDeleteLuna: yesza. :)
ReplyDelete-reverie-