Selamat sejahtera.
Isra' dan mikraj tanpa perlu kita terangi sudah diketahui berbillion manusia sebagai salah satu mukjizat besar Rasulullah saw. Berpuluh talk pernah kita dengari tentang peristiwa isra' dan mikraj. Bagaimana penerimaan masyarakat quraisy kepada pengakuan Nabi tentang peristiwa ini. Bagaimana Abu Jahal sanggup menaja majlis untuk nabi mengumumkan Isra' kepada masyarakat quraisy dengan niat mahu memfitnah Nabi sudah menjadi gila. Kerana itu didalam majlis itu, Nabi sekadar menceritakan peristiwa isra' sahaja tanpa menceritakan mikraj kerana baginda tahu masyarakat quraisy pasti tidak dapat menerima perkara itu. Isra' sahaja pun sudah tak dapat diterima apalagi jika diceritakan mikraj? menaiki langit? Pasti dikecam gila segila-gilanya.
Sungguh Isra' dan Mikraj mengikut logik akal adalah peristiwa gila. Tidak masuk akal. Kalau siapa-siapa selain Rasulullah mengakukan peristiwa ini, sudah pasti kita kata dia gila. Memang masih tidak ada teknologi dunia, berasaskan sains yang mampu membawa seorang manusia merentasi bumi dan seterusnya naik ke langit dan sempat transit dibeberapa tempat, Madinah, Thursina, makam masyitah. Malah sempat Nabi sempat bersolat sunat lagi tatkala transit itu. Tak cukup dengan itu berhenti dilapisan-lapisan langit bertemu dengan golongan manusia dan nabi-nabi terdahulu. Semua ini dalam masa hanya beberapa jam lalu Rasulullah balik semula ketanah asal baginda.
Namun isra' dan mikraj ini bukanlah dapat dibuktikan dengan sains dan logik kerana umat Islam mengakui kekuasaan Allah swt mengatasi logik akal. Sedang logik akal diciptakan oleh Allah, mana mampu logik akal membuktikan kewujudan Allah swt. Sungguh memang banyak cubaan-cubaan menggilakan isra' dan mikraj tidak kurang juga membuktikan isra' dan mikraj dari segi sains dan teknologi namun apakah maksud disebalik peristiwa isra' dan mikraj ini untuk muslimin dan muslimat yang mengimaninya?
Maksud ini dapat dilihat dari perbualan antara Abu Jahal dan Abu Bakar ra. Dimana Abu Jahal berkata "Kau lihat Abu Bakar, rakan kau Muhammad tu sudah gila. Diceritakannya perjalanan kemadinah, thursina dan sebagainya dalam masa beberapa jam saja. Sedangkan kita jika mau kesana mengambil masa 40 hari." Lalu Abu Bakar menjawab kepada Abu Jahal,"Sekiranya Muhammad berkata dia naik kelangit (mikraj) pun aku akan percaya." Lalu dikurniakan gelaran siddiq kepada Abu Bakar dan tergolong dalam golongan Siddiqin, yang membenarkan yang mana tarafnya adalah lebih mulia daripada para syuhada disisi Allah.
Adapun isra' dan mikraj adalah mukjizat yang bertepatan dengan kalimah Maha suci Allah, subhanallah. Bukan untuk dibuktikan dengan sains dan logik tetapi untuk menguji keimanan dan kepercayaan kita. kerana itu muslimin dan muslimat, kita juga digelar believers. Believe it or not! Subhanallah, berkata muslim kepada manusia-manusia yang sibuk mempersoalkan logik dan saintifiknya isra' dan mikraj yang membawa maksud, maha suci Allah daripada segala tohmahan, kejian dan umpatan kaum manusia yang telah buta mata hati dan bertuhankan sains dan logik. Sesungguhnya Allah telah menciptakan semuanya maka adakah mustahil untuk Allah menjadikan isra' dan mikraj?
Tersebut juga dakwaan oleh golongan yang mempercayai dan mengimani, jika syariat Islam oleh Allah bertentangan dengan logik akal aku, maka akan aku campakkan akal aku jauh-jauh kerana kalimah Subhanallah, Maha suci Allah dari segala kekurangan.
Wallahu'alam
*Tulisan diilhamkan oleh talk dari syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki. Semoga sama-sama kekal diberikan hidayah agar tidak buta mata hati.
bersikap skeptikal adakalanya tak berguna menerangkan perkara2 ghaib.
ReplyDeleteAqram: nama pun perkara ghaib. keyakinan dan iman masing-masing lain-lain. semoga mendapat yang terbaik.
ReplyDeleteSetuju dgn Aqram.
ReplyDeleteSetuju dgn Reverie.
setuju dengan hidemichi yang setuju dengan reverie dan aqram~
ReplyDeleteHidemichi, dodu: Selamat.
ReplyDelete:-)
ReplyDeleteshinawawa: :)
ReplyDelete