Showing posts with label Entri famili. Show all posts
Showing posts with label Entri famili. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Tribute khas: Mama dan Baba.

Terima kasih kepada kedua-dua ibu ayah aku yang merupakan ibu dan ayah terbaik yang aku boleh dapat. Tak perlukan mother's day atau father's day untuk khabarkan pada ibuayah.

Dari kecil, baba kerja dan mama akan uruskan welfare anak-anak. Baba waktu sibuk kerja selalu juga tak ada kat rumah. Outstation. Thailand, India, entah mana-mana lagi baba pergi atas banyak sebab. Untuk KPPK la. Pegawai pendidikan la. Pergi Germany pun ada. Baba tak ada tak apa. Bila balik baba bawa balik buah tangan berlambak-lambak. Biar tak ada simpanan duit. Tapi segala buah tangan. baju baru. Perhiasan yang baba belikan sampai penuh rumah semua sudah cukup untuk aku. Didikan baba sampai tak pernah umur aku rasa duit tu tak cukup waktu sekolah. Tak pernah aku inginkan henfon sabun ke, daun ke, n-gage ke. Nokia 3310 pun aku tak pernah umur mau cuba pakai waktu sekolah dulu. Tak pernah juga aku minta ps2 ke. Benda-benda mahal. Tak ada. Baba dah cukup pandai melabur duit untuk anaknya. Belikan basikal Rm3ratus lebih untuk aku. Encyclopedia ada 2 set penuh kat rumah aku. Apollo punya satu. Lagi satu aku lupa apa tah. Encyclopedia kanak-kanak lagi la. Dari kecik aku diajar untuk tak maukan sangat benda materialistik. Bila ejen kapur jenis buka tudung dan kesat tu datang sekolah buat promosi, aku tak berminat langsung mau beli. Setiap pagi isnin atau malam ahad aku dah terbiasa kapur kasut guna kapur yang ada batang tu. Pelan-pelan kayuh. Bila member gila tamagochi. Aku tak minta ayah aku. Tapi aku simpan duit makan sikit-sikit dan main tikam sampai dapat. Haha. Bila kantoi mama tak sampai hati pula nak buang pasal aku dah simpan duit makan. Kereta control ada satu abang aku punya. kereta control tu lah aku, adik aku main. Turun temurun. Bila waktu sekolah nak buka, aku tak ada minta baju baru, beg baru dari parents pasal aku tau baju lama masih boleh pakai.

Dan mama. Kering tak kering, kerja pukul aku je. Salah sikit kena libas. Cubaan ponteng mengaji, kena sebat dengan hanger. Cubaan ponteng sekolah alasan demam, kena libas. Korek tabung adik buat beli peluru belerang pistol, kena sebat. Buli adik, kena sebat. Balik lepas azan maghrib, kena sebat. Tak sembahyang? Huh, separuh mati kena kerja. Setakat hanger tu benda biasa. Dah jadi adat. Tahap gaban sikit kena tali pinggang, berbirat. Batang penyapu. Getah paip. Apa saja yang boleh capai. Tapi mama pandai. Bila sebat, mama tau nak sebat kat mana. Biar berbirat badan, peha. Mama pandai target. Muka, leher, tengah2 dada, tengah2 ehem-ehem semua dielakkan. Dan mamalah wanita yang kuat bangun setiap pagi, siapkan makan minum setiap hari, hantar sekolah, ambil balik, hantar tusyen yang jauh bandar ke Klebang. Ambil balik. Ajar mengaji. Jaga malam tengok kitorang buat homework setiap malam. Tak fail langsung. Tak pernah mama tak buatkan makan minum pagi-pagi. Tak pernah juga mama kata, malas nak hantar pergi sekolah. Pergilah jalan kaki. Mama jugalah yang bawa pergi kelas ugama. Ustaz Ahmad. Ustaz Rahim. Ustaz Fuad Al-maliki. Ustaz apa lagi? Tersohor juga nama nenek dan mama dikalangan ustaz-ustaz ni.

Mama pernah pasang impian untuk aku masuk tahfiz, ambil ugama. Jadi ustaz. Aku tak mau. Apa barang sekolah pondok. Aku ingat sekolah pondok kena mandi guna perigi. Tak belajar sains. Kena sebat dengan ustaz siang malam. Sekadar belajar ugama. Aku tolak bulat-bulat. Aku mau belajar sains. Sekarang, kalau aku dapat peluang. Nak juga aku belajar ugama tinggi-tinggi. Penuhkan ilmu didada. Pasal dah termaktub, antara amalan yang ada untuk kita bila meninggalkan dunia adalah doa anak yang soleh.

Pokoknya, biarpun dulu aku pernah rasa geram, tak adil sebab kena sebat dengan mak ayah aku. Biarpun satu masa dulu aku pernah benci mereka sebab kena belasah bila buli adik aku. Dulu, aku pelih kenapa tak boleh tengok tv, kartun hari-hari. Kenapa nak kena mengaji pula hari-hari. Kenapa kena sebat bila ponteng puasa. Kenapa kalau result teruk kena penyepak. Bila menjawab dengan orang tua kena pelempang sulung. Sekarang aku faham dah. Semua perlakuan mama baba pada aku dulu-dulu. Semuanya bersebab. Aku lebih rela disepak, lempang,dan belasah kecil-kecil supaya bila besar aku tau adab. Aku tau duduknya aku. Biar aku diterajang kerana aku akan ingat mana silap, mana salah. Daripada aku dimanja-manja dan akhirnya membesar jadi seorang yang tak tau adab. Kurang ajar pada orang tua.

Aku nak ucapkan terima kasih kat sini pada mama dan baba kerana besarkan aku cukup dengan makan dan minum yang mewah. Utamakan aku untuk mendapat pelajaran tinggi sehingga sekarang belajar di England. Beri aku peluang belajar ugama Islam. Dan menjadi tempat bergantung waktu-waktu susah.

Dalam pada 1000 orang yang dipilih, 999 adalah penghuni neraka. Allah, berikan rahmah dan hidayah mu agar aku, ahli keluarga dan rakan-rakan tergolong dalam golongan yang 1 itu.

Ameen

*Anak-anak aku nanti aku nak sepak terajang juga bagi beradab sikit. hahahah ;p

Sunday, February 07, 2010

7th Februari Harijadi Mama

Hari ini harijadi mama. 7th Februari.

Selalu dulu aku kena belasah, kena bantai. Dengan rotan, hanger, penyapu pun ada. Kena duduk luar rumah. Setakat kena marah tu perkara biasa. Mama kata mama pukul aku pasal aku suka melawan. Haha. Jangan salahkan aku, darah yang ada dalam diri ni darah panas Baba juga. Mana boleh duduk diam je.

Pernah waktu sebelum PMR, mama masuk bilik menangis. Kata risau tengok aku. Balik sekolah je aku naik bilik tidur. Naik bilik tidur. Tak nampak aku belajar maka mama risau. Biasalah ma, anak muda. Mana nak study sangat. Takkan depan ibu bapa baru nak belajar, betul tak. Itu hipokrit namanya. Tapi aku tau, sebab aku belajar dulu pun kerana nak menggembirakan mama ayah aku. dan juga sebab nak bersaing dengan abang first aku yang gempak result dia. Maka bila keluar keputusan PMR, alhamdulillah, mama tersenyum. Tu pun dah cukup dah. Tak payah ganjaran2 untuk keputusan-keputusan yang baik.

Dan bila datang SPM, mama dah semakin rilek. Tak push-push dah sebab dah faham cara aku belajar. Alhamdulillah juga SPM buat mama dan baba tersenyum. Dah cukup semua tu.

Banyak benda aku menyusahkan mama sebenarnya. Waktu lepas spm, sambung belajar pun mama risau gak. Sebab tengok aku macam tak sungguh-sungguh apply benda semua. Masuk matriks, ponteng kelas segala lengkap. haha. Aku ponteng sampai lecturer aku ingat aku dah berhenti belajar. Tapi kat sinilah, waktu ponteng nilah aku mula belajar main gitar dengan member aku. Jamming siang malam. Mana nak pergi kelas. Final untuk first sem aku hadapi gak lalu dapat 2.4. Dan lepas tu aku keluar. Mama tak berdaya cakap apa dah. Nak larang pun dah tak larat. Kerja setahun. Lepas tu mama lah yang duk hari-hari tengok paper, iklan belajar mana semua diambil dan diberitahu aku. Bawa aku pergi interview misc dan segala. Kalau tak aku pun tak tahu mana aku nak pergi waktu tu.

Sampailah masuk ke institut pembunuhan kreativiti minda remaja. Tempat membasuh kepala hotak anak muda untuk menjadi rigid dan tidak berkembang. Dan tahniah, seorang member aku dah berjaya dibasuh ke tahap tu. hahaha. Aku memang tak la. Maaf. Disini aku belajar jadi manusia balik. Bukan jadi budak lepasan SPM yang konon rebellious tapi tak tau arah tuju yang jelas. Kat sini aku mula kenal ilmu-ilmu social dan humanity. Mula berminat untuk mengetahui.

Sehinggalah nak fly. Persiapan banyak mama tolong. Kemas-kemas semua. Aku memang jenis lagi 2 hari nak fly baru nak kemas. Tapi mama tak, maka mama lah yang tolong semua. hehe. Bertuah anak mak. Sampai waktu nak fly semua berkumpul. Waktu aku nak pergi, mama tak menangis. Eleh, tahan hatilah tu. haha.

Sehinggalah semalam aku skype. Mereka buat birthday party kat rumah. Segala macam makanan ada. Yang tak tahan tu, makan satay depan aku dalam skype. Cih, buat terliur. Tak pe, balik nanti aku repeat semua sampai habis. Dan bila aku nyanyikan lagu happy birthday guna gitar dalam skype. Air mata menitis di pipi mama. Hoho. ;)

Mana nak dapat mama yang sempoi macam ni. Didikan agama diberi. Falsafah diterapkan dan diajar disamping tu tetap diberi kebebasan untuk bersosial. Aku ada teman wanita, tak pernah mama nak marah. Orang taman, jiran-jiran bawa mulut cerita bukan-bukan adalah. Tapi tak de nye mama nak layan.

Dan mama jugalah wanita yang tabah. Macam-macam perkara mama lalui, aku tahu. Yang membebankan. Yang memberatkan. Aku tahu tapi semuanya dilalui dengan perasaan redha dan optimistik.

Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Harijadi Ma. Harijadi yang ke-54. Semoga sentiasa sihat disamping orang yang tersayang.

*Macam mana pun best mak kaorang. Best lagi mama aku. haha.

Tuesday, November 03, 2009

Entri khas buat Baba

Ayah aku seorang yang kuat. Ayah aku gagah. Ayah aku membawa perwatakan sentiasa perwira sepanjang aku mengenalinya sejak kecil. Ayah aku seorang bekas guru. Ayah aku mempunyai hati yang amat murni. Selalu membantu. Kerap memberi pertolongan sesiapa yang meminta. Ayah aku seorang atlet. Memenangi Liga Divisyen. Memenangi perlumbaan dan acara balapan lain. Berlari sebaris dengan pelari Negara pada waktu ayah aku muda. Ayah aku kacak dan menarik. Menjadi idaman para gadis. Pernah ketika aku melepak minum di kedai mamak bersama ayah aku, aku korek cerita daripadanya. Jumlah teman wanitanya cukup ramai. Dengan yang itu, yang ini. Tidak boleh cerita detail. Takut Mama cemburu ;p

Dulu waktu aku kecil, bila hari Guru. Rumah aku penuh dengan hadiah daripada murid ayahku. Dalam rumah aku itu, 1/3 barang pelajarnya beri. Jam dinding saja dah ada tiga empat. Meja kaki ikan 'Feng-Shui' kuat import daripada China juga hasil pemberian orang.

Dulu malam-malam ayah aku selalu dapat call. Cikgu tu, cikgu ni, semua minta tolong. Kena transfer, nak transfer sana, nak transfer sini. Ayah aku tolong satu-satu. Tak lesu menghulurkan bantuan. Aku kagum dengan ayah aku.

Sekarang bila dah bersara, tak ramai dah yang cari. Tak ada call lagi minta tolong. Tak ada call lagi nak tanya khabar lalu minta tolong guna bantu sikit2. Hadiah pun dah kurang. Hari guru tak ada limau atau epal2 free lagi. Jam dinding pun kena beli sendiri. Siapa dulu? Siapa dulu yang selalu menelefon. membodek. Senyum simpul yang palsu!

Tapi tak apa baba. Mereka semua tak perlu ada. Kerna ayah aku tahu, Ayah aku ada Mama. Ada 5 orang lagi anak laki-laki. Itu sahaja sudah cukup. Kami selalu dibelakang masing-masing. Siapa ganggu, minta simpang. Kena pijak, diam-diam.

Ayah aku tahu sekarang, ayah aku tidak perlukan apa lagi. Selain keluarga ini. Dan aku, seorang anak laki-laki. Aku pun tahu. Aku tidak mahu ayah yang lain.

Selamat Hari Jadi Baba. Semoga Baba diberi kesihatan. Diberi kemuliaan. Diberi kesejahteraan bersama dengan Mama untuk hidup lama. dan lama. Sehingga kami beradik kahwin. Sehingga memperoleh anak yakni cucu ayah ku. Dan sehingga ayah ku sendiri seronok dan puas dengan kehidupan.

*Ini kerana aku tahu, aku akan bergenang jika sesuatu menimpa keluarga tersayang ini.
Ba, maaf lambat wish. Saya pergi ke Nottingham minggu lepas.

Sunday, May 10, 2009

Warkah tak seberapa daripada bayi yang comel

Warkah tak seberapa buat Mama,

4 Ogos 20 tahun yang lepas, mama bertuah kerana mendapat seorang bayi yang sangat comel lagi bermasa depan cerah. Satu dunia kata pada mama, "Bertuahnya Jah. Lawa anak Jah." Satu dunia memuji kecantikan dan kegebuan kulit putih anak mama itu. Semua berebut nak dukung. Oh! Sungguh bertuah mama.

Namun apa yang orang tak sedar, yang benar bertuah adalah bayi comel itu. Cukup makan dan pakai diberikan. Kasih sayang dan belaian lengkap. Tidak akan atau pernah bayi itu ingin meminta lebih daripada mama. Apatah lagi meminta untuk mama yang lain. Jika dapat pilihan harta sedunia pun bayi itu lebih rela memilih kesejahteraan mama. Sungguh!

Bayi itu berpesan kepada saya (selaku penulis yang kacak) untuk memberitahu mama:-
- Simboliknya hari ini adalah sama dengan setiap hari-hari yang lain iaitu hari kasih sayang daripada seorang anak untuk mama.
- Tiada hadiah konkrit yang dapat diberikan kepada mama buat masa ini tetapi cuma satu yang bayi itu berjanji, untuk memberikan doa daripada anak yang soleh sentiasa setiap waktu agar mama selalu diberi penghormatan tertinggi serta rahmat dan syafaat oleh Allah S.W.T untuk menjadi penghuni syurga tertinggi selayak rasul2, nabi2 dan alim ulama' yang lain. Kerna itulah yang bayi itu rasa paling layak untuk mama dan hanya yang layak untuk mama. Serta itulah juga hadiah yang 'paling sukar' untuk diberikan kepada kaum ibu oleh anak2 mereka. Dengan ini bayi itu meminta agar terus diberi kekuatan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang demi mendoakan kesejahteraan mama beliau.

Warkah tak seberapa ini ditujukan khas buat ibu-ibu serta bapa-bapa yang sama cantik seperti bayi comel tersebut, iaitu Baba, Nenek, Ngah, Aunty Yah dan paling khas buat Mama.
Selamat Hari antara Hari-Hari Ibu

*Tiada reaksi melampau dibenarkan bagi post ini. Sekadar untuk tatapan mama.