Saturday, February 27, 2010

Pre-Malaysian Night

Bilik aku berselerak oh. Rambut penuh dalam bilik air, tadi acan main gunting2 rambut aku trim. Dah bertambah hensem balik dah. ;p

Ifek-ifek aku dah sampai oh. Stim bila main. walaupun gitar squier strat dan amp squier, tapi puas hati la juga. Ada rezeki sambar gitar sentap nanti la. hehe.

Esok Malaysian Night oh. Praktis setiap malam selama 3 minggu untuk satu malam esok. Semoga semua baik-baik saja. Ada member aku nak buat kelakar jerit2 nama aku waktu babak serius aku nanti. Minta aku tak tergelak sudah la. Nawe punya member.

Kepada semua member yang datang nak tengok, aku cuma nak kata tahniah. Kau bertuah dapat tengok Malaysian Night di warwick. Kepada yang tak datang tu, tak pa lah, aku faham kesibukan. Macam2 event esok. Sheffield games. Imperial games. Liga bola portsmouth. Saturday Night Fever. dan lain-lain yang tak segempak MNight Warwick la of course.

Ada video-video lama tahun2 lepas punya persembahan di youtube. Cuma taip 'Warwick Malaysian Night (tahun)' dan dapat tengok.

Ada yang komplen di video-video itu, dikir barat cacat. Tak ada kesenian dikir kelantan. Sumbang. Lari jauh dari adat dikir barat. Tapi aku tetap bangga. Tak pernah ada dikir barat yang aku tengok mana yang terlibat terdiri daripada semua kaum. Ini dikir barat Malaysia! ;)

Walaupun tak cukup instrument wajib dikir yang 6 tu dalam dikir kami. Dan kami hanya guna kompang sebagai alat musik. Ditambah dengan beberapa alat musik lain. Tapi, aku tetap bangga. Lagipun mana nak dapat gong, gendang tu semua kat bumi Negeri Bersatu ni. Make do with what we have.

Akhir sekali, selamat maulidur Rasul! Biasa time2 ni aku follow rombongan family aku yang buat kenduri selawat. Tapi tahun ni tak ada lah. Selawat sendiri-sendiri sudah.

;)

Monday, February 22, 2010

Update pendek2 dan laju2.

Mungkin tidak akan ada update sehingga minggu hadapan kerana siang kelas, malam praktis theatre untuk Malaysian Night Sabtu akan datang dan bila free recording lagu. Wish me luck.

Remember!
"There's more to life than coping with it's pace."


This's for Bulan.

;)

Thursday, February 18, 2010

Words are understood as how you want to understand them.

1) There will come a time when the Malays be pushed to their limits, out of the comfort zone. At least I hope the time will come. So then they would realize what need to be done in order to survive.

2) The scenario now every 5 years in Malaysia is like you are given two choices. First, the same old shit that's rotten on your right hand. Then there's also a shit on your left hand but it's just newer and not so rotten as the one in your right hand. Now, you are asked to choose which shit you want. So, think yourself. Why even bother choosing when the best you can choose is still shit?

3) They ask you to be responsible. Fulfill your responsibility. But! Why do you need to be responsible when what you are choosing is not doing what they are responsible for?

4) If you see a group of frogs. One kind is brown in colour. Another is black in colour and the other is white in colour. Do you call them white,black and brown or just frogs?

5) When clowns bullshit they make people laugh and smile. When politicians bullshit, they do it at the expense of others.

6) No matter how hard is it, your loved ones always give reasons for you to keep going on strong.

* It's 4:14am here. Exhausted after a long day. Still many works to be done. May all of you have blissful time ahead with your loved ones. ;)

Monday, February 15, 2010

Lelaki suka sepah?

Untuk effect,aku dapat good bargain weh kat ebay. haha. sempoi. dah dapat nanti aku update gambar-gambar.

Cuti seminggu, reading week. Reading week = cuti bagi aku. Masa untuk update nota, baca mana-mana tinggal. Tapi tetap tight schedule, ada praktis hampir setiap malam, Warwick Malaysian Night makin dekat. Tinggal 2 minggu saja lagi. Cepat-cepat habis, boleh rehat dah. Aku tak sabar nak balik Malaysia. Rindu environment Malaysia. Bagi aku, Malaysia beratus kali ganda lagi best dari UK. Dari banyak segi. kecuali barang2 la. Sini ori dan murah2. Semua barang murah. Tapi dari segi food, environment, social life. Malaysia terbaik. UK tak habis party je depa ni. Malam minggu je mabuk. Tak ada aktiviti yang lain2 yang best2.

Kemas bilik tadi. Sikit-sikit la. Dah makin semak. Barang makin banyak, bilik jadi makin sempit. Nak sembang sikit pasal kepelikan aku bila orang kata bilik lelaki selalunya sepah. Memang sangat aku tak setuju. Perempuan pun bukannya bersih sangat. Bersih ke sepah ke, tak tertakluk pada jantina. Tetapi lebih kepada individu bagi aku. Ada je perempuan sini yang tak tau jaga kebersihan. Makan, masak tinggal je dalam sinki. Ada. True real life story. Lelaki? Bilik member aku bukan main wangi. Tandas siap carpeted lagi. Sendiri. Floor siap vacuum. Dan dia seorang lelaki, bukan perempuan. Member lain pun ada je bersih juga. It's more to individual choices and not the gender. ;)

Dan bila orang kata lelaki barang sepah. Memang sangat tak betul la bagi aku. Kau tanya aku mana aku letak barang, semua barang aku, aku tahu kat mana. Nota yang bercelaru tu aku tahu yang mana satu nota socio, mana nota culture dan mana nota oracy. Mana aku letak spectrum gitar, aku tau. Hanset kat mana, aku tahu. Spray deodorant, aku tahu. Semua benda aku tahu sebab benda aku dan aku tahu aku letak mana. Tapi kau masuklah bilik aku dan kemas. Semua masuk dalam rak-rak dan laci. Hampeh, memang aku tak tau lagi dah mana barang2 aku. Nampak kemas, tapi berserabut sebenarnya. Faham tak? Itu la sebenarnya yang berlaku. Biar nampak serabut tapi aku tau mana letaknya barang aku. Daripada meja bersih, tapi bila nak pakai barang, melilau cari. Lagipun atas meja apa gunanya kalau tak letak barang. Tak gitu? hehe.

Elaun dah masuk. Cuma beberapa orang member je lagi tak masuk termasuk aku. Mungkin esok masuk la kot. Lambat proses sikit. Tak apa, dah banyak hari tak makan daging. Biasa dah. Terima kasih sebab mengajar aku erti kepayahan dan kesabaran. Bila lapar, lagi senang otak nak berfungsi dan fikir, lagi banyak idea keluar. Tapi kalau boleh jangan la masuk elaun tipu-tipu lagi. Boleh botak kepala kalau selalu-selalu macam ni.

Selamat tahun baru cina kepada semua rakyat Malaysia dan selamat hari kekasih kepada yang bercinta.

p/s: Kekasih patut disambut setiap hari dan bukannya hari kekasih saja. Begitu juga orang patutnya dihargai setiap hari dan bukannya harijadi saja. ;)

Friday, February 12, 2010

Diari Hidup dan Musik

4 Hari tak update. Nak tau apsal? Pasal aku agak busy. Pertama sibuk mencari rumah. Alhamdulillah baru tadi konfem booking rumah untuk tahun depan. Rumah yang sempoi dengan sewa yang murah. Dalam paling banyak masuk bil pun 70 pound seminggu, sekarang ni aku bayar dekat 92 pound seminggu. Gila jauh beza harga dia. Siap ada rumah lagi rumah tahun depan. Tumble dryer free. Sekarang nak guna dryer kena 1 pound sekali dry. Hampas tol. Semua duit.

Dan lagi satu. Ifek Marshall jack-hammer JH-1 aku dah sampai. Beberapa hari lepas. Dalam masa yang sama member aku zofu tolong otter gitar kapuk aku menjadi electro-coustic. Daripada kapuk kepada boleh cucuk sambung kat amp dan ifek dan keluarkan bunyi. Dapatla aku main-main dengan JH-1 aku dan juga DD400 (digital delay behringer). Memang behringer je. Tapi jadi la untuk aku yang baru-baru nak mula study ifek gitar ni. Pasal jackhammer tu, aku dapat untuk harga lebih kurang Rm105 je. Murah dan sempoi. Bunyi yang tak kasar dan jahat sangat pun. Tapi cukup kasar untuk tambah sikit berat pada bunyi clean + delay. Puas hati. Distort dan overdrive dua-dua ada.

Dah beberapa video dan buku aku baca tentang ifek ni. Belajar macam mana guna. Setakat ni yang aku berminat nak dapatkan untuk masa depan adalah compressor, reverb dan delay boss punya. Yang lain tak tau lagi. Super-chorus macam menarik gak. Kena lebih banyak membaca dan tengok video pasal ifek ni baru boleh decide.

Dah dua lagu aku buat. Post-rock. Yang bestnya untuk lagu kali ni. Ini adalah antara beberapa lagu yang aku buat sendiri yang aku puas hati. Yang aku rasa aku boleh bangga. Yang aku suka dengar. Serius, aku buat, aku masukkan dalam ipod aku dan dengar. Dah beberapa hari dah dengar lagu-lagu ni. Sambil-sambil layan explosions in the sky, this will destroy you dan creamson. Deepset tak ada pasal tak jumpa nak download kat mana. Siap record suara lagu second ni aku nak upload dalam myspace dah. Puas hati. haha.

Kerja makin berlambak. Setiap malam praktis. Tak theatre, ada kompang dikir barat. Sampai pukul 11. Tapi kompang lagi enjoy la dari theatre praktis. Kompang aku have fun main macam-macam beat. entah beat apa-apa masuk dengan macam-macam jenis lagu. Dikir kali ni memang barat habis. Lagu beyonce pun ada. Lagu hindustan pun ada. Dan yang bestnya semua boleh masuk. Kompang stail main pun dah lain sikit. Siap ada rolling tu yang aku tak tahan. Tekong kami, Jin memang gempak bab buat beat patterns.

Pukul 2.30 sekarang ni. Nak tidur. Sebelum tu aku nak ucap selamat study kat bumi orang untuk sedara aku di australia dan bulan di new zealand. Belajar-belajar juga. Tapi banyak benda lain lagi kat tempat orang yang kita boleh observe dan serapkan dalam diri untuk jadi lagi baik. Belajar tetap belajar, have fun tetap have fun. Kalau ada rezeki, australia dan new zealand dua-dua aku nak pergi.

Selamat.

Sunday, February 07, 2010

7th Februari Harijadi Mama

Hari ini harijadi mama. 7th Februari.

Selalu dulu aku kena belasah, kena bantai. Dengan rotan, hanger, penyapu pun ada. Kena duduk luar rumah. Setakat kena marah tu perkara biasa. Mama kata mama pukul aku pasal aku suka melawan. Haha. Jangan salahkan aku, darah yang ada dalam diri ni darah panas Baba juga. Mana boleh duduk diam je.

Pernah waktu sebelum PMR, mama masuk bilik menangis. Kata risau tengok aku. Balik sekolah je aku naik bilik tidur. Naik bilik tidur. Tak nampak aku belajar maka mama risau. Biasalah ma, anak muda. Mana nak study sangat. Takkan depan ibu bapa baru nak belajar, betul tak. Itu hipokrit namanya. Tapi aku tau, sebab aku belajar dulu pun kerana nak menggembirakan mama ayah aku. dan juga sebab nak bersaing dengan abang first aku yang gempak result dia. Maka bila keluar keputusan PMR, alhamdulillah, mama tersenyum. Tu pun dah cukup dah. Tak payah ganjaran2 untuk keputusan-keputusan yang baik.

Dan bila datang SPM, mama dah semakin rilek. Tak push-push dah sebab dah faham cara aku belajar. Alhamdulillah juga SPM buat mama dan baba tersenyum. Dah cukup semua tu.

Banyak benda aku menyusahkan mama sebenarnya. Waktu lepas spm, sambung belajar pun mama risau gak. Sebab tengok aku macam tak sungguh-sungguh apply benda semua. Masuk matriks, ponteng kelas segala lengkap. haha. Aku ponteng sampai lecturer aku ingat aku dah berhenti belajar. Tapi kat sinilah, waktu ponteng nilah aku mula belajar main gitar dengan member aku. Jamming siang malam. Mana nak pergi kelas. Final untuk first sem aku hadapi gak lalu dapat 2.4. Dan lepas tu aku keluar. Mama tak berdaya cakap apa dah. Nak larang pun dah tak larat. Kerja setahun. Lepas tu mama lah yang duk hari-hari tengok paper, iklan belajar mana semua diambil dan diberitahu aku. Bawa aku pergi interview misc dan segala. Kalau tak aku pun tak tahu mana aku nak pergi waktu tu.

Sampailah masuk ke institut pembunuhan kreativiti minda remaja. Tempat membasuh kepala hotak anak muda untuk menjadi rigid dan tidak berkembang. Dan tahniah, seorang member aku dah berjaya dibasuh ke tahap tu. hahaha. Aku memang tak la. Maaf. Disini aku belajar jadi manusia balik. Bukan jadi budak lepasan SPM yang konon rebellious tapi tak tau arah tuju yang jelas. Kat sini aku mula kenal ilmu-ilmu social dan humanity. Mula berminat untuk mengetahui.

Sehinggalah nak fly. Persiapan banyak mama tolong. Kemas-kemas semua. Aku memang jenis lagi 2 hari nak fly baru nak kemas. Tapi mama tak, maka mama lah yang tolong semua. hehe. Bertuah anak mak. Sampai waktu nak fly semua berkumpul. Waktu aku nak pergi, mama tak menangis. Eleh, tahan hatilah tu. haha.

Sehinggalah semalam aku skype. Mereka buat birthday party kat rumah. Segala macam makanan ada. Yang tak tahan tu, makan satay depan aku dalam skype. Cih, buat terliur. Tak pe, balik nanti aku repeat semua sampai habis. Dan bila aku nyanyikan lagu happy birthday guna gitar dalam skype. Air mata menitis di pipi mama. Hoho. ;)

Mana nak dapat mama yang sempoi macam ni. Didikan agama diberi. Falsafah diterapkan dan diajar disamping tu tetap diberi kebebasan untuk bersosial. Aku ada teman wanita, tak pernah mama nak marah. Orang taman, jiran-jiran bawa mulut cerita bukan-bukan adalah. Tapi tak de nye mama nak layan.

Dan mama jugalah wanita yang tabah. Macam-macam perkara mama lalui, aku tahu. Yang membebankan. Yang memberatkan. Aku tahu tapi semuanya dilalui dengan perasaan redha dan optimistik.

Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Harijadi Ma. Harijadi yang ke-54. Semoga sentiasa sihat disamping orang yang tersayang.

*Macam mana pun best mak kaorang. Best lagi mama aku. haha.

Friday, February 05, 2010

Minat yang tak pernah kurang

Aku ni jenis yang mudah berminat dan mudah pula beralih minat. Banyak contoh perkara yang aku lalui dalam kehidupan. Antaranya minat terhadap gadis. Sejak dari kecil lagi aku sudah belajar meminati perempuan, sejak dari darjah dua lagi aku sudah ada 'crush'. Tapi semuanya macam tu saja. Crush-crush tahi ayam. Ia akan berlalu pergi. Begitu juga minat ku kepada lukisan, datang waktu aku darjah empat dan kemudian pergi selepas itu. Sempat juga aku hasilkan beberapa lukisan yang pada pandangan aku tak cantik langsung. Oh, cikgu aku mati pun antara sebab aku berhenti melukis. Disambung lagi minat aku subjek-subjek pembelajaran, tak ada subjek yang aku minat macam nak mati. Tak ada. Aku akui aku gemar dicabar menjawab soalan-soalan matematik dan fizik dahulu waktu di sekolah, tapi ianya sekadar keseronokan sementara. Kepuasan yang aku dapat kerana berjaya menjawab. Selepas itu aku akan lupakan.

Sehinggalah aku habis sekolah. SPM, kerja separuh masa. Aku belajar main drum secara curi-curi dari pengetahuan mama tercinta. Tak akan mama kasi punya aku main jika aku tanya. Sekarang pun mama selalu berkata dengan nada bergurau "Pantang keturunan aku jadi ahli muzik". Maka sebelum tanya baik aku main dahulu. Aku dah belajar beberapa lama, baru mama dapat menghidu kegiatan aku ni. Ye lah, balik kerja lambat gara-gara pergi praktis di studio setiap malam. Studio brader Kiss, gitaris kumpulan Putra yang femes suatu ketika dulu. Dan disinilah aku jumpa akan minat aku yang tak pernah pudar, sehinggalah ke hari ni.

Tak pernah aku berasa bosan dengan musik. Maksud aku bermain musik. Jika kau bagi aku dengar lagu dangdut, memang aku tak berapa nak layan la. Bermula dengan belajar main drum, aku mula cuba-cuba buat band. Band kanak-kanak. Belum matang. Dengan seorang member yang waktu tu juga baru mula-mula belajar main gitar. Banyak benda aku belajar waktu ni. Minat aku terhadap skil-skil teknikal drum semakin bertambah bila di ajar tentang triplet, paradidle dan stroke segalanya. Lebih aku minat. Sehinggalah aku mula berjinak-jinak dengan gig. Dari menyaksikan gig, aku mula merasa bermain dalam gig. Gig pertama anjuran sendiri, oleh aku dan rakan-rakan. Song For Friends nama gig tu. Nama tu diberi begitu sebab kami rasa kami main musik untuk kepuasan dan kepuasan yang ada dikongsi bersama rakan. Havoc gig tu. Kecik tapi dalam serat dua orang tak lari aku rasa. Semua kawan-kawan. Huha huha sama-sama kawan-kawan dengar macam-macam musik yang kawan-kawan juga main. Memang happy.

Tapi selepas itu Song For Friends mula beralih arah. Cuba-cuba mengikut angin kapitalis. Daripada berkonsepkan gig untuk kawan, kearah gig untuk keuntungan dan fame. Maka aku tak follow dah. Nak buat macam mana. Kita main musik, untuk keseronokan dan kepuasan. Dikongsi bersama rakan-rakan. Tapi jika tujuan asal sudah disalah erti dan konflik tercetus, buat apa nak teruskan lagi. Aku tarik diri siap-siap. Maka minat kearah menghasilkan gig-gig juga boleh dikatakan berkubur disitu.

Ada juga masa aku diajar tentang marketing dan business oleh abang aku. Aku ikut dia merata tempat, jumpa dengan ramai orang. Belajar cara manipulate orang dan business. Macam-macam aku belajar. Pelbagai jenis orang aku jumpa. Tetapi, ini semua tak pernah berjaya menarik minat aku secara menyeluruh. Hidup, membawa pengertian yang lebih besar bagi aku selain daripada mencari duit untuk membeli kekayaan materialistik sahaja.

Aku ada juga membeli kamera dslr. Cuba-cuba jejak kaki ke arena fotografi. belajar tentang pelbagai terma-terma fotografi. Member aku Beruk, eh silap. Ayie banyak mengajar tentang perkara ni. belajar memanipulasi cahaya dan function di kamera untuk menghasilkan gambar terbaik. Ini dapat memberikan kepuasan kepada aku. Memang mengambil gambar terutamanya gambar manusia, dapat memberikan kepuasan kepada aku. Setiap kali pegang kamera aku akan cuba macam-macam setting untuk mendapatkan gambar yang cun cun. Dapat cun, upload facebook. haha. Bila orang tengok, orang suka. Aku puas. Tetapi sekarang dah kurang bermain dengan kamera. Mungkin minat sudah berkurangan sekarang.

Kemudian aku belajar-belajar menulis bait-bait indah. Kadang terhasil kadang sampah. Cubaan melahirkan isihati dan perasaan ke atas sekeping kertas memang amat sukar. Setiap benda yang aku tulis, setelah aku baca semula, aku tidak akan puas hati. Aku rasa kurang. Tak cukup. Cuma satu yang aku tulis, aku rasa lengkap. Luahan daripada aku untuk bulan dalam lagu untuknya. Kerana waktu aku mengatur perkataan itu, aku tidak berfikir apa-apa. Aku cuma menulis apa yang aku rasa. Tapi yang pasti, situasi itu tidak berlaku lagi sekarang. Maka, mungkin aku sudah hilang interest dalam menulis bait-bait indah.

Apa yang aku tak pernah bosan pada pendapat aku adalah dua benda. Menulis disini dan bermain musik. Menulis disini membolehkan aku meluahkan sesuatu yang aku rasa. Dan juga sebagai self-reflection strategy. Aku tulis apa yang aku rasa sekarang dan aku baca semula esok atau lusa. baru aku faham kenapa aku berasa begini sekarang. A distorted mind can't think straight. bermain musik, aku bebas mengeksploitasi bunyi-bunyian dengan mood aku. Segalanya bunyi yang lahir daripada permainan alat musik itu seakan-akan dapat melengkapi perasaan. Aku harap aku tak akan bosan bermain musik kerana aku seronok bergelumang dengan bunyi-bunyian yang entah apa-apa. Kadang-kadang member masak kat dapur, aku main gitar. Petik bukan-bukan. Mereka tak faham mungkin, tapi aku faham dan ia memberikan kepuasan.

*Nak simpan duit beli Boss DD-6 or 7 dan juga Jackhammer JH-1 Distortion. Ah gitar elektrik juga. Ah amp? Hmm, kena juga cari duit untuk memuaskan perasaan kerana perasaan hanya dapat dipuaskan dengan nafsu dan nafsu ini memerlukan benda-benda tangible untuk dipuaskan. ;O

Tuesday, February 02, 2010

Cadangan pertama kepada pemimpin

Aku dengar Sultan Selangor sudah masuk campur dalam usaha meleraikan perbezaan pendapat tentang isu kalimah Allah. Jika benar, molek betul. Tak dapat dah pasukan-pasukan opportunis dari dua-dua belah pihak mahu ambil keuntungan daripada perkara itu lagi. Pengeboman rumah ibadah tak kiralah siapa punya pun adalah perkara bodoh yang dilakukan oleh mereka yang sudah pastinya dibayar dengan wang yang banyak. Orang buta pun boleh baca permainan sebegini. Dah berlaku sejak zaman Hitler lagi. Yang eloknya campur tangan sultan selangor ini, aku rasa kerana sudah tak perlu nak fikir pasal hal ini lagi. Tak payah mahu dok gaduh-gaduh lagi. Boleh balik ke persoalan-persoalan asal, perkara-perkara yang lebih patut diambil berat. Ada banyak perkara yang memerlukan penyelesaian sekarang di Malaysia. Aku tak tahulah pemimpin tak nampak, tak tahu atau buta. Jika benar mari aku sebutkan salah satu daripadanya. Kebajikan warga berumur.

Aku terfikir tentang entri ini bila aku baca entri Dari Jalan Kopi yang lalu dimana dia berkata tentang warga berumur yang sudah berumur tapi tetap perlu bekerja mencari rezeki. Jadi jika pemimpin-pemimpin yang lepa dan alpa pasal hal ni, kita perlulah mengingat-ingatkan mereka.

Salah satu cara untuk menambat hati rakyat bukanlah dengan mensensasikan hal isu kalimah Allah milik siapa. Tetapi adalah lebih baik jika di'address'kan isu-isu kemanusiaan seperti kebajikan warga berumur ini. Kerana motif dan tujuannya akan dilihat dengan jelas oleh rakyat. Dan kesannya pasti baik. Bila berkata tentang warga berumur rata-rata akan terfikir tentang mereka di rumah orang-orang tua. Teringat lawatan-lawatan mana-mana menteri ke rumah orang tua dan menyuap makan kepada seorang warga paling tua disitu. Tetapi skop kebajikan warga berumur adalah lebih luas daripada apa yang dipublisitikan ditelevisyen ini.

Pernah tidak kau lihat pakcik-pakcik tua menyapu sampah di balik koridor bangunan tinggi mewah milik kapitalis dan pakcik itu bekerja sebagai buruk kontrak untuk syarikat kebersihan misalnya. Pernahkah juga melihat makcik-makcik tua ambil upah menjaga kebersihan tandas awam. Dan juga warga berumur yang bekerja di kilang-kilang. bekerja kontrak. Kais pagi makan pagi. Yang mana perlu bekerja untuk menyara hidup mereka. Mereka ini warga berumur yang perlu dijaga kebajikan mereka. Bagaimana?

Ini berbalik kepada ketulusan pemimpin. Mereka ada kuasa, mereka ada kekuatan, sama ada mereka mahu atau tidak. Tapi, menjaga kebajikan bukanlah bermaksud memberi bantuan kewangan berbentuk Rm200 setiap bulan. Harga gula menaik. Roti canai pun tambah seposen. Duit bantuan Rm200 mahu buat beli apa? Selain daripada memberi insentif-insentif seperti ini, pemimpin boleh juga mengesyorkan rancangan seperti penyediaan pekerjaan ringan buat warga-warga berumur yang perlu mencari nafkah. Sediakan kerja yang berpatutan dan tidak membebankan. Paling tidak ini cara paling mudah untuk mereka ini dibantu. Kerja-kerja seperti sapu sampah, mop tandas, banting tenaga tak perlulah lagi untuk mereka. Siapkan quota di badan kerajaan dan separa kerajaan untuk warga berumur. 5 peratus misalnya. Dan tempatkan di bahagian-bahagian yang mudah. Misalnya cop setem di pos ofis. Apa-apa pekerjaan yang tidak terlalu berat. Tak akan tak ada? Jika satu badan kecil itu ada 10000 orang pekerja, 5 peratus sudah 500 orang. Ini kiraan kasar. Sekadar memberi pandangan general.

Jika tidak cukup, gunakan syarikat-syarikat swasta. Buat mereka bersetuju dengan sistem quota ini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ini aku bercakap dari segi mereka yang susah dan memerlukan. Kadang-kadang pencen dapat tapi tetap tidak cukup. Bagaimana pencen separuh gaji asal itu dapat menampung belanja sekolah anak-anak. Jika anak di universiti? Perkara ini bukanlah mustahil. Perkara ini bukanlah satu idea bodoh. Jika benar-benar ditelaah dan dilaksanakan perancangannya. Banyak faedahnya.

1, setiap warga berumur akan dipelihara. Sebalik kerja penat-penat mereka tidak lagi perlu membanting tenaga. Dan perkara ini akan dilaksanakan berpanjangan. Maknanya, sekarang ini warga berumur sekarang akan dibantu. Akan datang, kita yang berumur pula akan dibantu. Melahirkan semangat collectivist sesama Malaysians. Tak gitu.

Jika isu efisiensi ingin diketengahkan. Itu adalah tidak adil. Tidak akan cacat keupayaan sesuatu syarikat dengan menggaji warga berumur. Mustahil jatuh bankrap. Pakcik-makcik ini akan lebih bersyukur kerana mereka dibantu. Malah mereka mungkin mempunyai lebih pengalaman. Dan adakah adil untuk syarikat itu mementingkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan serta nilai kemanusiaan? Budaya apakah ini?

Ini sekadar cadangan pembuka saja. Jika nak dilaksanakan, perlu dilihat dari macam-macam aspek lagi. Masalah2 yang akan timbul akibat birokrasi. Siapa tahu masalah apa yang akan timbul. Masalah2 seperti proses aplikasi kerja warga berumur yang akan lebih susah pasti akan berlaku. Rasuah juga satu kemungkinan. Semua perlu diambil berat dan ditimbang supaya dapat melaksanakan polisi yang berterusan dan sustainable. Sudah-sudahlah dengan pelbagai ops atau pelancaran budaya yang akhirnya tiada follow-up dan mati begitu saja. Ni 1Malaysia ni pun, kita tengok berapa lama tahan.

Memang kadang tak rasa apa bila tengok pakcik-makcik menyapu disisi jalan raya. Ada juga diherdiknya pakcik-makcik ini. Individualism semakin membunuh keperimanusiaan kita. Tapi apa rasa jika sedang-sedang kita membuang air ditandas awam, dan terlihat makcik kita masuk tandas untuk membersihkan tandas itu sekadar untuk sesuap nasi? Dan adakah adil jika mereka ini dibiarkan menjalani kehidupan yang sebegitu sedangkan kita mampu membantu.

*Back to the basic of humanity and the meaning of life.

Selamat