Friday, February 05, 2010

Minat yang tak pernah kurang

Aku ni jenis yang mudah berminat dan mudah pula beralih minat. Banyak contoh perkara yang aku lalui dalam kehidupan. Antaranya minat terhadap gadis. Sejak dari kecil lagi aku sudah belajar meminati perempuan, sejak dari darjah dua lagi aku sudah ada 'crush'. Tapi semuanya macam tu saja. Crush-crush tahi ayam. Ia akan berlalu pergi. Begitu juga minat ku kepada lukisan, datang waktu aku darjah empat dan kemudian pergi selepas itu. Sempat juga aku hasilkan beberapa lukisan yang pada pandangan aku tak cantik langsung. Oh, cikgu aku mati pun antara sebab aku berhenti melukis. Disambung lagi minat aku subjek-subjek pembelajaran, tak ada subjek yang aku minat macam nak mati. Tak ada. Aku akui aku gemar dicabar menjawab soalan-soalan matematik dan fizik dahulu waktu di sekolah, tapi ianya sekadar keseronokan sementara. Kepuasan yang aku dapat kerana berjaya menjawab. Selepas itu aku akan lupakan.

Sehinggalah aku habis sekolah. SPM, kerja separuh masa. Aku belajar main drum secara curi-curi dari pengetahuan mama tercinta. Tak akan mama kasi punya aku main jika aku tanya. Sekarang pun mama selalu berkata dengan nada bergurau "Pantang keturunan aku jadi ahli muzik". Maka sebelum tanya baik aku main dahulu. Aku dah belajar beberapa lama, baru mama dapat menghidu kegiatan aku ni. Ye lah, balik kerja lambat gara-gara pergi praktis di studio setiap malam. Studio brader Kiss, gitaris kumpulan Putra yang femes suatu ketika dulu. Dan disinilah aku jumpa akan minat aku yang tak pernah pudar, sehinggalah ke hari ni.

Tak pernah aku berasa bosan dengan musik. Maksud aku bermain musik. Jika kau bagi aku dengar lagu dangdut, memang aku tak berapa nak layan la. Bermula dengan belajar main drum, aku mula cuba-cuba buat band. Band kanak-kanak. Belum matang. Dengan seorang member yang waktu tu juga baru mula-mula belajar main gitar. Banyak benda aku belajar waktu ni. Minat aku terhadap skil-skil teknikal drum semakin bertambah bila di ajar tentang triplet, paradidle dan stroke segalanya. Lebih aku minat. Sehinggalah aku mula berjinak-jinak dengan gig. Dari menyaksikan gig, aku mula merasa bermain dalam gig. Gig pertama anjuran sendiri, oleh aku dan rakan-rakan. Song For Friends nama gig tu. Nama tu diberi begitu sebab kami rasa kami main musik untuk kepuasan dan kepuasan yang ada dikongsi bersama rakan. Havoc gig tu. Kecik tapi dalam serat dua orang tak lari aku rasa. Semua kawan-kawan. Huha huha sama-sama kawan-kawan dengar macam-macam musik yang kawan-kawan juga main. Memang happy.

Tapi selepas itu Song For Friends mula beralih arah. Cuba-cuba mengikut angin kapitalis. Daripada berkonsepkan gig untuk kawan, kearah gig untuk keuntungan dan fame. Maka aku tak follow dah. Nak buat macam mana. Kita main musik, untuk keseronokan dan kepuasan. Dikongsi bersama rakan-rakan. Tapi jika tujuan asal sudah disalah erti dan konflik tercetus, buat apa nak teruskan lagi. Aku tarik diri siap-siap. Maka minat kearah menghasilkan gig-gig juga boleh dikatakan berkubur disitu.

Ada juga masa aku diajar tentang marketing dan business oleh abang aku. Aku ikut dia merata tempat, jumpa dengan ramai orang. Belajar cara manipulate orang dan business. Macam-macam aku belajar. Pelbagai jenis orang aku jumpa. Tetapi, ini semua tak pernah berjaya menarik minat aku secara menyeluruh. Hidup, membawa pengertian yang lebih besar bagi aku selain daripada mencari duit untuk membeli kekayaan materialistik sahaja.

Aku ada juga membeli kamera dslr. Cuba-cuba jejak kaki ke arena fotografi. belajar tentang pelbagai terma-terma fotografi. Member aku Beruk, eh silap. Ayie banyak mengajar tentang perkara ni. belajar memanipulasi cahaya dan function di kamera untuk menghasilkan gambar terbaik. Ini dapat memberikan kepuasan kepada aku. Memang mengambil gambar terutamanya gambar manusia, dapat memberikan kepuasan kepada aku. Setiap kali pegang kamera aku akan cuba macam-macam setting untuk mendapatkan gambar yang cun cun. Dapat cun, upload facebook. haha. Bila orang tengok, orang suka. Aku puas. Tetapi sekarang dah kurang bermain dengan kamera. Mungkin minat sudah berkurangan sekarang.

Kemudian aku belajar-belajar menulis bait-bait indah. Kadang terhasil kadang sampah. Cubaan melahirkan isihati dan perasaan ke atas sekeping kertas memang amat sukar. Setiap benda yang aku tulis, setelah aku baca semula, aku tidak akan puas hati. Aku rasa kurang. Tak cukup. Cuma satu yang aku tulis, aku rasa lengkap. Luahan daripada aku untuk bulan dalam lagu untuknya. Kerana waktu aku mengatur perkataan itu, aku tidak berfikir apa-apa. Aku cuma menulis apa yang aku rasa. Tapi yang pasti, situasi itu tidak berlaku lagi sekarang. Maka, mungkin aku sudah hilang interest dalam menulis bait-bait indah.

Apa yang aku tak pernah bosan pada pendapat aku adalah dua benda. Menulis disini dan bermain musik. Menulis disini membolehkan aku meluahkan sesuatu yang aku rasa. Dan juga sebagai self-reflection strategy. Aku tulis apa yang aku rasa sekarang dan aku baca semula esok atau lusa. baru aku faham kenapa aku berasa begini sekarang. A distorted mind can't think straight. bermain musik, aku bebas mengeksploitasi bunyi-bunyian dengan mood aku. Segalanya bunyi yang lahir daripada permainan alat musik itu seakan-akan dapat melengkapi perasaan. Aku harap aku tak akan bosan bermain musik kerana aku seronok bergelumang dengan bunyi-bunyian yang entah apa-apa. Kadang-kadang member masak kat dapur, aku main gitar. Petik bukan-bukan. Mereka tak faham mungkin, tapi aku faham dan ia memberikan kepuasan.

*Nak simpan duit beli Boss DD-6 or 7 dan juga Jackhammer JH-1 Distortion. Ah gitar elektrik juga. Ah amp? Hmm, kena juga cari duit untuk memuaskan perasaan kerana perasaan hanya dapat dipuaskan dengan nafsu dan nafsu ini memerlukan benda-benda tangible untuk dipuaskan. ;O

8 comments:

  1. Haha! sep. Aku pun mudah minat, mudah beralih minat. Except for music. Menulis kadang-kadang tak ada idea lalu terasa bosan.

    ReplyDelete
  2. peh kau..nak dd6..kat malaysia ni dalam 6 rat..kat UK aku tak tahu berapa..tapi kalau aku lebih suka dd3..keciu keciu bunyi dia.

    Jackhammer best ke? aku tak penah dengar sound die tapi aku rasa mesti mcm cikai. huhu

    ReplyDelete
  3. saya minat kamu. tak pernah kurang. ;)

    ReplyDelete
  4. zack: duit? aku tak minat. tapi benda-benda aku minat, kena ada duit baru boleh beli. Terpaksalah minat juga. adui.

    Luna: bila tiada idea tu, anggap seperti vacation la untuk kita cari ketenangan dan idea semula. ;)

    akukopi: DD7 kalau boleh. haha. DD6 aku bersyukur. 2nd hand sini tak mahal sangat. 50 pound pun ada kat ebay. kalau dapat la. Jackhammer Marshall tu tak pernah aku cuba tapi review macam terbaik gak la. Tu yang aku nak try tu. Ada duit lebih baru beli Boss overdrive/distort. hehe.

    bulan: saya minat kamu, semakin bertambah. Biar kita mula dari bawah. Biar sekarang hambar, tetapi semakin menarik. Baru boleh sustain. ;)

    ReplyDelete
  5. tambah lagi(abis la duit ko haha) : beli compressor n reverb gak,baru complete basic..yg dua ni gua pkai Electro-Harmonix Black Finger ngan E-H Holy-stain..Aku prefer effects by Electro-Harmonics..

    ReplyDelete
  6. Johan: compressor and reverb haa. okeh. sempoi. thanks. tapi macam lambat lagi je beli. haha.

    ReplyDelete
  7. aku pun mcm ko gak. music maniac. habis spm, belajar main drum. tapi lepas setahun lebih tak main, aku alih main gitar. pastu alih main bass pulak. antara 3 instrument tu, bass paling kena dengan jiwa aku. haha.

    mmg puas main muzik ni. dah sampai taraf makanan jiwa dah pun..haha

    ReplyDelete

Ideas in words by