Sunday, February 07, 2010

7th Februari Harijadi Mama

Hari ini harijadi mama. 7th Februari.

Selalu dulu aku kena belasah, kena bantai. Dengan rotan, hanger, penyapu pun ada. Kena duduk luar rumah. Setakat kena marah tu perkara biasa. Mama kata mama pukul aku pasal aku suka melawan. Haha. Jangan salahkan aku, darah yang ada dalam diri ni darah panas Baba juga. Mana boleh duduk diam je.

Pernah waktu sebelum PMR, mama masuk bilik menangis. Kata risau tengok aku. Balik sekolah je aku naik bilik tidur. Naik bilik tidur. Tak nampak aku belajar maka mama risau. Biasalah ma, anak muda. Mana nak study sangat. Takkan depan ibu bapa baru nak belajar, betul tak. Itu hipokrit namanya. Tapi aku tau, sebab aku belajar dulu pun kerana nak menggembirakan mama ayah aku. dan juga sebab nak bersaing dengan abang first aku yang gempak result dia. Maka bila keluar keputusan PMR, alhamdulillah, mama tersenyum. Tu pun dah cukup dah. Tak payah ganjaran2 untuk keputusan-keputusan yang baik.

Dan bila datang SPM, mama dah semakin rilek. Tak push-push dah sebab dah faham cara aku belajar. Alhamdulillah juga SPM buat mama dan baba tersenyum. Dah cukup semua tu.

Banyak benda aku menyusahkan mama sebenarnya. Waktu lepas spm, sambung belajar pun mama risau gak. Sebab tengok aku macam tak sungguh-sungguh apply benda semua. Masuk matriks, ponteng kelas segala lengkap. haha. Aku ponteng sampai lecturer aku ingat aku dah berhenti belajar. Tapi kat sinilah, waktu ponteng nilah aku mula belajar main gitar dengan member aku. Jamming siang malam. Mana nak pergi kelas. Final untuk first sem aku hadapi gak lalu dapat 2.4. Dan lepas tu aku keluar. Mama tak berdaya cakap apa dah. Nak larang pun dah tak larat. Kerja setahun. Lepas tu mama lah yang duk hari-hari tengok paper, iklan belajar mana semua diambil dan diberitahu aku. Bawa aku pergi interview misc dan segala. Kalau tak aku pun tak tahu mana aku nak pergi waktu tu.

Sampailah masuk ke institut pembunuhan kreativiti minda remaja. Tempat membasuh kepala hotak anak muda untuk menjadi rigid dan tidak berkembang. Dan tahniah, seorang member aku dah berjaya dibasuh ke tahap tu. hahaha. Aku memang tak la. Maaf. Disini aku belajar jadi manusia balik. Bukan jadi budak lepasan SPM yang konon rebellious tapi tak tau arah tuju yang jelas. Kat sini aku mula kenal ilmu-ilmu social dan humanity. Mula berminat untuk mengetahui.

Sehinggalah nak fly. Persiapan banyak mama tolong. Kemas-kemas semua. Aku memang jenis lagi 2 hari nak fly baru nak kemas. Tapi mama tak, maka mama lah yang tolong semua. hehe. Bertuah anak mak. Sampai waktu nak fly semua berkumpul. Waktu aku nak pergi, mama tak menangis. Eleh, tahan hatilah tu. haha.

Sehinggalah semalam aku skype. Mereka buat birthday party kat rumah. Segala macam makanan ada. Yang tak tahan tu, makan satay depan aku dalam skype. Cih, buat terliur. Tak pe, balik nanti aku repeat semua sampai habis. Dan bila aku nyanyikan lagu happy birthday guna gitar dalam skype. Air mata menitis di pipi mama. Hoho. ;)

Mana nak dapat mama yang sempoi macam ni. Didikan agama diberi. Falsafah diterapkan dan diajar disamping tu tetap diberi kebebasan untuk bersosial. Aku ada teman wanita, tak pernah mama nak marah. Orang taman, jiran-jiran bawa mulut cerita bukan-bukan adalah. Tapi tak de nye mama nak layan.

Dan mama jugalah wanita yang tabah. Macam-macam perkara mama lalui, aku tahu. Yang membebankan. Yang memberatkan. Aku tahu tapi semuanya dilalui dengan perasaan redha dan optimistik.

Maka dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Harijadi Ma. Harijadi yang ke-54. Semoga sentiasa sihat disamping orang yang tersayang.

*Macam mana pun best mak kaorang. Best lagi mama aku. haha.

15 comments:

  1. happy birthday 2 ur mama!^^

    ReplyDelete
  2. selamat hari jadi buat bonda faiez ali..sempoi!

    eh,mak aku pun sempoi gak (hahah,nak jugak)

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi makcik!!! kami tak sabar menunggu sardin makcik lagi!!!

    ReplyDelete
  4. Birthday mama kau sama dengan Charles Dicken :)

    Happy birthday :)

    ReplyDelete
  5. miss_d: tenkiu. ;)

    dell: hehe mak kita sama-sama sempoi ah macam tu.

    dodu: sardin tu yang nak tu. haha.

    Luna: tak lah. birthday charles disken yang sama dengan birthday mama aku. hahaha.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir utk mama. mama kau lah. mama aku 5 februari. dah lepas.

    ReplyDelete
  7. sha thanks ;)

    djk dekat lak bday mak kita

    liz thanks :)

    ReplyDelete
  8. *sibuk*
    happy birthday, aunty. hahaha.

    ReplyDelete
  9. selamat membeli kasut raya ke 54 utk mama lu..

    org aquarius ni mmg best hahaha..

    ReplyDelete
  10. mesti mama b nangis baca ni..
    sebab baby nangis juga hehe

    ReplyDelete
  11. birthday mak ko sme ngan aku la bro,
    hahaha...

    MAKCIK HAPPY BIRTHDAY.... :P

    ReplyDelete
  12. Charo: charo rupanya. thanks. ;)

    Johan: Aku tak pernah beli kasut untuk mama aku. tapi memang betul la, memang best. keke

    bulan: ye ke nangis? hehe. mama nangis gak kot.

    api: peh sama tu. Sempoi. Selamat harijadi mak kau gak. ;)

    ReplyDelete
  13. institut pembunuhan kreativiti minda remaja

    aku tertanya2...kat mana la natang ni...

    ReplyDelete

Ideas in words by