Tuesday, February 02, 2010

Cadangan pertama kepada pemimpin

Aku dengar Sultan Selangor sudah masuk campur dalam usaha meleraikan perbezaan pendapat tentang isu kalimah Allah. Jika benar, molek betul. Tak dapat dah pasukan-pasukan opportunis dari dua-dua belah pihak mahu ambil keuntungan daripada perkara itu lagi. Pengeboman rumah ibadah tak kiralah siapa punya pun adalah perkara bodoh yang dilakukan oleh mereka yang sudah pastinya dibayar dengan wang yang banyak. Orang buta pun boleh baca permainan sebegini. Dah berlaku sejak zaman Hitler lagi. Yang eloknya campur tangan sultan selangor ini, aku rasa kerana sudah tak perlu nak fikir pasal hal ini lagi. Tak payah mahu dok gaduh-gaduh lagi. Boleh balik ke persoalan-persoalan asal, perkara-perkara yang lebih patut diambil berat. Ada banyak perkara yang memerlukan penyelesaian sekarang di Malaysia. Aku tak tahulah pemimpin tak nampak, tak tahu atau buta. Jika benar mari aku sebutkan salah satu daripadanya. Kebajikan warga berumur.

Aku terfikir tentang entri ini bila aku baca entri Dari Jalan Kopi yang lalu dimana dia berkata tentang warga berumur yang sudah berumur tapi tetap perlu bekerja mencari rezeki. Jadi jika pemimpin-pemimpin yang lepa dan alpa pasal hal ni, kita perlulah mengingat-ingatkan mereka.

Salah satu cara untuk menambat hati rakyat bukanlah dengan mensensasikan hal isu kalimah Allah milik siapa. Tetapi adalah lebih baik jika di'address'kan isu-isu kemanusiaan seperti kebajikan warga berumur ini. Kerana motif dan tujuannya akan dilihat dengan jelas oleh rakyat. Dan kesannya pasti baik. Bila berkata tentang warga berumur rata-rata akan terfikir tentang mereka di rumah orang-orang tua. Teringat lawatan-lawatan mana-mana menteri ke rumah orang tua dan menyuap makan kepada seorang warga paling tua disitu. Tetapi skop kebajikan warga berumur adalah lebih luas daripada apa yang dipublisitikan ditelevisyen ini.

Pernah tidak kau lihat pakcik-pakcik tua menyapu sampah di balik koridor bangunan tinggi mewah milik kapitalis dan pakcik itu bekerja sebagai buruk kontrak untuk syarikat kebersihan misalnya. Pernahkah juga melihat makcik-makcik tua ambil upah menjaga kebersihan tandas awam. Dan juga warga berumur yang bekerja di kilang-kilang. bekerja kontrak. Kais pagi makan pagi. Yang mana perlu bekerja untuk menyara hidup mereka. Mereka ini warga berumur yang perlu dijaga kebajikan mereka. Bagaimana?

Ini berbalik kepada ketulusan pemimpin. Mereka ada kuasa, mereka ada kekuatan, sama ada mereka mahu atau tidak. Tapi, menjaga kebajikan bukanlah bermaksud memberi bantuan kewangan berbentuk Rm200 setiap bulan. Harga gula menaik. Roti canai pun tambah seposen. Duit bantuan Rm200 mahu buat beli apa? Selain daripada memberi insentif-insentif seperti ini, pemimpin boleh juga mengesyorkan rancangan seperti penyediaan pekerjaan ringan buat warga-warga berumur yang perlu mencari nafkah. Sediakan kerja yang berpatutan dan tidak membebankan. Paling tidak ini cara paling mudah untuk mereka ini dibantu. Kerja-kerja seperti sapu sampah, mop tandas, banting tenaga tak perlulah lagi untuk mereka. Siapkan quota di badan kerajaan dan separa kerajaan untuk warga berumur. 5 peratus misalnya. Dan tempatkan di bahagian-bahagian yang mudah. Misalnya cop setem di pos ofis. Apa-apa pekerjaan yang tidak terlalu berat. Tak akan tak ada? Jika satu badan kecil itu ada 10000 orang pekerja, 5 peratus sudah 500 orang. Ini kiraan kasar. Sekadar memberi pandangan general.

Jika tidak cukup, gunakan syarikat-syarikat swasta. Buat mereka bersetuju dengan sistem quota ini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ini aku bercakap dari segi mereka yang susah dan memerlukan. Kadang-kadang pencen dapat tapi tetap tidak cukup. Bagaimana pencen separuh gaji asal itu dapat menampung belanja sekolah anak-anak. Jika anak di universiti? Perkara ini bukanlah mustahil. Perkara ini bukanlah satu idea bodoh. Jika benar-benar ditelaah dan dilaksanakan perancangannya. Banyak faedahnya.

1, setiap warga berumur akan dipelihara. Sebalik kerja penat-penat mereka tidak lagi perlu membanting tenaga. Dan perkara ini akan dilaksanakan berpanjangan. Maknanya, sekarang ini warga berumur sekarang akan dibantu. Akan datang, kita yang berumur pula akan dibantu. Melahirkan semangat collectivist sesama Malaysians. Tak gitu.

Jika isu efisiensi ingin diketengahkan. Itu adalah tidak adil. Tidak akan cacat keupayaan sesuatu syarikat dengan menggaji warga berumur. Mustahil jatuh bankrap. Pakcik-makcik ini akan lebih bersyukur kerana mereka dibantu. Malah mereka mungkin mempunyai lebih pengalaman. Dan adakah adil untuk syarikat itu mementingkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan serta nilai kemanusiaan? Budaya apakah ini?

Ini sekadar cadangan pembuka saja. Jika nak dilaksanakan, perlu dilihat dari macam-macam aspek lagi. Masalah2 yang akan timbul akibat birokrasi. Siapa tahu masalah apa yang akan timbul. Masalah2 seperti proses aplikasi kerja warga berumur yang akan lebih susah pasti akan berlaku. Rasuah juga satu kemungkinan. Semua perlu diambil berat dan ditimbang supaya dapat melaksanakan polisi yang berterusan dan sustainable. Sudah-sudahlah dengan pelbagai ops atau pelancaran budaya yang akhirnya tiada follow-up dan mati begitu saja. Ni 1Malaysia ni pun, kita tengok berapa lama tahan.

Memang kadang tak rasa apa bila tengok pakcik-makcik menyapu disisi jalan raya. Ada juga diherdiknya pakcik-makcik ini. Individualism semakin membunuh keperimanusiaan kita. Tapi apa rasa jika sedang-sedang kita membuang air ditandas awam, dan terlihat makcik kita masuk tandas untuk membersihkan tandas itu sekadar untuk sesuap nasi? Dan adakah adil jika mereka ini dibiarkan menjalani kehidupan yang sebegitu sedangkan kita mampu membantu.

*Back to the basic of humanity and the meaning of life.

Selamat

8 comments:

  1. tapi mana-mana warga tua yang walaupun sudah tua tapi nafsunya masih buas dan ganas sehingga mencetuskan fenomena 'luar biasa' tu, xyah bagi satu sen pown... huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Dodu: ah. itu kes berkecuali. tak faham aku orang macam tu.

    ReplyDelete
  3. Aku tak tahulah pemimpin tak nampak, tak tahu atau buta

    dorang tak amik pot pun..

    ReplyDelete
  4. kesian makcik2 tua yang kerja cuci tandas. ada yang nak tekan flush pun dah tak larat. apa lagi nak mop lantai, angkut air.

    ReplyDelete
  5. setuju - cop setem di pejabat pos!!
    baru 'cool'.

    kita juga akan tua. kita juga akan kehilangan kudrat.

    terima kaseh.

    ReplyDelete
  6. "Individualism semakin membunuh keperimanusiaan kita"

    patut dielakkan....muhasabahlah diri..huhu

    ReplyDelete
  7. Johan: tak ada 'masuk', buat apa nak amek pot. ye tak?

    bulan: ye kan. kesian betul.

    Dari Jalan Kopi: kitarannya berterusan. Kita juga akan kehilangan kudrat dan seterusnya. Terima kasih juga.

    Tulip: Memang patut dielakkan. Tapi bagaimana nak dielakkan dari segi yang lebih besar.

    ReplyDelete
  8. semua kena ada kesedaran...perlu tgk diri sendiri...mungkin kita cakap nie senang..nak buat itu amat susah sekali..yela..cakap x pakai modal kan..tp x salah kalu berusaha...cuma pendapat sahaja...betul x??

    ReplyDelete

Ideas in words by