Saturday, January 30, 2010

Letter to the leaders.

Dear leaders.

It is unwise for me to give any decision on any political parties as for the moment. It has been politically unstable in Malaysia since the last elections with many issues rising to disturb harmony and racial integrity(Well if there's any integrity in Malaysia). Yet, it is all common. We cannot keep continuing to avoid all these issues of religions and races. Like what Lim Kit Siang said, it's like a timebomb. Started by the 'all-wise' people when they tried to negotiate independent with the British Government. Forming a Malays party, Chinese party and Indians party was a very short-sighted solution from the leaders at that time. As a result we can see tensions filling the space in the sovereign land we call Malaysia. As for me, the act to divide the races according to parties in itself is an anti-racial integration action.

We can see in the last election where BN lost many seats, even states with major economical power in Malaysia. Some say this is because the people don't trust the government at that time anymore. Some say it's because the opposition has started to become more relevant to the need of Malaysians. I tend to agree to the first suggestion. I don't think many malays in this well racially-groomed nation would like to have the overly expressive Teresa Kok as their leader.

However, the way things were handled by both parties nowadays are not fully people-oriented from what I see. Both sides are doing things, expressing ideas and conveying messages that have importance to their needs and wants. Many issues were brought up in order to gain support and this is done by both parties. From the issue of Azan to the recent issue of 'the use of Allah by Christians'.

It is foolish to keep supporting the party where the leaders keep taking bribes and shares and at the same time sell the properties and lands of Malaysians to others as they wish to their own interests. I will say those who keeps voting for these leaders are either dumb and stupid or have their own motives and importance. On the other hand, it is also confusing to see the opposition party working together despite the difference in their core fundamental beliefs of each parties. I have always wondered, why on earth would PAS work with DAP as both parties have completely different ideas and purposes. I feel they work together because it is their only way to stop BN from having the 2/3 majority in elections. And yes, their strategies work. I'm interested to see now, how far will this collaboration goes on and to which extent will both parties compromise to each other needs.

As for PKR, it is a well composed party. If racial integrity is to work successfully, I can say that PKR is the most suitable party to introduce the idea of 1Malaysia and realize it. Still, working with DAP causes imbalance in the support that they gain. DAP which is mainly supported by non-Malays, exclusively Chinese causes this imbalance. Proofs? The recent elections where few states fall in the hand of the opposition can show this. In Perak for example, with DAP winning most seats, they almost caused tension on the issue of who should be the MB of Perak. As a result of this imbalance, the Sultan of Perak need to get involved to solve the issue. Luckily for us that the Sultan is a wise man and grasp full understanding in the law field, hence he was able to overcome the issue. if not, who knows how more political this could be played.

Thus, it is from my point of view that neither sides are worth voting now. Both don't deserve the respect and trust from me. This is a very personal point of view but it's a rational one for me. In the next election if this keeps going on. With both parties playing with issues according to their needs and importance, why should we support any of them? Malaysians had once voted the opposition as a sign of protest to BN, we can do the same to both parties to let them know that Malaysia is not for BN nor for opposition coalition. But Malaysia is for Malaysians and you leaders need to start giving Malaysians, what we need and not what YOU need! I don't need advice on whether Allah should be use or should not be used in Christians, but what I know. You need to find ways to feed those poor people. Give house to the homeless. Raise charity to our own Malaysians. Provide jobs for jobless graduates. Provide training grounds for youths to improve skills and management abilities. Overcome the mat rempit issue. Drugs, alcohols and sex abuse. Either you start to get serious in finding and providing solutions to these never ending problems or I'm not voting any of you. The interpretation is back to the point of voting anyway.

Rakyat marhaen,
ReverieMalaya

Thursday, January 28, 2010

Persoalan

The meaning of life. What is it? for Wealth? Peace? Love? Domination?
What purpose do we serve living on this world? Why are we here?
For you, why do you think you are here?
Have you tried to think about it? What answer comes to your mind?
Do you mind sharing? Cause I'm interested to know.

^-^

Tuesday, January 26, 2010

Budaya perkahwinan

Antara budaya Malaysia yang aku rindukan sekarang ini adalah adat orang kahwin. Iaitu waktu bersanding dan jamuan makan. Segalanya lengkap bagi aku. Aku rindukan bau nasi pengantin atau nasi minyak beserta kuah dal. Ayam masak merah juga satu kemestian. Lauk daging lembu. Acar timun. Dan segala macam kuih-muih mengikut selera tuan rumah.

Aku rindukan senyum tawa semua pihak tatkala bertemu rakan-rakan di majlis kahwin. Yang lama bertemu semula, yang baru berkenalan. Segalanya serba indah. Hari persandingan raja sehari.

Tambah lagi bila deejay kampung sebelah yang mempunyai sebarang dua alatan sound system, mixer, speaker, tv monitor dan beberapa mikrofon. Segalanya cukup. Ia ibarat kesempurnaan dalam keadaan yang tidak lengkap. Walaupun deejay cap ayam. Walaupun alatan bukan tip top seperti konsert sure heboh, tetapi semuanya lengkap. ;)

Dan bila deejay memutarkan lagu-lagu 60 an berulang kali. Lagu-lagu ceria tentang perkahwinan dan hubungan cinta adam dan hawa. Meningkatkan dan menambah perencah dalam kehangatan majlis itu.

Ditambah lagi dengan semua jiran tetangga gotong royong membantu. Saudara mara jauh dekat, turun padang. Ambil cuti, tolong apa yang patut. Dan tiba-tiba terselit paksu atau pak tam yang kononnya jugu gambar profesional, mengambil rakaman suasana sambil-sambil menemu ramah pengunjung-pengunjung yang asyik memberikan ucapan selamat kepada pasangan pengantin.

Dan sambil-sambil makan, datang gadis berkebaya memberikan telur dalam kotak, ataupun gula-gula. Ada tu beri dodol. hadiah buat pengunjung. Aku suka. Setiap kali dapat, aku akan sembunyikan di bawah meja. lalu gadis berkebaya yang lain akan memberikan aku lagi kerana menyangkakan aku tidak dapat lagi.

Serta di majlis kahwin lah juga tempat bertemunya duda dan dara. Masing-masing bermain mata. Tersenyum simpul. Berpaut hati dan bertukar nombor talipon. Tapi sekarang ni mungkin bertukar facebook sahaja ataupun ym. Namun tetap, pertemuan itu mungkin melahirkan satu lagi hubungan suci yang akan direstui Allah, atau mungkin dimungkari juga.

Dan setelah habis selesai semua, abang-abang saudara dan jiran-jiran pakat membersihkan pekarangan rumah. Pinggan mangkuk dibasuh. Meja-meja, kerusi-kerusi di susun. Kain alas meja dilap dan dilipat. Sambil-sambil semua pakat pekena pak long yang sedang asyik menghisap rokok melepaskan penat menolong. Lalu semua mengerumuni pak long dan menyimbah pak long dengan bekas air sirap yang terisi didalamnya lebihan sirap.

Ye, dulu aku kata,"Bila kahwin, aku nak buat kat hotel. Buat katering 100%. Tak payah susah-susah gotong royong." Namun apabila jauh, aku lihat betapa berharganya budaya yang kita miliki ini. Betapa indahnya gemersik lagu 60-an yang dikumandangkan oleh deejay. Merdu sungguh suara sumbang Bang chik yang menyanyi karaoke lagu 90-an. Walaupun tak sampai key namun tetap gembira semua yang hadir melihat. Ah, seperti yang ku kata sebelum ini, apabila kita kehilangan sesuatu, barulah kita belajar merindui dan menghargainya. Daripada kehilangan itulah lahirnya perkataan rindu.

Selamat semua.

Saturday, January 16, 2010

Implikasi wang hantaran

Salam.

Bercakap pasal wang hantaran. Hantaran ni lebih kurang macam umur juga. Umur naik tak turun-turun. Hantaran pun aku tengok makin lama naik, tak turun-turun. haha. Setuju tak?

Kita semua tahu hukum memberi mas kahwin dalam Islam adalah wajib diberikan kepada isteri. Pemberian kepada isteri mengikut kemampuan suami. Sama ada tunai atau hutang. Tapi itu cerita lain.

Apa pula kes dengan wang hantaran ni? Yang sebenarnya daripada pemahaman aku, wang hantaran adalah duit yang diberi kepada ibu bapa bini dengan seikhlas hati lelaki dengan tujuan untuk membantu belanja kahwin. Ikut yang aku fahamlah. Secara puratanya juga wang hantaran bagi keluarga 'biasa-biasa' sahaja sekarang ni atau keluarga rakyat marhaen adalah lebih kurang Rm8ribu - Rm10ribu. Dan ada juga keluarga-keluarga luar biasa yang mana meminta sehingga Rm15000, atau melebih-lebih dengan alasan anak mereka berpendidikan tinggi. Ada dokumen yang bergelar ijazah. Oh begitu gamaknya bagi mereka ini.

Aku nak membincangkan implikasi wang hantaran yang semakin lama semakin menaik ni. Pertama aku rasa rata-rata gadis mesti mahu berkahwin dalam usia agak awal. Lebih kurang 25 tahun begitu kira usia yang cantik-cantik untuk gadis-gadis. Ada juga yang lebih awal, usia 21 tahun sudah berkahwin. Yang berkahwin usia 16 tahun tu dan dalam keadaan membuncit, kita faham-fahamlah kenapa. Tetapi ada juga golongan wanita-wanita korporat yang sehingga berumur 30 tahun pun masih belum kahwin dengan macam-macam alasan seperti tiada masa, tiada lelaki setanding dengan apa yang dia mahu dan sebagainya. Tapi pendek kata, rata2 gadis mahu berkahwin dalam pertengahan 20an.

Apabila gadis mahu kahwin dalam usia sebegitu, lelakinya yang mungkin sama umur, atau tua setahun dua. juga baru berusia pertengahan 20 an. Mungkin baru masuk alam pekerjaan. Mungkin baru-baru mula nak merasa memberi duit kepada ibubapa, membalas jasa. Yang jahil tu, baru2 nak merasa belanja kawan-kawan clubbing. baru mula merancang nak beli rumah, kereta dan sebagai. Gamaknya duit gaji bulan2 kita ambil yang stended gomen. Rm1600 tambah elaun2 setempat Rm2000. Kumpul lima bulan sambil makan pasir barulah cukup nak bayar buat hantaran. Itu kalau kumpul 5 bulan sambil2 makan pasir, kalau makan meggi dah lain sikit belanja. Kena tolak beberapa duit untuk beli meggi. Kalau jenis badan gedabak, nafsu kerbau, nak makan udang je. Berapa bulan agaknya kena kumpul tu? Maka dari sini kita tengok benda ni tak selari dengan konsep perempuan nak kahwin awal, tetapi lelaki tak ada duit nak kahwin awal2 untuk bayar hantaran.

Itu kalau yang bergaji stended gomen lepasan ijazah. Bagaimana dengan mereka-mereka yang bergaji lebih ciput daripada gaji itu? Kan ke menyeksakan mereka?

Selain itu, hantaran yang mahal2 ini tidak menggalakkan lelaki untuk kahwin cepat2. Mahal nau nak bayar. Maka terhasillah situasi-situasi seperti duduk sebumbung tanpa ikatan perkahwinan dan anak luar nikah.

Kemudian keluar pernyataan seperti, aih diorang ni nak jual anak ke. Tak ke memberi impresi yang buruk kepada keluarga itu. Ibarat seperti nak menjual anak dibandingkannya. Perghhh. pedas, pedas.
Kemudian keluar juga pernyataan seperti, kalau tak mampu bayar hantaran banyak tu, macam mana nak kata lelaki tu mampu jaga anak aku sepanjang hayat. Hantaran Rm10000 pun liat nak bayar. Erm, logikal juga pernyataan ini. 10ribu tak mampu bayar, macam mana mampu jaga sepanjang hidup kan? Baik! aku kata macam ni. Rata-rata boleh bayar Rm10ribu. Tapi nanti bini jangan minta shopping nak beli macam2. Makan bila dah kahwin, sukat. Sehari makan 2 suap je. Sebab duit habis dah buat hantaran. Tak yah beli kereta, mana ada duit nak buat downpayment. Pergi kerja naik bas. "Sofa-sofa mahal bagaimana pula?" Kata isteri lagi. Jangan diimpikan buat masa sekarang ni, balas suaminya. Hurm, honeymoon kahwin kita? isteri terus bertanya. Jom kita pergi town tidur kat rumah tumpangan Ah Sam, itu ja abang mampu. Jangan pasang impian mahu ke Bali atau Bandung atau Hawaii. Dapat Pulau Pangkor pun kira bersyukur.

Dan nisbah lelaki dan perempuan sekarang semakin lama semakin besar. Kita tengok tanda2 akhir zaman perempuan melebihi lelaki. Walaupun tengok sekarang perempuan cuma melebihi lelaki 0.68% sahaja mengikut perkiraan CIA amerika pada tahun 2007, tetapi aku rasa memang perempuan sudah lama melebihi lelaki. tengok sahaja di universiti2, siapa lebih ramai? Purata student perempuan semakin tinggi. Lelaki-lelaki lebih ramai masuk uniserenti, unipenjara dan sebagainya. Kira yang gangster2. Kira yang hisap gam. Kira yang merempit. Gadis2 nak ke kahwin dengan mereka2 ni? Nak kahwin dengan mat gam? atau mat rempit? atau mat gian? atau mat ragut? Mana gadis nak kahwin dengan lelaki macam ni sila angkat tangan, aku nak tahu. Tetapi makin tahun makin ramai lelaki-lelaki yang menjadi semakin tak berguna. Gadis2 mestilah nak kahwin dengan lelaki berguna, baru terjamin masa depan. Betul tak? Walapun ramai gadis2 yang kurang bijak terperdaya dengan lelaki2 yang mula2 nampak alim tetapi sebenarnya liar, aku tetap pasti tak akan ada gadis mahu berkahwin dengan lelaki tak berguna.

jadi mengikut perkiraan aku, nisbah lelaki berguna untuk menjadi suami dan nisbah wanita untuk dikahwini semakin sedikit. Makin lama-makin sedikit lelaki2 berguna. Jadi sepatutnya, lelaki2 berguna disanjung lebih tinggi. Janganlah minta hantaran mahal2, nanti lelaki berguna tak mahu kahwin dengan anak kamu. Siapa nak kahwin dengan anak kamu? Silap haribulan anak kamu mendapat duda atau mat-mat seperti di atas. Kan ke naya.

Jadi hantaran patutnya tidak terlalu melebihi kemampuan kerana diibaratkan seperti menjual anak. Namun tidak sepatutnya terlalu murah kerana rata2 mesti tak nak malu dengan jiran tetangga bila ditanyakan berapa hantaran, lalu dijawab RmXXXX je. Cik Kiah jiran tetangga terus sahaja menyahut, "Ek eh, kau minta banyak tu je untuk dia kahwin dengan Saloma anak kau?" Bercakap pasal cik kiah jiran tetangga, orang2 macam cik kiah lah juga yang menyebabkan hantaran semakin mahal. Sikap bersaing. Aku tahu, berdaya saing itu memang bagus. Tapi janganlah sampai salah tafsir berdaya saing. berdaya saing tu mempunyai kelebihan untuk bersaing dan bukannya membuat sebarang persaingan seperti berlawan membeli sofa atau berlawan harga hantaran siapa lebih mahal.

Bagaimana nak atasi masalah hantaran ni? Untuk gadis2, carilah balak2 yang tua sekurang-kurangnya 5 tahun dari anda. Paling tidak bila usia kau menjejak 25 tahun, dia berusia 30 tahun dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Untuk lelaki, buat janji dengan bakal isteri. "Mak you minta i Rm18,181 duit hantaran. Kita cutting 50-50 ok? Kalau tak, i tak cukup duit lagi nak kahwin dengan u sekarang. Terpaksalah you tunggu tahun depan baru i cukup duit." Bila saja dengar perkataan tunggu daripada lelaki, gadis2 mesti sanggup punya. lagipun sharing is caring kan? Seperti orang kata, kalau sayang takkan tak sanggup bayar hantaran tu? Katakan juga kepada gadis, kalau sayang you mesti sanggup kongsi 50-50 dengan i kan?
Bila kau agak2 dia cuak sikit, kau tekan lah 80 percent daripada dia. Baru kapitalis. haha. Lagipun ajaran hantaran mahal-mahal ini pun memang selari dalam memuaskan nafsu materialistik dan seterusnya bertepatan dengan konsep kapitalis.

*Tapi kalau dah sayang sangat, sanggup je lelaki tu bayar kan? Cuma, sanggup ke gadis-gadis itu tunggu? ;)

Ini Entri beregu bersama blog ini <-- klik sini.

Selamat


Thursday, January 14, 2010

Terima kasih

Sebelum aku tiba di UK, aku banyak buang masa di rumah. waktu2 cuti antara Mei hingga 4 Oktober tahun lepas memang aku isi sejahil-jahilnya. 4/5 bulan cuti, aku penuhkan dengan benda-benda yang tak berfaedah untuk masa depan. Aku main game puas-puas. Siang dan malam. Aku melepak dengan kawan-kawan aku. Apa-apa bahan baca seperti buku-buku, majalah-majalah mahupun suratkhabar utusan meloya eh, melayu memang aku langsung tak sentuh. Dilengkapkan lagi dengan aktiviti keluarga, main boling sehingga seminggu 3/4 kali. Hampir semua abang aku payung. haha. Sayang lebih sama abang aku. Ditambah lagi dengan kawan-kawan ada datang lepak Melaka lalu aku bawa jalan-jalan pusing-pusing Melaka. Makan? ah tak usah cerita. Apa yang aku tak makan sepanjang aku cuti itu. Cuma yang haram saja aku tak sental. Lain semua selamat masuk, selamat keluar. Dalam cuti itu juga sesekali terbuka hati aku mengikut mama pergi ke masjid, dengan ajaran ustaz Fuad al-maliki. Memang sempoi ustaz ni. Penuh orang datang dengar ajaran beliau. Macam2 ilmu. aku sukakan pendekatannya yang lain daripada ustaz2 lain. Ustaz2 lain rujuk buku dan membosankan. Bila aku dengar, aku mengantuk. Aku jadi khayal. Aku jadi tak berminat. Tapi bila ustaz Fuad, gaya beliau memang cun habis. Tambahan pula ada nasi beriani lauk kambing bila habis kelas dia. Berduyun-duyun orang berebut ambik makanan. Dengar ceramah agama angguk-angguk, tapi tang makan, ada juga yang berebut-rebut. Tak faham, tak faham. Kalau kelas-kelas agama, tak ada sesi makan-makan lepas tu. Agak-agak masih ramai orang atau tidak? Wallahualam.

Aku juga mengambil ketika untuk membantu abang aku dengan projek2 nya. Sekadar mana yang aku mampu tolong. Bagusnya bila ikut abang aku ni, macam2 aku belajar. Macam2 jenis orang aku jumpa. Macam2 pengalaman pelik2. Aku beramah mesra bersama nenek aku. Hampir2 sebaya Dr Mahathir nenek aku tetapi masih sihat walafit. Masih gagah menaiki tangga masjid ketika ramadhan lalu untuk bersolat tarawikh. Bercakap pasal ramadhan, aku tak lepas tarawikh. Alhamdulillah. Walaupun ketika di Ipoh tahun2 lepas, aku kerap kali tewas. Tapi yang lalu aku tidak. Sampai sepuluh malam terakhir, aku gagah kan diri juga untuk mengikuti mama pergi qiamullail. Imam arab nya pukul 12 malam ke 1 pagi aku tak follow. Lama sangat jika dia baca. Aku ikut imam masjid negeri yang pukul 3. Laju je. sempoi untuk anak-anak muda seperti aku. Yang masih berdarah muda, mau laju je. Tapi walaupun laju, bacaan imam tu sangat lunak, sedap, lancar dan clear. Aku sayang imam tu lebih.

Bila raya, havoc. Semua ada. Sedara belajar jauh2 semua balik. Sempat tengok semua. Ambil gambar. Daripada india punya, indonesia punya. Semua buat medic. Gempak2 sedara mara aku nih. Padahal waktu kecik2 mandi bogel sama2, sekarang dah buat medic kat india dgn indon. haha. Aku saja buat bahasa. Tapi nasiblah, senang sikit belajar bila buat bahasa ni, nak banding dengan medic.

Sampailah ketika aku hampir2 terbang ke sini, aku mula bershopping membeli barang2 keperluan. Makcik sana hulur sikit, makcik sini hulur sikit. Memang tradisi, anak mana nak sambung belajar, makcik2 akan hulur seorang sedikit bagi senang belanja ibu bapa. Ikatan kekeluargaan masih kuat. Alhamdulillah. Aku akan berusaha untuk teruskan tradisi keluarga ini bersama sedara mara yang lain.

Sampailah ke sini, aku dah tak melepak dah. Makan tak sedap2 dah. Buat kerja berlambak2. Sejuk2 belaka cuaca. Game yang aku biasa main siang malam pun aku dah berhenti dah. Lebih banyak masa aku habiskan dengan membaca. Macam2 buku kena baca. Yang bersangkut paut dengan pelajaran dan juga yang bersangkut paut dengan kehidupan. Daripada buku, aku juga banyak membaca di blog2. Blog2 di blog list sebelah tu rata2nya berguna dan banyak info2. Baik yang baik2 mahupun yang jahat2 mahupun yang Baeekkkk punya! semua ada. Fuh, aku harap aku boleh terus keep up dengan apa yang aku buat sekarang.

Pendek kata, terima kasih pada semua yang terus berinteraksi dengan aku di laman siber ini. Berkongsi segala input dan pandangan dan kritikan dan lemparan tahi. ;p

*Eh, follower aku dah lagi ramai daripada follower kat blog ni (klik sini), apa kata korang pergi blog ni dan follow. Bagi khatam habis. Aku jamin banyak benda baru kau akan jumpa.

Selamat

Tuesday, January 12, 2010

Salam 1Malaysia

Salam 1Malaysia.

Yang menjadi kawan baik saya dulu angkut saya pergi library setiap weekend, orang india.
Yang menjadi kawan-kawan selalu tolong saya dengan pelajaran saya dulu, orang cina, orang india.
Yang menjadi guru-guru tusyen saya dulu sabar mengajar semua ilmu, orang cina, orang india.
Yang menjadi kawan-kawan sekolah sama2 ponteng kelas seni dulu, orang cina orang india.
Yang menjadi kawan-kawan dulu sama2 main 21 dan cho tai thi di kelas waktu tiada cikgu juga orang india, orang cina.
Yang menjadi kawan-kawan back up saya ketika gaduh dulu, orang cina.
Yang memberi kaki meja bentuk 3 ikan import daripada china kepada baba juga orang cina. Tapi jangan salah faham, baba tak pernah ada kontrak besar2 mau bagi sama kawan dia. Tapi kawan dia tetap beri kaki meja harga puluh ribu. Set sofa ala2 China satu set harga ribu-ribu. Apa pasal mereka bagi?
Yang menjadi kawan-kawan saya sama2 buat campfire, bakar ayam, ikan, coklat pisang juga orang cina orang india.
Yang menjadi kawan saya sama tackle gadis-gadis dulu juga orang cina, orang india.
Yang menghantar hamper setiap kali raya ke rumah kami, orang cina. Tapi jangan salah faham, ayah saya tak pernah beri dia tanah mana-mana sehinggakan dia patuh memberi hamper setiap kali raya.
Yang menghantar berkotak-kotak buah limau mandarin ketika CNY dan muruku ketika Deepavali juga adalah kawan-kawan cina dan kawan-kawan india. Eh, tapi mereka juga tidak pernah menerima apa-apa kontrak daripada ayah aku.
Yang sama-sama buli junior dengan aku dulu juga cina dan india.
Yang sama-sama ponteng aktiviti main game kat cc juga cina dan india.
Yang sama-sama pesan antara satu sama lain untuk berjaya dalam SPM dan kehidupan dulu juga cina dan india.
Yang menjadi penyeri hidup aku sekarang ni, melanau. erk! melanau? ;p

Ah, bukan Melayu tak ada. Cuma aku nak kata, kawan cina kawan india tetap ada untuk aku. Dan biar macammana sekalipun media-media haram, politikus-politikus haiwan, dan lembu-lembu racist ini berkata tentang kemelayuan. Aku tetap akan berpaling balik dan berkata, kawan-kawan aku bukan sahaja melayu. tetapi juga cina dan india. Dan cina dan india ini yang banyak juga membentuk peribadi aku selama ini.

Say no to racist political figures!
Say no to racist media!
Say no to racist political parties!
Say no to racism!
Say no to purposeful agenda of people with importance!
Say no more to ignorance! We should know more ourselves!

Let's talk about integrity from now on, shall we?

Selamat.

Monday, January 11, 2010

Blwitter (11th Jan 2010)

1) Esok mula kelas semula. Salji masih turun sikit2. Jalan raya beku dan licin. Dah ramai yang jatuh. Nasib baik kelas tak cancel. Erk, nasib baik? haha.
2) Ulcer kembali pulih tapi belum 100% lagi. Terima kasih atas petua hannah.
3) Bilik penuh dengan baju yang dijemur. Dryer kat bawah tu tak berfungsi dengan betul. hampeh.
4) Assignment tinggal dalam proses editing dan proof reading. Memang susah betul nak tackle soalan tu. Senang lagi tackle awek2 chia Melayu. Cuma bawa helmet dan bermotor rxz je sudah cukup.
5) Rambut dah makin panjang. Memang tak nak potong pun. Trim-trim sedikit je.
6) Gula naik harga. Elaun pelatih guru kena potong. Elaun-elaun cikgu lain-lain kena potong.
7) Makin kecoh dengan hal keselamatan, ada mamat bibir merah tu dok sibuk bagi ceramah tentang "Jangan salahkan UMNO atas pengeboman itu." Aduh. Lebih baik ambil usaha tangkap keparat itu dan ketatkan keselamatan demi rakyat.
8) Hidup sekarang agak tidak terurus dan tidak teratur. Masih sedang ditengah-tengah puncak. Belum ada daya hendak ke kanan atau ke kiri. Lebih baik menimba sebanyak mana ilmu sekarang.
9) Jangan jadi Islam dalam IC sahaja. Jangan jadi Islam kerana mak ayah Islam sahaja.
10) Tulang belakang lelaki adalah wanita. Tetapi, senjata utama menghancurkan lelaki juga adalah wanita. Aku akui, aku lemah bila berhadapan dengan wanita.

*Semoga dapat tidur tenang hari ini dan bangkit dengan penuh keberkatan hari esoknya.

Selamat.

Thursday, January 07, 2010

Update: Penggunaan Nama Allah

Balqissy berkongsikan link ini dengan kita. Mari ramai-ramai baca. Tambah ilmu.


Selamat semua.
=)

Wednesday, January 06, 2010

Update laju2.

Sedikit sibuk baru-baru ni. Sibuk dengan assignmentnya. Berperang. Err, apa lagi eh? Ah, tak kisahlah. Janji aku tau aku sibuk. Semalam pun sibuk tengok cerita talentime. Tak pernah tengok sebelum ni. Cerita yang best jika tengok di rumah sambil makan keropok tapi tidak di wayang. Banyak pengajaran dan bagi aku itulah baru betul cerita Malaysia. Ada seorang mamat tu komen di bawah cerita talentime yang aku tengok dekat youtube itu,"Ini baru betul cerita Malaysia, cerita Pengarah melayu lain cuma cerita melayu je. Bukan cerita Malaysia." Aku setuju dengan apa yang dia kata.

Tukar topik.
Ada member aku, yang disetkan appointment oleh Pengarah Mara bahagian london punya untuk berjumpa beberapa hari yang lalu. Member aku ni budak Coventry Uni. Amek Auto. Dia self-sponsored. Hari tu Meggi mee nak sponsor dia. Tapi sebab Meggi cakap dia kena kerja jaga machine 10 tahun sebagai ganti, dia tolak. Lalu ayah dia kata, ayah dia boleh bayarkan expenses yang awal2. Lepas tu minta Mara. Sebab tu dia ada disini. Dan dia jumpa Pengarah Mara pun sebab nak minta pinjamanlah. Err, pinjaman ye. Bukannya biasiswa.
Pengarah dah setkan date. Dia turun daripada coventry ke London. Kau tahu apa Pengarah Melayu tu cakap? Pengarah tau, bukan kerani. Melayu tau, bukan bangla. Dan pengarah Mara tau, bukannya syarikat swasta. Pengarah yang berhormat tu kata, "Borang habis la dik. Datang hari lain"
Bila aku dengar cerita dari dia. Aku sadis. Orang macam ni pun boleh jadi pengarah? Oh betul, aku lupa. Mungkin sebab member aku ni tak ada kabel2 nak dihulurkan pada pengarah tu kot.

Tukar topik.
Bibir kena ulcer. Pedih oo. Bibir juga merekah2. Dah seminggu tak baik-baik. Ada apa-apa petua tak?

Tukar topik.
Ramai pula member2 secourse yang tinggal di student flat 'iberty Park' ni yang rajin main salji tengah2 pukul 1 pagi. 1 Pagi biasanya orang buat apa? Aku rasa ramai yang tengah tidur pukul 1 pagi. Tapi member2 ni main kejar2, baling2 salji, menjerit2. Haha. Nasib aku tak join mereka buat pertunjukan tengah2 carpark Liberty Park tu. Dengar cerita kena halau dengan pak guard lepas tu. Kalau aku main macam tu tengah2 pukul 1 pagi pun aku akan halau diri sendiri aku rasa. ;)

Tukar topik.
Assignment 2000 words. Baru siap 700. Hari ni nak sambung lagi sampai 1500, amacam?

Tukar topik.
Salji memang makin lebat. Aku bangun2 tengok dah tebal macam kulit tembikai. Dan tiba2 ada snowman seekor tepi pintu flat depan. Ah, siapa buat agaknya?

Tukar topik.
Siapa nak tengok pelajar Malaysia buat pertunjukan salji tengah2 car park Liberty Park, boleh lah add Nazrin Haikal di facebook dan hantar message. "Kami mahu saksikan pertunjukan salji" Nescaya dikabulkan oleh beliau.

Sekian.

Selamat.

Sunday, January 03, 2010

Unity?


At the last moment of the day, it comes to how actually we define unity.

Selamat

Saturday, January 02, 2010

Mari teruskan tahun baru dengan ini pula.


The untold version of Sirah Rasulullah in the Malaysian Islamic Education syllabus.
May Allah gives guidance to all of us.

Part 1 - 7 of this video can be found in youtube under the title of:
Riwayat hidup Rasulullah s.a.w

Selamat