Tuesday, January 26, 2010

Budaya perkahwinan

Antara budaya Malaysia yang aku rindukan sekarang ini adalah adat orang kahwin. Iaitu waktu bersanding dan jamuan makan. Segalanya lengkap bagi aku. Aku rindukan bau nasi pengantin atau nasi minyak beserta kuah dal. Ayam masak merah juga satu kemestian. Lauk daging lembu. Acar timun. Dan segala macam kuih-muih mengikut selera tuan rumah.

Aku rindukan senyum tawa semua pihak tatkala bertemu rakan-rakan di majlis kahwin. Yang lama bertemu semula, yang baru berkenalan. Segalanya serba indah. Hari persandingan raja sehari.

Tambah lagi bila deejay kampung sebelah yang mempunyai sebarang dua alatan sound system, mixer, speaker, tv monitor dan beberapa mikrofon. Segalanya cukup. Ia ibarat kesempurnaan dalam keadaan yang tidak lengkap. Walaupun deejay cap ayam. Walaupun alatan bukan tip top seperti konsert sure heboh, tetapi semuanya lengkap. ;)

Dan bila deejay memutarkan lagu-lagu 60 an berulang kali. Lagu-lagu ceria tentang perkahwinan dan hubungan cinta adam dan hawa. Meningkatkan dan menambah perencah dalam kehangatan majlis itu.

Ditambah lagi dengan semua jiran tetangga gotong royong membantu. Saudara mara jauh dekat, turun padang. Ambil cuti, tolong apa yang patut. Dan tiba-tiba terselit paksu atau pak tam yang kononnya jugu gambar profesional, mengambil rakaman suasana sambil-sambil menemu ramah pengunjung-pengunjung yang asyik memberikan ucapan selamat kepada pasangan pengantin.

Dan sambil-sambil makan, datang gadis berkebaya memberikan telur dalam kotak, ataupun gula-gula. Ada tu beri dodol. hadiah buat pengunjung. Aku suka. Setiap kali dapat, aku akan sembunyikan di bawah meja. lalu gadis berkebaya yang lain akan memberikan aku lagi kerana menyangkakan aku tidak dapat lagi.

Serta di majlis kahwin lah juga tempat bertemunya duda dan dara. Masing-masing bermain mata. Tersenyum simpul. Berpaut hati dan bertukar nombor talipon. Tapi sekarang ni mungkin bertukar facebook sahaja ataupun ym. Namun tetap, pertemuan itu mungkin melahirkan satu lagi hubungan suci yang akan direstui Allah, atau mungkin dimungkari juga.

Dan setelah habis selesai semua, abang-abang saudara dan jiran-jiran pakat membersihkan pekarangan rumah. Pinggan mangkuk dibasuh. Meja-meja, kerusi-kerusi di susun. Kain alas meja dilap dan dilipat. Sambil-sambil semua pakat pekena pak long yang sedang asyik menghisap rokok melepaskan penat menolong. Lalu semua mengerumuni pak long dan menyimbah pak long dengan bekas air sirap yang terisi didalamnya lebihan sirap.

Ye, dulu aku kata,"Bila kahwin, aku nak buat kat hotel. Buat katering 100%. Tak payah susah-susah gotong royong." Namun apabila jauh, aku lihat betapa berharganya budaya yang kita miliki ini. Betapa indahnya gemersik lagu 60-an yang dikumandangkan oleh deejay. Merdu sungguh suara sumbang Bang chik yang menyanyi karaoke lagu 90-an. Walaupun tak sampai key namun tetap gembira semua yang hadir melihat. Ah, seperti yang ku kata sebelum ini, apabila kita kehilangan sesuatu, barulah kita belajar merindui dan menghargainya. Daripada kehilangan itulah lahirnya perkataan rindu.

Selamat semua.

11 comments:

  1. yes2..rinduu amat~



    ~miss_d~

    ReplyDelete
  2. rindu mau makan daging kat kenduri kawen!!!!
    huk...

    -hannah-

    ReplyDelete
  3. aku suka part joget malam time kugiran tuh... terbaek ah twist!!

    ReplyDelete
  4. kalau nak kahwin time belajar kat uk nanti macam mana keadaannya ek? :p

    ReplyDelete
  5. miss_d: sama la kita rindu. ;)

    hannah: ish daging best. daripada ayam. hu.

    dodu: haha. tu kampung2 ada la. taman2 jarang ada.

    liz: kahwin before datang uk la. hehe. ;p

    ReplyDelete
  6. btol tu faiz...
    aku pun rindu kat budaya kita..
    rakyat Malaysia skang ni terpengaruh sangat ngan budaya barat...hingga budaya kita mereka rasakan sesuatu yang ketinggala zaman..aduh..rindu rasanya kat majlis2 camni..mane taw jumpe aweks cun..hahahhaha

    ReplyDelete
  7. nanti nak kawen macam tu la. hehe. then nak nyanyi lagu "jangan pisahkan" ;)

    ReplyDelete
  8. shahril: budaya barat budaya universal. nak buat macam mana. it's the mind controlling game and they're the master of it.

    naema: huh, tu lain kes dah. haha. semoga dapat laki yang baik-baik.

    bulan: hehe ye ke? nak kahwin macam tu? pengantin mana leh nyanyi. ;p

    ReplyDelete
  9. good thing kita still pertahan semua ni.

    ReplyDelete
  10. hey, rev..

    lama tak jengah sini..
    how are you?

    kerana hilangnya sesuatu itu, rindu kita lebih bermakna, rev.. :D

    pengantin boleh je nak nyanyi sebab time siti kawen, dia nyanyi apa untuk Datuk K :P

    ReplyDelete

Ideas in words by