Tuesday, January 12, 2010

Salam 1Malaysia

Salam 1Malaysia.

Yang menjadi kawan baik saya dulu angkut saya pergi library setiap weekend, orang india.
Yang menjadi kawan-kawan selalu tolong saya dengan pelajaran saya dulu, orang cina, orang india.
Yang menjadi guru-guru tusyen saya dulu sabar mengajar semua ilmu, orang cina, orang india.
Yang menjadi kawan-kawan sekolah sama2 ponteng kelas seni dulu, orang cina orang india.
Yang menjadi kawan-kawan dulu sama2 main 21 dan cho tai thi di kelas waktu tiada cikgu juga orang india, orang cina.
Yang menjadi kawan-kawan back up saya ketika gaduh dulu, orang cina.
Yang memberi kaki meja bentuk 3 ikan import daripada china kepada baba juga orang cina. Tapi jangan salah faham, baba tak pernah ada kontrak besar2 mau bagi sama kawan dia. Tapi kawan dia tetap beri kaki meja harga puluh ribu. Set sofa ala2 China satu set harga ribu-ribu. Apa pasal mereka bagi?
Yang menjadi kawan-kawan saya sama2 buat campfire, bakar ayam, ikan, coklat pisang juga orang cina orang india.
Yang menjadi kawan saya sama tackle gadis-gadis dulu juga orang cina, orang india.
Yang menghantar hamper setiap kali raya ke rumah kami, orang cina. Tapi jangan salah faham, ayah saya tak pernah beri dia tanah mana-mana sehinggakan dia patuh memberi hamper setiap kali raya.
Yang menghantar berkotak-kotak buah limau mandarin ketika CNY dan muruku ketika Deepavali juga adalah kawan-kawan cina dan kawan-kawan india. Eh, tapi mereka juga tidak pernah menerima apa-apa kontrak daripada ayah aku.
Yang sama-sama buli junior dengan aku dulu juga cina dan india.
Yang sama-sama ponteng aktiviti main game kat cc juga cina dan india.
Yang sama-sama pesan antara satu sama lain untuk berjaya dalam SPM dan kehidupan dulu juga cina dan india.
Yang menjadi penyeri hidup aku sekarang ni, melanau. erk! melanau? ;p

Ah, bukan Melayu tak ada. Cuma aku nak kata, kawan cina kawan india tetap ada untuk aku. Dan biar macammana sekalipun media-media haram, politikus-politikus haiwan, dan lembu-lembu racist ini berkata tentang kemelayuan. Aku tetap akan berpaling balik dan berkata, kawan-kawan aku bukan sahaja melayu. tetapi juga cina dan india. Dan cina dan india ini yang banyak juga membentuk peribadi aku selama ini.

Say no to racist political figures!
Say no to racist media!
Say no to racist political parties!
Say no to racism!
Say no to purposeful agenda of people with importance!
Say no more to ignorance! We should know more ourselves!

Let's talk about integrity from now on, shall we?

Selamat.

9 comments:

  1. ameno, payah payah. semua pun payah sekarang bro.

    ReplyDelete
  2. setakat nak buli junior, aku rasa kau tak perlukan bantuan kowt..

    hahahha.

    ReplyDelete
  3. oh mentang2 ayah ko dah brsara time tu,mcm ni perangai ko ek hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Dodu: haha. bukan bantuan fizikal. tapi bantuan planning macam mana nak buli.

    ben: kah kah kah.

    johan: kena pandai sembunyi2 la. haha.

    PbW: salam 1Malaysia juga. tapi itu 1malaysia yang betul punya la, bukan tipu punya. ;)

    Luna: mari. ;)

    ReplyDelete
  5. i like this post :P
    melanau penyeri hidup eh..
    org msia jugak kan haha

    ReplyDelete

Ideas in words by