Friday, December 11, 2009

Masalah dan permasalahan

Apa khabar? Semua sihat2 belaka? Mari kita ramai2 di sini mendoakan kesihatan satu sama lain. Amin.

Satu pemahaman bagi aku yang masih dalam proses pembelajaran tentang dunia ini, ialah, segalanya yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Pasti ada 'kerana' nya. Terutama benda2 yang tidak menyeronokkan. Benda yang membuatkan kita down.

Aku ada seorang rakan yang sedang mengalami masalah dalam grouping dia untuk buat projek dekat Universiti. Budak automotive di Coventry Uni. Masalah tak ngam. Masalah budak group tak buat kerja. Masalah tak ada rasa hormat antara satu sama lain. Masalah tak masuk kepala. Maslaah rasa nak terajang. Ini perkara biasa dalam hidup bagi aku. Ini ujian. Ujian untuk masing2 yang diberikan. Kalau kau lepas ujian ini, kau akan jadi lebih baik. Lebih bagus untuk hari2 yang mendatang atau ujian2 yang lebih besar nanti. Kalau kau tak lepas, kau gagal. Kau mungkin akan belajar dari kesilapan kau dan menjadi lebih matang. Ataupun kau akan teruskan dengan apa yang kau ada tanpa berubah. Jalan ada depan mata, tinggal kau nak pilih je sekarang.

Ada juga yang bermasalah dalam hubungan. Kasih mengasihi. Hei, bercinta jauh-jauh memang susah. Memang payah. Memang menyemakkan. Memang tidak menyelerakan. Tapi itulah padah bercinta jauh. Dah setuju nak bercinta jauh, kena belajar. Kena adapt. Kena tahu yang mana baik, yang mana tidak. Pernah aku bercinta jauh, tahan dua tahun lalu pisah kerana aku belum matang. Aku belum bersedia. Aku ketika itu tak faham konsep graf hubungan lagi. Seterusnya, sekarang ni dah masuk tahun kedua dengan Bulan. Masih bertahan. InsyaAllah, terus bertahan dengan restu bonda dan keluarga di rumah.

Selain itu, ada juga masalah bergaduh rakan2 aku sesama masing2. Salah faham. Cerita belakang. Memang perangai 'Melayu kolot' habis. Kalau dulu cakap belakang. Cakap sambil2 sidai kain baju dengan jiran. Tapi sekarang, cakap dalam facebook saja. Bagi aku, kau tak yah layan orang macam ni. Orang jenis ni, dia masih belum break free dari mentaliti kebudak-budakannya. Orang dewasa SELALUNYA akan hadapi masalah secara berdepan. Jika berhadapan dengan budak2, kita tak yah nak layan. Orang yang kenakan kawan2 nya, satu hari nanti akan rasa juga kesusahannya. Orang yang suka dirinya dibenci, kita tak usah layan. Ini bagi aku. Aku bukannya terlalu baik nak maafkan orang banyak kali. Tak tahulah orang lain.

Ada juga masalah member2 tak dapat rumah nanti untuk next year, bermula daripada summer. Kerana tak ada orang nak duduk dengan mereka. Aku cuma nak kata, pada masa inilah kita tahu. Siapa kita. Bagaimana pandangan orang terhadap kita dan apa akibat daripada perbuatan kita kepada orang. Yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas lebih buruk. Ini lumrah alam. Lumrah dunia. Rata-rata masyarakat seluruh dunia sudah menghalalkan konsep ini. Kerana apa? Supaya kita tahu, bagaimana kita nak dilayan, begitulah kita harus melayan orang lain.

Lagi sekali, aku, kau dan semua orang lain tak akan boleh lari daripada masalah. TAK AKAN, ye. Siapa yang cuba lari daripada masalah, hanya akan membuatkan masalahnya menerima 'snowballing effect'. Makin besar, dan besar dan mengejar. Sampai satu masa, dia langgar kau. Kau akan jatuh. Orang selalu kata, jatuh itu tak mengapa. Daripada jatuh, kita belajar untuk berjalan. Kita belajar erti kesakitan. Tapi aku nak tambah, cuma jangan sampai kita jatuh terduduk dihempap lori treler 16 tayar saja. Itu jatuh yang tak akan dapat bangun. Faham konsep ini?

Semua masalah, untuk memberi pengajaran tentang kehidupan. Semua langkah2 yang kita ambil membuatkan kita berfikir. Apa yang kita akan dapat daripada masalah itu? Semuanya berdasarkan daripada diri kita sendiri.

Setiap masalah berlaku bertujuan untuk mengajar dan mengubah kita menjadi lebih baik daripada hari ini. Tetapi sayangnya, tak semua orang yang mahu belajar.

*Kau termasuk dalam orang2 yang macam mana?

14 comments:

  1. aku masih belum matang... rasanya..

    hurmm...

    ReplyDelete
  2. try and error. spontan. jatuh. belajar untuk bangun. tak kira sekejap atau lama masa yang diambil untuk bangun, tapi sangat perlu untuk bangun. cuba bukan untuk gagal.

    sekian ^.^

    ReplyDelete
  3. great post. menusuk jiwe. i think you're a great writer lah.

    ReplyDelete
  4. entri panjang dan bernas.
    tahniah.

    ReplyDelete
  5. aku melihat persekitaran dan buat penilaian aku sendiri. tak suke, aku simpan je. dan aku bernaseb baik, bila aku simpan, mende tu ilang sebab aku tak pikir sgt. agak2 ko aku ni org yg macamane?

    ReplyDelete
  6. kalau tak ada masalah,,hidup x bermakna..
    =)

    ReplyDelete
  7. Dodu: Kau agak kau belum matang? Aku rasa kau tu terlebih matang. Kau tabah.

    balqissy: Iya betul. Cuma jangan sampai jatuh dan tak bangun2. :)

    Sofea: Uh, thanks for the compliment. Very inspiring. :)

    and etc: Terima kasih. Tapi ada entri lain yang lagi panjang. haha.

    hikari kun: Dari description kau tu, aku rasa. hmm. Kau orang yang suka pada harmoni. Kau avoid topik2 yang tak kau suka. Kau malas nak komen dan tak cuba impose kan value kau pada benda yang kau tak suka. MUNGKIN, orang yang hawau senang mempergunakan kau? Aku rasa je.

    Atau mungkin persekitaran yang kau lihat itu, tidak melibatkan kau. Cuma apa yang berlaku sekeliling kau tapi tidak terkena pada batang hidung kau. Maka, kau tidak ambil kesah walaupun benda itu kau tak berapa berkenan. Mungkin saja. :)

    Zack: Betul! Aku setuju. :)

    ReplyDelete
  8. oh. bile kau ckp cmtu, aku rase org2 yg kau kate hawau tu mmg pon selalu mempergunakan aku. heh. tp aku ok je kot, sbb aku akn pakse diri aku utk mencari kepositifan dr ape yg die paksa aku buat. biasenye, walaupon kecik, mesti ade. kan sume yang jadi ade sebab.

    oh, sslalu jgk benda yg berlaku di persekitaran aku ni melibatkan aku. ade la jgk terkena bau2 kentutnya tu, tp bak kate kau, sebab aku tak berkenan =, aku buat taktau je la.. heh.

    ReplyDelete
  9. hikari kun: Maka, kau amat penyabar dan pasif orangnya. Seorang kawan yang baik. Tapi ada baiknya jika kau lebih tegas dan tidaklah sampai benarkan orang gunakan kau. Hmm, kau lahir di bulan yang tengah2 tahun ke?

    ReplyDelete
  10. heh. pandai kau eh. patut la blaja sampai luar negara ye. aku kalau bab2 tegas ni memang aku surrender la. tak reti btol aku. aku payah sket nak mengatakan tidak.

    ReplyDelete
  11. masalah dlm hidup ibaratnya mcm masakan lah...mcm2 kita taruk, gula, garam, asam keping, nak botak cepat letak lagi ajinomoto...supaya rasa masakan yg kita masak tu sedap, ada pelbagai rasa yang begitu mengiurkan, nak mencabar lagi letak lada banyak2...kalo makan tomyam rasa manis je takde masam, masin sket, mana best kan?

    masalah boleh diselesaikan. takat gaduh n tak sefahaman tu bukanlah masalah yang besar pun rasanya, lagipun ALLAH kan takkan memberi dugaan yang tak mampu umatnya tanggung.

    masalah2 yang kita hadapi skrglah yang akan jadi sesuatu yang bermakna untuk dikenang tua2 nnt, rasanya lah, haha...

    oh satu lagi, setiap benda yang jadi ada sebab dan musababnya, tinggal lagi kita perasan ke tidak je..

    ReplyDelete
  12. hikari kun: serkap jarang saja tu. Oh, katakan saja tidak jika kita rasa tidak selesa. Kalau aku lah. Tapi itu diri kau. Kau berhak buat apa saja yang kau nak untuk rasa bahagia. Asalkan yang baik. :)

    mesticantikpunyer:
    iyeah! sangta setuju dgn pandangan kamu.

    ReplyDelete
  13. saya selalu kena hentam snowball.
    tapi, setakat ni, masih bangun dan terus bangun.
    oh. mereka yang panggil diri mereka kawan, kemudian cakap belakang aku. maaf. aku tak reti maafkan.

    ReplyDelete
  14. Luna: Macam itu bukan kawan rasanya, bukan? Tapi yang bantu kita bangun tu barulah kawan. :)

    ReplyDelete

Ideas in words by