Tuesday, December 29, 2009

Atheists, Religions and Science.

Perbalahan atheism and Religions sudah menjangkau usia yang panjang.

Atheists berpegang pada paksi sains. Paksi perkiraan, logikal dan sebab akal.
Atheists kata:
a) Kepercayaan itu membutakan.
b) Seorang atheists mempunyai minda yang sihat dan independent daripada racun agama.
c) Seorang atheists adalah individu yang bebas dan patut berbangga.

Atheists juga rata-rata sudah terapkan nilai "pemberontakan" sebagai nilai yang positif. Mereka memberi gambaran bahawa memberontak itu segala-galanya positif. Siapa yang rebellious adalah berani, independent, tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan hebat.

Setelah terma pemberontakan ini didewa-dewakan, hero-hero gelap dan terang pemberontak seluruh dunia ramai diraikan sebagai unsung heroes. Underground scene dinaikkan dan dianggap lebih independent daripada mainstream. Semua ini aku nampak sebagai percaturan politik. Brainwashing methods. Supaya bila kita nampak benda-benda seperti ini, kita akan kata mereka hebat. Dengan ini juga wujudnya punk, skin dan segala macam dark scenes. Dengan pelbagai tujuan tapi pada aku matlamat sebenar mereka satu, untuk menunjukkan yang rebellion itu cool.

Setelah itu rata-rata tokoh atheists akan tulis buku-buku, rencana-rencana dan tulisan-tulisan untuk mempengaruhi masyarakat. Tokoh yang kononnya independent dan bebas pemikirannya tulis perkara-perkara yang rebellious yang menaikkan semangat dan darah orang yang baca. Kononnya masyarakat selama ini terperangkap dalam racun agama. Mereka tidak bebas. Tidak mempunyai hak sendiri.

Dan rata-rata lembu-lembu yang kononnya rebellious. Tanpa berfikir. Dengan hanya membaca daripada satu belah saja, mengangguk. Bersetuju. Dengar daripada satu pihak, daripada satu sumber. Lalu lembu-lembu ini bersetuju dan mengangguk. Katakan, iya tuhan itu tidak wujud. agama itu racun. Sekadar membaca buku Richard Dawkins. atau Christopher Hitchens dan Sam Harris; Barisan unholy trinity.

Atheists yang berpegang pada sains dan logik akal. Cuba taip "Zakir Naik vs William Campbell - Quran and Bible" di youtube. Tengok semua episod. Dengar satu-satu. Mereka berkata tentang Al-Quran, Bible dan Sains. Dengar semuanya satu-satu. Dan tanya, kerana apa semua yang Dr William Campbell kata tentang ilmu sains, embriologi, geologi, oceanologi dan sebagainya, semuanya dapat dijawab oleh Dr. Zakir. Biarpun itu bukan perdebatan atheists dan Muslims, tapi ia tetap berkait dengan sains.

Hah, kau. lembu yang mengangguk. Jangan jadi lembu lagi. Jika tak cukup dengan youtube itu, tengok lah semua tentang Zakir Naik, Ahmad Deedat. Tak cukup lagi, Dr Zakir ada jual kaset2. Belilah. Baca, pertimbangkan. Bukan kamu semua ikut logikal reasoning kah? Lihat kedua belah dan persoalkan.

Atheists are atheists. Yet, they can also be truthseekers. Don't just be atheists. Don't just be Muslims. Or Christians or Hindus or Buddhas. Let's become truthseekers. If we do, insyaAllah we'll find the truth.

*Entri muhasabah diri sendiri juga.

7 comments:

  1. :) ya, muhasabah diri.

    Kalau ikut saja, bodoh juga.

    ReplyDelete
  2. aku juga baru tahu pasal ini.. mahu follow.. thanks..

    ReplyDelete
  3. Luna: find the truth. don't just be in your religion because your parents are in it. :)

    Dodu: byk kat youtube. boleh tengok semua.

    ReplyDelete
  4. lu tak faham persoalan sebenar..mereka rata2 cuma mengutuk bagaimana agama dipergunakan utk menghalalkn niat dan menghentam institusi agama,bukan menghentam konsep agama dan Tuhan..

    amik contoh Karl Marx,sila tunjukkn kat gua mana2 ayat2 dari tulisan2 dia yg directly menolak konsep keTuhanan??..ayat "agama candu masyarakat" tu sering disalahertikan..dia menerangkan bagaimana agama digunakan untuk menutup n mengkhayalkan fikrah manusia dari nmpk keburukan pihak aristokrasi dan dibantu oleh agamawan..

    cuba lu teliti betul2,apekah org2 atheist ini yg memporak-perandakan dunia atau mereka yg menggunakn topeng agama utk justify their actions?

    Gua sorg Muslim n gua yakin kpd Islam..tapi gua sorg anti-cleric..

    ReplyDelete
  5. Johan: Perkataan atheism itu sendiri adalah counter kepada theism daripada perkataan purba greek atheos(godless). Sejak daripada dulu memang maksud dia dah establish sebagai godless atau denying the existence of god. Bagi Karl Marx, sekadar yang aku faham. Dia percaya kepada praktikaliti of atheism. Yang mana dia percaya tuhan tidak mempengaruhi kewujudan manusia. Behaviour manusia tidak dikawal oleh kepercayaan kepada tuhan. Manusia tidak patut menetapkan yang baik dan yang buruk mengikut konsep agama daripada mana-mana kitab agama lama. Memang karl marx tak menolak secara langsung konsep atheism. dia lebih kepada menentang konsep kristian ortodox yang korrupted. Dia menentang keadaan mana kelas atasan waktu tu menggunakan agama sebagai candu untuk masyarakat. opium of the people. viruses of the minds, used by the upper classes people. Tapi bagi aku, karl marx tak mewakili seluruh komuniti atheism.

    Ramai lagi tokoh atheism lain yang menolak konsep ketuhanan. Baca kewujudan istilah russell's teapot. Juga counter-argument kepada konsep "designer"yang selalu dibawa oleh agama. Iaitu, semua yang tercipta pasti ada pencipta, there will be a designer for every product. Maka, tercipta pula konsep "Who design the designer" yang merupakan counter-argument kepada konsep designer. Sama juga macam mempersoalkan kewujudan tuhan.

    Jadi aku masih percaya, ramai antara atheists atau antitheists tetap menghentam kewujudan tuhan dan agama. Mungkin Karl Marx tidak, tapi karl marx saja tidak melambangkan keseluruhan atheism.

    Aku juga anti-cleric. Aku rasa, orang yang menggunakan topeng agama ini, adakah mereka masih boleh diterima sebagai a part of the religion? kalau dalam islam mereka ini digelar munafiq. Munafikins are not muslims. They are pretenders. Mustafa kamal attartuk, kau anggap dia islam? atau munafik? he's a pretender and a pretender is always a pretender as long as he keeps doing it. and because of these pretenders, the truthful name of pure religious instituitions are spoiled. Dan atheists adalah anti-cleric, cuma anti-cleric tak semuanya atheists.

    Bagaimanapun, poin kau memang valid. Karl Marx tidak menentang kewujudan tuhan secara terang-terangan. Cuma aku lihat atheism ini daripada konteks yang lebih besar. Atheism bukan sahaja daripada segi praktikaliti pada zaman lepas tapi bagaimana ia evolve ke tahap ia sekarang. Bagaimana tercetus macam-macam idea, new atheism dan segalanya. Kesimpulan daripada semua ini, nampak seolah mereka memang menentang kewujudan tuhan dengan pelbagai persoalan2.

    Terima kasih atas pandangan kau. Aku hargai. Please point out any mistakes if there are any.

    Selamat.

    ReplyDelete
  6. Basically,gua just berpendapat apa pun pendirian manusia pasal agama bukanlah yg paling penting..itu hak masing2 asalkan tak menyusahkan orang lain..yg penting adalah semnagt kemanusiaan..bab dosa dan padahal,Tuhan saja yang judge..

    Nonetheless,u have a great blog..will continue to drop by..and by the way,its not surprising lu ni seorang anak muda yang mahir berfikir sebab your dad was one the most influential teachers to have taught me kat MHS dulu..

    ReplyDelete
  7. Johan: Yeah, asalkan tak menyusahkan orang lain. Kemanusiaan sememangnya penting.

    Thanks. Didn't expect you to be one of his students. He's a great man for me. Salam. :)

    ReplyDelete

Ideas in words by