Wednesday, December 16, 2009

Kalaulah dulu...

Aku rasa salah satu sifat yang agak ketara dalam manusia adalah susah mahu bersyukur. Tak pernah nak puas. Tak akan cukup apa yang ada. Ini bagi aku.

Aku juga begini kadang2. Dah dapat macam2 benda. Benda yang tak dapat juga aku nak. Benda yang dekat dalam kaca kedai sedang display juga aku rengekkan. Benda yang aku sedang pegang langsung aku tak fikirkan.

Rami orang juga begini. Terutamanya kanak2 dan remaja. Ramai antara mereka yang begini belum tahu erti susah. Erti, tiada. Adik aku balik Melaka. Dapat makan makanan rumah masakan mama. Tak nak. Nak makan luar juga. Nak makan dekat asam pedas pokok besar. asam pedas claypot. Nak makan roti nan. Tak nak makan ayam masak kicap yang mama buat di rumah. Kerana apa? kerana tidak bersyukur. Tidak tahu menghargai apa yang ada. Yang di depan mata, tak nampak. Yang di depan mata orang lain juga kita nak.

Macam aku. Tak langsung aku pernah nak cakap "Bestnya panas2 di Malaysia. Matahari ni bestlah. Berpeluh2 aku. Aku suka matahari. Aku suka melekit2 tengah2 bahang kepanasan pukul 1 petang." Tak pernah nak aku puji panas itu enak di Malaysia. Dah sampai ke tempat orang baru aku faham. Kenapa mat salleh dapat pergi teluk cempedak, port dickson, batu feringghi, bukan main berjemur sakan diorang. Dulu aku kata, "Bodoh betul. Panas2 nak berjemur apa." Dah sampai sini baru aku tahu. Baru terdetik hari tu aku berkata,"Aduh nikmatnya kepanasan cahaya matahari."

Macam orang yang kurang ajar dekat mak ayah mereka. Maki sana. Maki sini. Ludah sana. Ada cakap aku-kau dengan mak ayah. Ada yang lari rumah. Setakat lukakan hati mak ayah, perkara biasa. Bila dah tak ada. Bila dah tak boleh jumpa. Bila dah kena yasinkan. Dah kena mandikan. Kena sembahyangkan. Baru menitis air mata. Baru nak bergetar2 bibir tahan sedih. Tahan emosi yang tika itu nak mencurah2. Baru kau tahu, apa ertinya mak dan ayah. Bila nak mengerti? Bila dah tak ada.

Macam orang yang menyesal buang makanan semalam waktu dia tengah kering dan lapar.

Macam orang yang terduduk teringat kekasih lama yang dulu ditinggalkan macam tu saja kini dah pun bertunang.

Macam orang yang kesal tengok kekasih dia bunuh diri akibat ugutan berpisah.

Macam orang yang terkedu lihat pegawai penjara tutup pintu pagar besi depan mata dia dan kuncikan.

Macam orang yang sayu melihat anaknya makan tak cukup akibat dulu diri dia malas nak belajar, tak ada daya nak maju lalu kerja asal boleh saja.

Macam orang yang terkulai melihat kakinya hilang sebelah akibat kemalangan daripada racing semalam.

Macam orang yang menepuk dahi tengok kote nya jadi hitam kerana sifilis akibat terlalu asyik dengan seks bebas.

Macam gadis2 yang kena histeria setelah tahu balak lari bila dengar mereka mengandung 4 bulan.

Macam ayah yang tak terdaya tengok anak yang kurang ajar akibat dulu dia sibuk bekerja lalu lupa nak sekolah agamakan anaknya. Lupa nak mendidik.

Akhirnya semua akan tengadah bila dah terhantuk. Mereka semua akan berkata, "Kalaulah dulu..."

*Biar mereka2 ini menjadi iktibar untuk diri kita.

Selamat.

13 comments:

  1. ahh...

    kalau lah aku boleh untuk berkata kalau..

    ReplyDelete
  2. Shemmi: kalau tu yang tak boleh tu. kalau tu tak akan ada kan?

    ReplyDelete
  3. betul2. dah kat india baru nak bersyukur jalan raya kat malaysia rata je, xde terhentak2 kalau naik kereta, boleh tidur dgn aman. dulu xperasan pun. dan xada org tidur tgh jalan. isk.

    ReplyDelete
  4. aku mahu kalau aku tak perlu kata kalau. tapi tengoklah baru cakap satu ayat, da ada dua kalau.

    haha~ dude, sedapnya makan ikan pari asam pedas~ lalala

    ReplyDelete
  5. Perkataan kalau ni macam gula lah. Kalau banyak sgt guna tak baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat ngan Hidemichi...
    Kadang "Kalau" itu tanda tidak bersyukur...
    Tak bersyukur....-tak bagos...!!
    Nauzubillah...

    ReplyDelete
  7. bagi aku, kalau perkataan kalau tu digunakan dan kita cube utk tak ulangi kesilapan, ok je.. err, itu pon kire xbersyukur jgk ke?

    ReplyDelete
  8. aten chan: haa ada dengar juga. dan najis bersepah2 bukan di sana? saudara aku buat medic kat india juga.

    Luna: ah, tunggu summer nanti aku balik. aku hentam habis2 asam pedas tu! :p

    Hidemichi: Orang kelantan bukan suka makan manis2, gula banyak2 kan. Macam mana tu.

    PbW: Betul. Tak bagus.

    Hikari kun: 'Kalau' kita cuba untuk tak ulangi kesilapan, bagus lah. Itu dah konteks lain.

    Qistina: Sekejap je insaf? Lama la sikit.

    ReplyDelete
  9. ye. sebab mana2 pun toilet diorang. tgh2 ramai pun boleh. pakai saree pun boleh buang. haha tp bagus duduk sini, belajar utk lebih menghargai dan bsyukur. saudara tu kat mane eh?

    ReplyDelete
  10. aten chan: dekat bombay kalau tak silap lah. tak sure. dia dah tahun kedua kot. scholar mara.

    ReplyDelete
  11. aaaahh!!..
    kalau lah FAIEZ belanje aku..
    xde la aku kempunan.. hahaha..
    takde la aku cam ni..
    depressed.. hahaha

    ReplyDelete
  12. bob: tunggu aku datang nz. haha.

    ReplyDelete

Ideas in words by