Sunday, December 20, 2009

Perempuan

Perempuan.
Siapa pernah faham perempuan?
Lelaki?
Perempuan sendiri, kau faham perempuan lain?
Aku tak faham.
Aku tak pernah cuba nak faham perempuan.
Janganlah harap untuk aku faham.
Aku kan egois.
Kau perlu fahami aku.
Kau yang perlu.
Bukannya aku.

Kerana egoisnya aku, aku tetap setia.
Kerana egoisnya aku, aku tetap bersedih.
tetap gembira.
Kerana egoisnya aku jugalah, kau tidak pernah tahu semua ini.
Kau fahamilah aku.
Sampai satu ketika nanti,
Aku akan mempelajari kau.
Dan bila saat itu tiba nanti,
Jikapun ia tiba.
Atau mungkin tidak?
Tidak pasti.

Cuma yang pasti,
jika ianya tiba.
Aku akan janjikan kau.
Saat termanis untuk diri kau.
Dan ini janji daripada aku, lelaki.
Kepada kau, perempuan.

16 comments:

  1. ye betol!!.. hahaa.. same la kite!..

    ReplyDelete
  2. kang aku cakap betol kang.. haaaa...

    gua kali ni atas pagar beb!!

    ReplyDelete
  3. Bob: Ramai yang sama macam kita aku rasa. haha.

    Dodu: Takut bini yea yea. Takut bini yea yea. Takut bini yea yea. :p

    ReplyDelete
  4. lelaki dgn pompuan sama2 x phm masing2.. eh phm x ape aku ckp ni?? cm belit2

    ReplyDelete
  5. lelaki tak faham perempuan, perempuan tak faham lelaki ;p

    ReplyDelete
  6. kalau masing2 dah paham, x ada warna lah dunia ni. For me, perempuan dan lelaki sama, cuma individu itu yang berbeza =D

    ReplyDelete
  7. sebab pompuan xphm lelaki, and lelaki xphm pompuan la makanye manusia ni dijadikan berpasangan lelaki ngn pompuan. supaye saling melengkapi. kot. aku agak je.

    ReplyDelete
  8. mamma, Liz, Balqissy: Tapi ada yang claim mereka faham jantina berlawanan. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  9. ah
    kau lelaki
    dan aku perempuan
    fahami aku
    kau sudi
    kau tidak
    itu terpulang
    asal jangan tak endahkan aku


    *rev, aku suke entri puitis ko kali ini...sgt menyenangkan...^_^

    ReplyDelete
  10. lyle: sebab itu ye. tapi jika saling memahami kan lagi senang nak berpasangan?

    mummy: terima kasih mummy. hehe. dah ada blog. :)

    Shemmi: Shemmi, daripada kata-kata kau tu aku belajar sesuatu. Tapi kadang2 aku tak faham, apa maksud tak endahkan tu. Bagi lelaki, dan bagi perempuan, mungkin lain tafsirnya.
    Terima kasih kerana suka. =)

    ReplyDelete
  11. luna: tak faham yep. nak terangkan ke?

    ReplyDelete
  12. xpe yang penting hormat menghormati. saling melengkapi dan menutupi kelemahan masing2.

    ReplyDelete
  13. sy kecian sebenanye kt laki yg camnie..espeacially when he's dealing with his own gf..we have to remember we do have our own limitation..ppl will get fed up when we r da only one who tries every single thing to understand n care about him but he he did nothing..pls..im begging u girls out there..if u stumbled upon this kind of guy..dont give everything n leave him b4 it is too late..

    ReplyDelete
  14. the dr: yes betul!

    anonymous: tinggalkan saja! wahai anon. hahahaha.

    ReplyDelete

Ideas in words by