Wednesday, December 23, 2009

Drama: Return of the Condor Heroes.

Masuk hari ini. Dah 2 hari aku rasa, aku duduk berperap di dalam bilik. Keluar pun bila lapar. Makan meggi mee. Serunding yang mama bagi. Sambil2 itu tengok Return of Condor Heroes. Hampeh betul cerita ini. Dulu aku baca komik dia. Hikayat Wira Penembak Helang. Yang aku tengok drama ini adalah sambungan nya. Kalau dulu cerita pasal Guo Jing, sekarang cerita pasal anak angkat dia. Yang Guo. Haha. Mesti ramai tak berminat nak baca. Tapi aku tengah mood tengok cerita ni. Maaf. Teruskan.

Bagi aku cerita kungfu cina seperti cerita ini, pasti tidak akan lari daripada beberapa perkara seperti berikut:-
1) Semua watak cakap berapi. Hyperbole lebih2. Tak kira watak baik atau jahat. Kuat atau sampah. Pasti akan ada ayat seperti,"Hari ni kau mati di tangan aku." atau "Jangan salahkan aku kalau aku berkasar pada kau."
Ayat2 ini berkesan dan elok diguna oleh watak2 seperti Tabib Huang, Guo Jing atau Zhou Bo Tong kerana mereka memang hebat. Senang nak bunuh orang dengan kungfu mereka. Tapi bila sampah sarap seperti Disciple Jin Lun atau Gong Sun Zhi guna, aku rasa menyampah. Berulang-ulang kali pula tu guna. Padahal bukan hebat mana pun. Exaggeration habis.

2) Setelah lawan2, pasti yang lebih hebat menang. Tapi jika yang baik itu lebih hebat dan dia menang. Pasti akan ending dengan pedangnya diacu kat leher atau badan orang jahat. Lepas tu keluar ayat,"Insaflah kau. Baik kau janji kau akan berubah. Aku akan lepaskan kau." Hak Ptuih. Berlambak gila babak macam ni. Dah dapat, bunuh je la orang jahat tu. Grrrr, geram.

Bila orang jahat pula yang menang dan acukan pedang. Dia akan kata, "Kau patut berbangga kerana dapat mati di tangan aku hari ini. ha ha ha ha ha(Gelak jahat)". Baik2 dia nak hayun pedang tiba2 akan ada orang lain yang selamatkan orang baik tu. Orang yang selamatkan itu pastinya lebih kuat. Jahat tak dapat lawan, dia larikan diri. Ini overused. Sakit hati oh.

3) Pasti ada ayat "Tidak ada orang yang jumpa aku dan lepas itu dapat hidup. Kau adalah orang pertama." Aduh, ayat ini kalau tak ada dalam cerita kungfu cina, jangan panggil itu cerita kungfulah. Ayat ini selalunya digunakan oleh orang jahat yang kuat2.

4) Babak cinta2 dia memang macam haram. Bercinta2, banyak halangan. Orang jahat racun lah. Kena tipulah. Salah faham lah. Bodoh betul. Lepas tu yang wajib ada ayat ini,"Biarlah aku bunuh diri jika kau mati. Biar kita mati bersama2. Lepas itu tak ada orang dapat kacau kita lagi." Tapi, tak bunuh2 pun diri tu. Hampeh.

Lagi hawau jika keluar ayat yang juga wajib keluar, "Jika ada kehidupan yang seterusnya, biarlah aku menjadi pasangan kau."

5) Macam mana kena tala pun, hero dan heroin akan selamat. Akan berjuang. Hero akan kena racun. Diselamatkan oleh orang yang hebat lalu dia belajar kungfu yang lebih hebat. Ini juga mesti ada.

6) Terbang jauh2. Laju2. Tinggi2. Tapi kadang kau tengok nak kejar orang guna kuda. Bila tak dapat kata, kuda dia tu lagi laju. Habis tu, belajar terbang2 buat apa?

7) Hero selalunya anak yatim yang dah kematian ibu bapa. Ibu bapa kena bunuh lalu dia belajar kungfu sebab nak revenge. Hero di sini mesti malang. Mesti ditimpa macam2 musibah tetapi tetap dapat melaluinya.

8) Heroin yang cun melecun (Wajib!)

9) Costume mereka boleh kira sepanjang drama itu. Yang hero mungkin akan tukar pakaian sekali dua. Selalunya pakaian yang sama saja mereka pakai. Heroin pun sama. Tapi pakaian mereka tak kotor2.

10) Tahap awal2 kungfu mereka akan lawan fisikal. Kungfu fisikal. Skill2 kungfu masing2. Tapi tahap tinggi, mereka banyak lawan tenaga dalaman je. Aku perasan ni.

11) Bila lawan one on one. Mereka akan buat rule supaya berlawan secara adil. Tanpa gangguan. Baik nak menang, yang jahat akan guna senjata rahsia beracun. Bila dipertikaikan, dia akan kata. "Kita tak tetap kan pun rule yang tak boleh guna senjata rahsia, kan? ha ha ha ha ha (Gelak jahat)"

Aku jarang suka tengok drama kungfu yang panjang2 sebab selalunya jalan cerita mereka hampir sama. Tapi aku suka tengok drama ini sebab:
a) Sambungan cerita hikayat wira penembak helang yang aku dah khatam lama dulu.
b) Watak yang ramai dan pelbagai.
c) Berjaya buat aku sakit hati dan geram dan tak sabar tengok episod seterusnya.
d) Heroin yang bukan sahaja cun tetapi comel dan innocent. Pehh.

*Mood: Sambung tengok drama ini. Sambung recording lagu. Sambung fikir, bila nak mula buat assignment. Bukan mood keluar bilik. Bukan mood shopping.

Aku prefer cerita Jepun daripada cerita Korea. Kalau cintan, cerita Korea meleleh sangat dan sangat predictable. Jepun punya cerita2 yang luar daripada norma. Dah tengok My Boss My Hero atau Samurai High School? Best oh.

10 comments:

  1. eleeeeyhh.. padahal layan drama2 leleh juga...

    siap kunci pintu bilik lagi.. sorok2 sob3...

    ReplyDelete
  2. Hahaha. sakit ati pnya pasal ak kna pukul..oit jgn lupa sambung research ko...haha.

    ReplyDelete
  3. Hehehehe....rajin Rev wat summary...
    Saya tengok jer cter2 nie walaupun sumer cam Rev cakap tue mmg wajib ada...

    Tapi cter return of the Condor Heroes tak tengok lagi...
    Suka cter Legend of Arching Hero, Fong Sai Yuk(classic tak?) and A Step into the Past...
    Pernah tengok tak?
    Sama jer tapi best...

    p/s : Bila tengok cter camni mama and abah mesti kata..."Ni yang depan TV ni sumer kena tpu...!!"

    ReplyDelete
  4. Aku suka Koizora. Btw, tu cerita cinta Jepun. Aku tak suka tengok drama sebab kena tunggu sambungan. Dan ya, drama Korea pendek2 dan aku tak ada rasa terseksa sangat nak tunggu dia habis.

    refer kat komen dodu: eyh, tgk cite leleh sorok2? ;p
    haha

    ReplyDelete
  5. oh. bukan cite ni da lame kuar ke? aku tgk time aku sekolah dulu2.

    my boss my hero da tgk. tp yg samurai high school tu aku x jupe lg. err. kalo ko tgk movie crows zero pon aku rase best oo.

    ReplyDelete
  6. haha..
    same tgk drama storm rider waktu kecik2 dulu,
    heroin dier cun wehh.
    :P

    ReplyDelete
  7. PbW: Fong sai yuk best oh! kelakar juga. Tu dulu waktu keluar tv3 tgk rasanya. Lain2 tak. hehe.

    Luna: Mana, percaya lah kat dodu tu. haha.

    hikari kun: dah lama. tahun 2006. tapi waktu tu aku dah habis sekolah.

    qistina: storm rider lama gile dah cerita tu. huhu.

    ReplyDelete
  8. laaaa, tengok jugak cite jepun :p

    ReplyDelete

Ideas in words by