Wednesday, December 30, 2009

Kitab sejarah dan peringatan didalamnya.

Jika orang kata sejarah itu merugikan masa dan tidak bermanfaat, bagi aku tidak. Daripada sejarah, kita dapat belajar pelbagai perkara. Baba guru sejarah, sejak dari kecil rumah aku dah penuh dengan buku-buku ilmiah. Baba aku cintakan ilmu sehingga baba sanggup menghabiskan duit membuat library mini untuk anak-anaknya. Aku ingat selalu, tak pernah sekali baba beli kereta baru. Biarpun merc, bmw ataupun proton sekalipun. Tetapi baba perhabis duit buatkan library itu, dan selalu berpesan pada kami, "Selalu-selalu baca buku. Knowledge is power". Sampailah bersara baru baba keluar kereta baru, itupun kereta kos rendah savvy.

Daripada banyak2 buku itu, kebanyakannya buku sejarah. Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, tamadun Islam, Islam di Eropah, Tamadun China dan macam-macam lagi. Tak semua aku baca, tapi sikit2 aku sentuh juga bila bosan2 dan tak ada buku dah nak baca. Sikit sebanyak pengetahuan bertambah.

Dulu waktu sekolah menengah aku selalu juga kata, "buat apa nak belajar sejarah entah. Kalau jadi doktor bukan guna pun sejarah." Tapi sekarang baru aku faham, daripada sejarah2 ini kita dapat belajar sikap2 dan perwatakan manusia. Gaya serta culture manusia. Kenapa sekarang malaysia banyak dicemar oleh racism? belajar sejarah, kita boleh tahu. Kenapa Amerika boleh tertubuh sebagai negara kuat? Baca sejarah kita boleh tahu. Kenapa kekuatan Khalifah islam jatuh di turki? Kita boleh tahu dengan sejarah. Daripada ilmu sejarah ni jugalah kita boleh faham, bagaimana islam dijatuhkan di turki, oleh siapa? mengapa? apakah consequence daripada kejatuhan tersebut? Dalam masa berapa tahun akan datang, apa terjadi? apa iktibar yang kita boleh ambil daripada sejarah Turki yang disekularkan? Semua ada dalam sejarah. Cuma perlu baca, faham dan fikir. Kitab2 suci Al-quran untuk umat islam, bible untuk christians, torah untuk jews semuanya juga ditulis berdasarkan sejarah apa2 yang berlaku zaman dahulu. Dalam pada kata2 Tuhan itu, terdapat sejarah2 untuk dijadikan iktibar kepada kita. Jadi, siapa kata sejarah tidak penting?

Daripada sejarah juga kita boleh memahami karakteristik sesuatu bangsa. Kekuatan dan kelemahan. Dah banyak kali kita dengar mat2 poyo menteri bercakap pasal "sejarah tragedi 13 may patut diambil iktibar dan jangan diulangi." Banyak kali. Kurang-kurang mereka tunjuk mereka tahu sejarah. Tapi, apa iktibar yang diambil? apa langkah yang diambil? 1Malaysia diwar-warkan. Di establishkan. Ramai yang menentang. Ramai yang memandang sinis. Kenapa? Sebab sejarah juga dah tunjukkan betapa poyonya ayat2 dan konsep2 yang diketengahkan oleh ssetengah pihak berkepentingan sendiri. Kalau nak satukan malaysia, guna sejarah. Satukan bahasa2 dalam malaysia. Mana negara dalam dunia yang dapat bersatu dengan wujudnya pelbagai bahasa dalam negara tu? Buku sejarah mana tunjukkan? Cuba sebut satu. Negara yang ada macam2 bahasa berlainan digunakan dan penduduknya aman damai sejahtera makmur tanpa apa2 percaturan berbau racism. Mana? United Kingdom ni jika satu masa dahulu tak dikuatkuasakan undang2 melarang bahasa2 scottish gaelic, welsh dan irelandish traditional daripada digunakan, kau ingat mereka boleh duduk dalam satu bumbung sekarang? Itu pun sekarang tak semua daripada mereka mengaku British. Bila aku tanya, mereka tak cakap from UK. Tapi from scotland. From england. Im a welsh.

Namun, nak mansuhkan bahasa2 orang cina dan bahasa2 orang india pula adalah satu ketidakadilan. Bahasa yang pelbagai itu adalah anugerah daripada Tuhan. Tak boleh kita nak persetankan bahasa orang lain sesuka hati. Justeru, apa yang boleh menteri2 ini buat? Baca balik sejarah. Belajar balik. bukan ekonomi saja penting, sejarah juga ada sebut tentang ekonomi. Bangunnya satu tamadun, jatuhnya satu tamadun semua disebut dalam buku-buku sejarah. Jatuhnya kerajaan kerana korupsi, ini fakta. Jatuhnya kerajaan korupsi kepada nationalis pembela nasib rakyat, ini juga fakta. Sentiasa berpecahnya rakyat kerana amalan 'divide and conquer', maka mungkin kerana amalan ini, rakyat malaysia tidak pernah cuba disatukan?

Aku andaikan ini semua dengan graf juga. Daripada sejarah kita boleh melukis graf berpuluh2 tahun yang lepas. Naik, turun, sebab musabab. Maka daripada maklumat2 ini kita juga boleh melakar graf akan datang. Assumptions based on facts. Nak jatuh kah, nak bangun kah, terpulang.

Yet, let's all believe in humanity, in the concept of tolerance to each other. Baru kita semua boleh hidup bersama2 bukan sebagai Malays, bukan sebagai Chinese, bukan sebagai Indians tetapi sebagai Malaysians.

Selamat

11 comments:

  1. bace sejarah mmg mngantuk... mungkin mereka harus pelbagaikan cara penyampaian sejarah

    ReplyDelete
  2. balqissy: baca biologi, kimia pun mengantuk. akhirnya terletak pada individu juga. kdg2 kita kena betulkan niat kita dulu. nasib cikgu2 sejarah dulu best di sekolah. :)

    ReplyDelete
  3. aku tak suka sejarah. tapi, aku rasa aku tahu ada benda2 yang dah berlaku yang aku harap aku takkan lalui.

    aku sokong kau sepenuhnya. ayuh, bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  4. bez giler baca.
    i hope someday u'll become a politician that could change the nation into a better one: religiously, economically ,socially n etc.
    you'll have my vote.

    ReplyDelete
  5. Luna: Terima kasih Luna. Cuma kita perlu ingat, banyak benda yang akan berlaku yang kita tak suka pun.

    Qistina: Terima kasih. haha, salam.

    anonymous: politician? haha. tidak rasanya, sebelah kaki sudah didalam neraka. Aku tak sanggup pikul beban itu lagi.

    ReplyDelete
  6. binalah satu lagi library mini di liberty park.. kami boley dtg imarahkan..

    ReplyDelete
  7. dodu: hahaha. banyak pula duit aku. buku2 yang ada ni pun kau tak baca lagi. nak pinjam cakap ah.

    ReplyDelete
  8. i nak menulis tentang subjek sejarah form4 form 5. sapa nak support dengan membaca entry aku ?

    ReplyDelete
  9. there are no definite rights or wrongs..no absolute good or bad..

    ReplyDelete
  10. adam: kau tulis, link kat aku. aku baca bila ada.

    johan: most topics are subjective. but there are things with definite answers. at least thats what i believe.

    ReplyDelete

Ideas in words by