Tuesday, December 08, 2009

Graf Hubungan

Hai semua. Amboi amboi amboi.

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman dan pemerhatian aku. Sedikit pasal hubungan lelaki dan wanita. Seperti beberapa entri lepas, entri ini juga akan berkaitkan perempuan dan lelaki. Tapi secara lebih spesifik.

Aku ingin mempersembahkan satu graf khas yang tidak dipelajari langsung di mana2 sekolah atau institusi pendidikan. Graf hubungan. Graf hubungan ini tidak tertakluk kepada hubungan cinta saja tetapi hampir boleh diguna pakai ke atas semua hubungan bersifat:
1) Bukan muhrim atau tiada pertalian persaudaraan.
2) Neutral, iaitu bukan hubungan yang bersebab. (Contoh kawan dengan Seman sebab ayah dia tauke kaya atau couple dengan Minah kerana ayah dia sekretari kerajaan negeri yang pegang projek. Ini adalah kerana hubungan2 ini sudah ada titik tujuan. Ini juga tertakluk kepada hubungan yang bersifat untuk tujuan seks sahaja.)

Graf selalunya akan mula daripada bawah, titik X = 0. Naik, naik dan naik sehingga ke titik puncak. Tak pernah ada graf kehidupan yang hanya menaik sahaja dan terus naik. Walaupun graf umur, ia akan menaik dan sampai satu tahap, ia akan mati dan tidak bergerak.

Tafsiran graf ini amat mudah, ambil contoh pasangan lelaki dan wanita yang baru berkenalan. Mereka bertemu ketika di restoran, perempuan itu tertumpah air kopi panas ke seluar lelaki. Lelaki mengaduh panas dan perempuan itu meminta maaf dan rasa bersalah. Maka dari situ mereka bertemu. (Cliche nak mati babak pertemuan ni)
Dari kosong, yakni tak mengenali, mereka telah mengenali satu sama lain. Graf makin menaik kian hari. Makin mengenali. Makin menyukai. Graf terus menaik. Sambil itu hubungan mereka terus berjalan. Dari kawan sehingga berjanji utk setia. Bahagia. Oh, best nya hidup. Waktu ni lah kentut pun wangi. Taik pun cantik.
Sehinggalah ke satu titik. Titik ini aku lihat sebagai titik yang menetapkan kemana hala tuju. Titik kritikal.

Graf itu sudah sampai ke titik paling atas. Arah tujunya selepas itu hanya boleh ke bawah, atau mendatar. Selalunya akan ke bawah. Di sini kita boleh lihat, mungkin kerana hubungan lelaki dan wanita itu dah berjalan untuk sesuatu ketika, maka mereka sudah sampai ke satu titik hambar. Di mana mungkin mula berasa bosan. Mungkin berasa tidak ada benda baru lagi dalam hubungan itu. Bak kata omputih, "I've got all of you figured out already."

Selalunya yang merasakan benda ini adalah lelaki. Ini pendapat general aku saja. Bukan pendapat khusus ye. Selalunya yang panik apabila ada di titik ini adalah wanita. SELALUNYA ye.

Mengapa benda ni terjadi? Titik ini tidak dapat dielakkan bagi aku dalam hubungan. Ia perkara biasa yang dianggap luar biasa oleh ramai orang. Dan pada aku, yang menentukan hala tuju titik ini adalah wanita dan lelaki itu sendiri. Perlakuan mereka ketika melalui titik ini.

Ramai yang akan berjaya mengharungi dengan jayanya. Menyebabkan hubungan kekal mendatar di tahap tertinggi atau jika turun pun, sedikit saja. Namun, ramai juga yang gagal mengharungi. Ini adalah kerana ramai yang panik. Terutama wanita.

Ketika mengharungi fasa ini, mereka merasakan yang lelaki mula menjauh. Mula tidak tertarik. Hubungan mula hambar. Mereka panik! dan panik itu adalah antara benda terburuk yang mungkin dilakukan oleh mereka. Kerana apabila panik, akal mereka mungkin berada dalam takat 70 peratus untuk gagal berfungsi. Gagal merancang. Gagal membuat keputusan secara rasional. Apabila panik, mereka akan kerap membuat keputusan2 yang tidak masuk akal malah mungkin mendatangkan kesan buruk kepada hubungan.

Apa contoh keputusan itu? antaranya, mereka mula menjadi seperti parasit2. mengacau lelaki siang malam. Berkatakan sayang itu, sayang ini. I sayang u setiap masa. I rindu u setiap waktu. U rindu i tak setiap kali. U sayang i tak setiap ketika. Dan ini adalah merimaskan bagi SESETENGAH lelaki. bukan semua tapi SESETENGAH. Bagi SESETENGAH lelaki, perkataan2 itu bila kerap kali dilahirkan akan hilang maknanya. Tapi aku faham. Bagi SESETENGAH perempuan pula, tidak lengkap hari dengan kasih sayang jika tidak dilafazkan dengan kata2.

Antara cara lain yang tidak rasional mungkin dilakukan oleh manusia2 panik ialah mula risau dan jeles tak tentu pasal. Ibarat seperti, "Dulu dia hari2 leh layan aku. Sekarang susah dah. Dia ada perempuan lain lah ni agaknya." Ini parah. Kes ni selalu berlaku. Pengakhirannya untuk kes ini, SELALUNYA lelaki itu akan terus padam graf itu, renyuk kertas, pergi thai kuang, beli kertas graf baru dan cari pasangan baru untuk sama2 melukis graf semula(Biarpun aku kenal seorang dua rakan yang masih tabah melayan kerenah awek mereka yang tah hape2 kadang2 aku rasa. Kita tengok sejauh mana treshold level mereka.) Untuk gadis2, tolong jangan berlaku seperti perlakuan tidak masuk akal ini. Jika kaum lelaki mahu menipu kaum wanita, tidak perlu berselindung. Kami pasti akan tetap menipu biarpun kamu sedang makan didepan mata kami, JIKA kami mahu menipu. Ini juga praktikal bagi kaum wanita. ;p

Selain daripada itu, jasad2 panik ini ramai yang akan emo tak tentu pasal. Lambat hantar message, kena marah. Merajuk sampai 2 minggu. Aduh. Ini kes hilang akal. Tolong jangan berlaku begini. Sila sabar. Tanya elok2. Emo tidak akan menyelesaikan masalah.

Aku rasa graf hubungan ini amat praktikal dan memang relevan. Ia bagi aku, PASTI akan berlaku dalam mana2 hubungan. Setiap hubungan akan sampai rasa hambarnya. Di situlah titik kritikalnya hubungan itu. Apabila sampai titik itu, selalunya aku akan relaks. Aku akan biarkan hidup aku terus berjalan tanpa apa2 pressure terhadap hubungan. Aku faham, di titik ini masing2 perlu masa untuk diri masing2. Aku perlu masa untuk diri aku. Kerana di titik inilah mungkin berlakunya adaptation terhadap perhubungan itu. Biarkan semuanya berlalu dan berlaku tanpa mempersoalkan dengan tegas. Pada saat ini cuba anggap pasangan itu, rakan kamu. Aku selalu beranggapan begitu. Seorang rakan yang baik mempunyai lebih banyak keistimewaan untuk kamu berbanding pasangan kamu, melainkan pasangan kamu telah pun menjadi rakan baik kamu. Kerana dalam masa romantis dan menyayangi, kamu telah juga berjaya menerima kekurangan masing2 dan bersedia untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Ini adalah apa yang rakan2 baik selalunya lakukan. Dan di titik kritikal inilah masanya untuk kamu menjadi rakan terbaik untuk pasangan kamu.

Banyak hubungan lepas aku gagal kerana pasangan2 aku berkelakuan seperti di atas yang telah dinyatakan. Payah nak lepas. Namun jika telah lepas fasa kritikal ini. Kamu akan mendapati yang kamu telah bertemu dengan seorang pasangan yang romantis tetapi dalam pada masa yang sama supportive terhadap kamu seperti seorang rakan yang baik. Seorang pasangan yang seperti sesumpah, yang mampu mengubah dan mengadaptasikan perlakuannya dengan keadaan semasa.

*Tetapi nak lepas fasa kritikal ini adalah amat susah bagi aku. Tak ramai yang berjaya melepasinya kali pertama.

Selamat.

18 comments:

  1. menarik la entry ko ni.mmg ada bakat jadi Dr Cinta. hehe..

    lps ni kena cari formula camne nak pastikan pada fasa akhir tu,graf akan sentiasa naik sentiasa or at least sekata..

    ada artikel best tentang cinta jgk:

    bercinta sampai ke syurga! http://saifulislam.com/?p=4902

    ReplyDelete
  2. yeahh!
    sgt3 berguna entry nie.
    ley dla tgk alek kat dri dla,
    n sumtime dla pun d wat bnde2 cmtu.
    hahaha.

    i can learn from my mistake.
    tq dr.love :P

    ReplyDelete
  3. dah boleh tulis artikel psl cinta kat mjlh ni. ;p

    ReplyDelete
  4. menarik hasil pemerhatian kamu.

    ReplyDelete
  5. Reverie berfalsafah tentang cinta...
    Mungkin ke impak duduk jauh di rantauan?
    Hehehehe ;p

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. gelak dan gelak.. dan teros gelak sambil berfikir... haha

    ReplyDelete
  7. ehsanhalim: doktor cinta? haha. tak sampai macam tu pun. Yep, aku ada baca juga blog saifulislam tu.

    dLa: dr. love? haha. tak dr pun. bagus2. muhasabah diri semula. :)

    zack: haha. Langsung tak la zack. semua ok saja. :)

    aten chan: haha. terima kasih. :)

    hikari kun: terima kasih :)

    PbW: mungkin juga. haha. lama tak nampak kamu.

    cx bob: dah cuti2 ni baru la nampak bob komen blog aku.

    ReplyDelete
  8. somehow. u seem to have something against the ladies. at least,that's what i think.

    ReplyDelete
  9. Amila: ohh, really? haha. that's suprising. I don't at all. Just giving opinions based on experiences. Tak sangka budak warwick ada baca blog ni. =D

    ReplyDelete
  10. Graf kita steady kan reverie? haha!

    Aku rasa, relationship aku ngan besfren aku sedang mengalami inflasi.

    Tapi, menurut pengalaman aku 6 tahun kawan dgn dia, we just need a break. Pastu ok balik. Itu apply tuk aku je la. Orang len tataw la plak~

    ReplyDelete
  11. Hehehe...

    nice theory U've got there!

    ReplyDelete
  12. haha. beware. nak kutuk bebudak warwick,pandang2 sikit. lol kidding :P

    ReplyDelete
  13. Luna: Haha. yeah. Graf kita steady. :)
    Oh, bestfren kamu lelaki? Itu perkara biasa. Jangan sampai graf itu terhenti je sudahlah.
    Itu apply untuk aku juga.

    VersedAnggerik: Terima kasih. :)

    Amila: haha. kutuk budak2 warwick? budak2 warwick semua baik2. Rajin membantu dan tolong menolong. Sayangnya tak dapat makan nasi ayam belanda hari itu.

    ReplyDelete
  14. tak payah bodek depan2 la dak. haha. oh yeah! u missed the glorious nasi ayam belanda. haha. will do again insyaAllah :D

    ReplyDelete
  15. the harder your grip to something, the more likely it will go away.

    stail la bro artikel ko.nak bagi gf baca jap.

    ReplyDelete

Ideas in words by