Monday, December 14, 2009

Cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Selalunya di saat-saat kritikal kita sering hilang pertimbangan. Di saat-saat paling penting kita lupa bernafas lalu kita jatuh. Di saat-saat akhir kita tidak sedar apa yang kita buat ini salah. Sehinggalah semuanya sudah berlalu. Baru kita nak perasan apa yang kita buat itu tidak betul.

Kerana ini semualah kita memerlukan keluara dan rakan yang memahami kita. Mereka mampu membuatkan kita berfikir semula. "Yang aku buat ni, betul ke?". Mereka mampu mengingatkan kita untuk bernafas semula secara tenang dan membuat keputusan berdasarkan rasionaliti. Kata-kata daripada mereka jugalah yang memberikan kita pilihan demi pilihan untuk kita pilih.

Kerena ini jugalah aku amat pantang kalau ada orang yang ganggu famili aku. Yang ganggu rakan2 baik aku. Orang yang aku sayangi. Selagi aku boleh aku akan jaga. Macam mereka jaga aku.

Tapi tak selalunya benda macam apa yang kita nak. Tak semuanya mampu kita jaga. Adakala aku rasa tak sampai kuatnya aku nak jaga semuanya. Tapi kalau hari ini tak dapat. Esok lusa aku akan cari balik orang tu.

Dunia sekarang makin tak boleh dipercayai. Semua keliling kita perlu diawasi. Berwaspada. Jangan mudah percaya. Biarpun berkawan, perlu berhati-hati. Sedangkan depan mata aku sendiri, kawan yang dari kecil berkawan bergaduh bila dewasa. Famili bercerai berai. Inikan orang-orang yang kita baru kenali?

Jangan risau. Biar hari ini kalau kita susah. Kita jatuh. Aku percaya semuanya ada maknanya. Kita boleh berwaspada tapi bala kalau nak datang, datang juga. Dah tepis sekali, kali kedua tak kena. Akan jatuh juga kita. Tapi aku tahu, hidup macam roda. Ada kala di bawah. ada kala di atas. Macam mana pun kau tolak aku, kau tolak dia ke bawah. Satu hari nanti kami akan naik semula ke atas. Saat itu kau pula akan merasa. Pandangan seorang yang jatuh dari bawah.

*Dunia ini ramai orang yang bermacam perangai. Kita perlu pandai-pandai jaga diri saja.

Selamat.

9 comments:

  1. org2 "P******" tu sebenarnya yg byk membangun & menyedarkn kita..

    dan org2 yg bukan "P" pula (adakalanya) byk yg terus mebelai2kn kita dan mmbuat kita terus terleka & terlena...

    ReplyDelete
  2. Aku nak sep shemmi. tapi tak bermakna aku suka orang2 p ni. Mcm kau aku pun akan terasa kalo orang yang aku sayang rasa sakit.

    "Esok lusa aku akan cari balik orang tu."

    Aku tak sangka kau macam ni. haha!

    ReplyDelete
  3. Peha kiri sakit...peha kanan terasa juga...
    Tapi saya pernah mengalami situasi peha kanan yg menyakiti peha kiri... -_-

    Maybe sebnanya dia tak nak ada kaitan ngan peha kiti kot...
    Kacang lupakan kulit...

    Whateva la kan Rev...

    Semoga kita...dimana juga kita berada...dibwh atau di atas...berada dalam rahmat Allah...
    Ameen... (^_^)

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang cubit peha kiri, peha kanan sakit.. tapi bila cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa...

    huuhu

    ReplyDelete
  5. Shemmi: Betul. memang lah mereka yang menyedarkan untuk lagi berhati2. tapi kalau dibelai pun apa salahnya. kadang2 orang yang kita sayang pun selalu tegur dan mengingatkan. tak gitu?

    Luna: aku bab2 orang kacau orang yang aku sayang ni memang aku angin lebih. Tak lepas punya. Tak dapat fizikal, dari hati je aku buat. Bab lain tak pe lagi. Famili, tak boleh lah.

    ebyll: itu dah kes lain. hehe. amin. :)

    Dodu: Betul juga apa kau cakap nih.

    ReplyDelete
  6. ape maksud dodu tu eh?xdpt tangkap.

    ReplyDelete
  7. atenchan: mengikut apa yang aku faham. Kadang2 ada orang selfish juga. Disayangi tapi tak menyayangi.

    ReplyDelete
  8. yaaa.. rev sangat pandai menafsir.. huuhu..

    ReplyDelete
  9. i'm in this situation right now.
    rse mcm shit kwn drp kecik smpy besa bergadoh.
    hahaa :))

    tp betol lah, aku nak jaga dorg, tapi last2 dorg yg buat aku sakit.

    haihh.

    ReplyDelete

Ideas in words by