Saturday, May 30, 2009

Assalamualaikum

Aku hadir.

Aku dengar.

dan aku keluar dengan persepsi baru.

Selamat kembali reverie. =)

Monday, May 25, 2009

Night and Women

Night and Women

Night is not a demon,
It is not a beast,
It is not delightful neither,
Nor it is fascinating.

Women are too,
Not demons neither beasts,
Not delightful neither fascinating.

Save,
You hold the key,
And the key is to comprehend.

Once you hold the key,
They're within your grasp.
Fun came.
Pleasurable amusement.

Yet only if
its vagueness
can still amuse me
or perhaps, it is hers?

*This is to give you a clear example. Are you the kind of all-beauty or all-brain or maybe both? Maybe, both. And I stress it again. maybe?
*Tengah bosan tengah malam tak dapat tidur. =3

Sunday, May 24, 2009

Angels & Demons (Review)

Angels and Demons. Biarpun sudah agak lama cerita ini ditayangkan dan pasti ramai antara engkau yang sudah tengok, aku tetap nak review.

Filem yang sangat menarik. Penuh dengan sejarah2 masa lampau yang membabitkan artisan2 hebat masa renaissance. Beserta dengan karya2 hebat mereka. Lebih ke arah ke agamaan. Mengisahkan tentang konflik antara sains dan agama Kristian. Macam mana konflik masa dulu yang mana Gereja telah menghimpit dan menekan golongan Saintis dan Pelukis.

Filem ni best kerana ia bawa aku dan fikiran aku merewang ke zaman dulu. Macam mana setiap karya agung yang orang2 seperti Michealangelo, Raphael hasilkan membawa maksud tersendiri. Semuanya ada purpose. Menarik. Value2 yang ada dalam setiap arca.

Tambahan pula, kisah2 legend Illuminati yang dimasukkan serba sedikit dalam filem ini. Dimana Saintis2 yang ditekan ini membuat secret society Illuminati. Hmm, aku memang minat pasal ni.

Namun!

Terdapat banyak perbezaan jika dibanding dalam novel asal Dan Brown. Fakta2 yang diberi pula, kaji lah dulu sebelum percaya bulat2. Jadikan cerita ini sebagai hiburan semata2.

Ia lebih kepada menunjukkan bagaimana seseorang extremist dalam sesuatu agama itu membawa kehancuran dan kemusnahan besar kepada agama itu dan masyarakat. Aku rasa, perkara ini apply bukan sahaja bagi Christianity tetapi juga agama lain. Jika terlalu extreme, niat murni mungkin dipengaruhi oleh hasutan Syaitan lalu membawa bencana. Tak payahlah extreme sangat dalam agama. Ikut landasan yang disediakan.

Aku bagi cerita ini 4 bintang daripada 5. Tambah setengah lagi kerana cara2 kematian Cardinal2 nya yang amat style!

*Aku bakal bercuti dari blog selama seminggu. Tolong jangan rindu tulisan aku ya? Tolong. =)

Tuesday, May 19, 2009

Imbas: Kisah Terawih

Selamat malam semua.
Malam ini mari kita mengenang semula pengalaman ketika sembahyang terawikh waktu kecil kat surau atau masjid.

Aku selalu pergi solat terawih dengan famili aku. Mama, baba, makcik, nenek, satu famili semua ada kecuali yang datang bulan. Selalunya aku lepak dengan dua orang ni. Seorang nama dia ghambut(Bukan nama sebenar) Lagi seorang ni kiki(Adik aku). Kami suka solat terawih. Bukan sebab boleh main kejar2 dengan member keliling masjid atau sebab boleh main lawan mercun dengan budak lain. Bukan! Kami suka sebab kami boleh solat.

Tapi pernah juga zaman2 pra matang aku. Aku selalu main mercun waktu solat terawikh. Selalunya main lepas rakaat ke 8. Cuma pernah sekali ni aku dengan Ghambut dan kiki pergi berjalan2 sambil bakar mercun dan lari2 daripada guard masjid.

Kami tiba di satu port. Sunyi. Baik punya port ni. Aku keluarkan mercun mancis besar. Bukan yang kecil tapi yang besar tu. adalah macam batang crayon saiz dia. Usha line baik punya, clear. Setting port. Bakar guna lighter yang di cilok daripada poket seluar ayahanda tersayang. dan...

POM!

"Subhanallah. Astaghfirullah" Imam tengah solat terkejut lalu beristighfar.

Sumpah aku tak perasan port tu betul2 bawah tempat imam solat. Serius. Sebagai budak2 aku mengekek ketawa. Bila fikir balik, tak patut betul. tapi bila fikir balik lagi, aku gelak juga lagi. ha ha. Maafkan saya mama kalau baca entri ni. =3

Tempat kejadian: Masjid Al-Azim Melaka(Kalau kau pernah datang tempat ni, mesti kau tahu port tu kat mana sebab masjid ni tinggi)
Masa: Lepas rakaat ke 8 solat terawih.

*Macam2 lagi sebenarnya benda yang aku buat. Tapi tak boleh cerita semua. Banyak yang rahsia sulit kerajaan. hanya Ghambut dan kiki je tahu. ha ha.
*Adoi esok literature. Sesiapa ada spot yang confirm keluar tak? =p

Monday, May 18, 2009

Imbas : Kisah Sekolah 2

Dah habis satu paper. ha ha.

3 more to go!

Dahulu waktu sekolah aku dan rakan2 selalu bising. Jerit sana. Jerit sini(Kawan aku, bukan aku). Tarik rambut member perempuan(Bukan aku juga). Tarik tudung member aku lepas itu lari dan dia kejar(Serius bukan aku juga)

Macam2 hal lagi. selalunya akan kena hukum tarik sideburn oleh cikgu Nadia(Cikgu Sains waktu itu). Kena sebat dengan arwah Cikgu Syaril sebab main captay dekat belakang kelas. Macam2 lagi hal. Aku faham bila guru besar atau GPK 1 atau Hem lalu, budak2 akan senyap. Cuma aku tak faham la, kenapa kalau tak ada siapa2 lalu, budak2 senyap lalu mereka akan kata, "Malaikat lalu."

Betul ke hah?!

Sunday, May 17, 2009

Imbas : Kisah sekolah

Tadi memasang impian untuk menonton Angels and Demons. Tapi tak jadi. So, tak ada review. Sori pampered by words. Tapi aku tetap syorkan cerita tu. Kerana berdasarkan novelnya yang aku dah khatam, amat menarik cerita itu. Dan ada sedikit sebanyak kau boleh belajar banyak benda cuma kena rajin buat research sendiri kerana ada juga facts dalam cerita itu yang tidak seratus peratus betul.

Tadi terpesong ke tempat lain lalu membeli stationary. Aku beli pens(banyak), pensel tekan, long ruler, dan liquid paper. teringat dahulu waktu sekolah rendah. Waktu tu kena pakai 2B atau HB pensel je. Pensel tekan tak boleh. Kena rampas kalau kantoi. Tapi banyak yang bawa terutama bila dah darjah 5 dan 6. Darjah2 tu kan dikira otai kat sekolah dah. Dah besar la kat sekolah waktu tu. Waktu tu, siapa yang ada pensel tekan 'the shaker' kira Top!. Kitaorang panggil shaker. Mahal dan amat bergaya. Waktu 5 Cempaka, setakat 4, 5 orang member aku yang ada the shaker. Bila menulis, goncang muka bangga je nak keluarkan lead pensel tu. Diaorang ni kira anak orang berada. Top! Banyak duit. Waktu rehat makan nasi ayam je. Mahal tu nasi ayam waktu tu.

Tapi aku ni tak into sangat 'shaker'. Aku lebih minat pilot 'super grip'. Ni macam 'shaker' tapi lagi ringan. Aku rasa 'super grip' ni lebih bergaya dan mudah. Ringan. dan tak bising macam 'shaker' tambah2 bila digoncangkan. Aku kumpul duit belanja campur dengan duit2 tepi lain sikit2 lalu sambar satu kat kedai. Curi2 tanpa mama tahu. tak boleh lagi waktu tu, mama hanya benarkan pakai 2B pensel je.

Bila aku bawa super grip ni, budak2 lain mula tengok. Pensel tekan apa kao pakai ni, diaorang tanya. Aku dengan bangga menjawab dengan mengangkat kening saja. Makin lama, tersebar lah kisah aku pakai super grip. Warna hijau waktu tu. Memang warna cari market! ha ha.
Member2 aku yang pakai 'the shaker' mula rasa tergugat. Aku tengok pun makin ramai yang mula beli super grip kerana lagi murah. 'the shaker' sampai 8 ringgit. Super grip 5 ringgit lebih saja. Kira super grip ni sudah dijadikan culture oleh budak2 kelas aku. Aku senyum dalam hati.

Tapi walaupun ramai2 tukar pakai super grip, ada seorang member aku ni je yang tak tukar. Sebab dia ni tulis pakai pen. Cikgu kasi dia pakai pen. Bukan sebab dia anak YB atau ayah dia Rosyam Nor. Tapi sebab tulisan dia cantik. Aku pula cikgu tak kasi langsung pakai pen. Budak2 lain pun sama. Waktu tu, member aku yang seorang ni kira macam hebat. Pakai pen tu salin nota. Jeles je aku tengok. Bila fikir2 balik sekarang rasa macam jadi kanak2 ni memang seronok. Benda simple seperti pakai pensel tekan apa pun boleh jadi suatu perkara yang amat menarik.

Aku setakat nak berkongsi cerita muda-mudi aku je dengan kaorang. heh he. Macam mana dengan kaurang waktu sekolah?

Menonton Televisyen adalah detrimental

Selamat petang. =)

Dahulu sewaktu kecil aku mempunyai peluang yang amat limited untuk menonton televisyen. Biasanya jadual aku akan bermula pada jam 6 pagi yang mana aku kena bangun dan siap2 untuk ke sekolah. Balik sekolah(Sekolah rendah) aku akan makan dan tidur atau duduk belajar dalam jam 4 petang sehingga 6 petang. Kemudian aku akan keluar bermain bola sehingga jam 7 petang. Balik tu aku akan siap2. jam 8 petang tu aku akan menonton berita sambil makan malam. Setelah itu belajar sehingga jam 10.30. Kemudian tengok tv sehingga jam 11 dan tidur. Namun malam tu aku jarang2 akan tengok tv.

Hujung minggu pula aku akan bangun awal untuk menonton kartun pagi di ntv7 ataupun tv3(Tak ada astro). Sehingga jam 11 pagi, aku akan belajar dan lebih kurang jadual seperti hari2 biasa.

Akibatnya sampai hari ini aku kurang minat menonton televisyen. Aku tak follow cerita2 bersiri tak kira sama ada dari Indonesia, Jepun, Korea mahupun barat kecuali sesetengah. Aku pernah follow cerita Lost dan Dr. House di Axn. Aku rasa kisah2 ini sangat menarik kerana ia memerlukan aku berfikir ketika menonton.

Poin yang aku mahu sampaikan di sini ialah aku rasa menonton televisyen dengan kerap ataupun lebih 3 jem sehari adalah sangat tak elok untuk kita. Satu dari segi kesihatan. Hanya adik aku yang bongsu sahaja pakai cermin mata. Aku rasa kerana dia banyak tonton Cartoon Network dulu kot. ha ha. Dan bila banyak tengok tv, akan jadi kurang fokus bila belajar. Tayangan dalam tv itu sendiri tidak fokus. Tengah2 layan tengok cerita tiba2 ada iklan2 yang pelbagai. Jadi ifeknya bila kita melakukan sesuatu, akan jadi kurang fokus.

Aku layan tengok wayang. Tapi aku suka memilih bila tengok wayang.

*Entri hari ini lebih berkisar tentang sesuatu yang dekat dengan kehidupan aku. Pokoknya aku cuba sampaikan, menonton tv itu kurang elok kalau berlebihan.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 13, 2009

Saat Paling Mendebarkan

Assalamualaikum. Selamat solat maghrib kepada yang muslim. Selamat sejahtera kepada yang bukan.

Aku rasa setakat ini saat yang paling mendebarkan bagi aku adalah saat aku mengazankan pemergian mama baba aku ke tanah suci Mekah untuk musim haji yang lepas.

Lalu aku cuba buat seikhlas mungkin dan berdoa agar segala apa yang dilakukan mereka diterima. Lagipun, hanya itu sahaja yang aku boleh lakukan.

*Entri serius untuk tatapan dan pemikiran.

Sunday, May 10, 2009

Warkah tak seberapa daripada bayi yang comel

Warkah tak seberapa buat Mama,

4 Ogos 20 tahun yang lepas, mama bertuah kerana mendapat seorang bayi yang sangat comel lagi bermasa depan cerah. Satu dunia kata pada mama, "Bertuahnya Jah. Lawa anak Jah." Satu dunia memuji kecantikan dan kegebuan kulit putih anak mama itu. Semua berebut nak dukung. Oh! Sungguh bertuah mama.

Namun apa yang orang tak sedar, yang benar bertuah adalah bayi comel itu. Cukup makan dan pakai diberikan. Kasih sayang dan belaian lengkap. Tidak akan atau pernah bayi itu ingin meminta lebih daripada mama. Apatah lagi meminta untuk mama yang lain. Jika dapat pilihan harta sedunia pun bayi itu lebih rela memilih kesejahteraan mama. Sungguh!

Bayi itu berpesan kepada saya (selaku penulis yang kacak) untuk memberitahu mama:-
- Simboliknya hari ini adalah sama dengan setiap hari-hari yang lain iaitu hari kasih sayang daripada seorang anak untuk mama.
- Tiada hadiah konkrit yang dapat diberikan kepada mama buat masa ini tetapi cuma satu yang bayi itu berjanji, untuk memberikan doa daripada anak yang soleh sentiasa setiap waktu agar mama selalu diberi penghormatan tertinggi serta rahmat dan syafaat oleh Allah S.W.T untuk menjadi penghuni syurga tertinggi selayak rasul2, nabi2 dan alim ulama' yang lain. Kerna itulah yang bayi itu rasa paling layak untuk mama dan hanya yang layak untuk mama. Serta itulah juga hadiah yang 'paling sukar' untuk diberikan kepada kaum ibu oleh anak2 mereka. Dengan ini bayi itu meminta agar terus diberi kekuatan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang demi mendoakan kesejahteraan mama beliau.

Warkah tak seberapa ini ditujukan khas buat ibu-ibu serta bapa-bapa yang sama cantik seperti bayi comel tersebut, iaitu Baba, Nenek, Ngah, Aunty Yah dan paling khas buat Mama.
Selamat Hari antara Hari-Hari Ibu

*Tiada reaksi melampau dibenarkan bagi post ini. Sekadar untuk tatapan mama.

Monday, May 04, 2009

Berita gempar: 38 orang ahli politik MATI kemalangan!

Berita gempar: 38 orang ahli politik MATI kemalangan!

Ada sebuah bas yang membawa 38 orang ahli politik. Ahli-ahli politik ni baru balik bersidang secara rahsia di Perlis. Apabila tiba masa pulang, mereka nak tunjuk yang mereka ni berjiwa rakyat, mereka sewa bas lalu naik bas ke Kuala Lumpur. Bas yang dibawa tu, dibawa dengan laju. Lalu eksiden langgar motor.

Eeeettt. Bush. Tebabom……… Kecepey(bunyi mak gad motor kemik)

Tempat kejadian tu kebetulan ada seorang petani sedang berkebun. Dialah saksi kejadian tu. Lalu kemudian polis pun tiba. Polis yang cepat,tepat dan betul ni pun ambillah keterangan pekebun tu.

Polis: Pakciklah seorang ja yang ada ditempat kejadian waktu kemalangan?
Pekebun tua: Iya. Tak ada orang lain dah.
Polis: Waktu baru lepas kemalangan tu memang semuanya mati ke pakcik? Tak ada yang terselamat? Nyawa2 ikan ke?
Pekebun tua: Sebenarnya tuan, adalah 3-4 orang yang kata mereka ni masih hidup. Tapi tuan, tuan pun tahu. Alah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.

*Di cite daripada seorang rakan aku yang hamlau. Bukan kisah sebenar dan parti ahli2 politik itu tak dapat dikenal pasti.