Warkah tak seberapa buat Mama,
4 Ogos 20 tahun yang lepas, mama bertuah kerana mendapat seorang bayi yang sangat comel lagi bermasa depan cerah. Satu dunia kata pada mama, "Bertuahnya Jah. Lawa anak Jah." Satu dunia memuji kecantikan dan kegebuan kulit putih anak mama itu. Semua berebut nak dukung. Oh! Sungguh bertuah mama.
Namun apa yang orang tak sedar, yang benar bertuah adalah bayi comel itu. Cukup makan dan pakai diberikan. Kasih sayang dan belaian lengkap. Tidak akan atau pernah bayi itu ingin meminta lebih daripada mama. Apatah lagi meminta untuk mama yang lain. Jika dapat pilihan harta sedunia pun bayi itu lebih rela memilih kesejahteraan mama. Sungguh!
Bayi itu berpesan kepada saya (selaku penulis yang kacak) untuk memberitahu mama:-
- Simboliknya hari ini adalah sama dengan setiap hari-hari yang lain iaitu hari kasih sayang daripada seorang anak untuk mama.
- Tiada hadiah konkrit yang dapat diberikan kepada mama buat masa ini tetapi cuma satu yang bayi itu berjanji, untuk memberikan doa daripada anak yang soleh sentiasa setiap waktu agar mama selalu diberi penghormatan tertinggi serta rahmat dan syafaat oleh Allah S.W.T untuk menjadi penghuni syurga tertinggi selayak rasul2, nabi2 dan alim ulama' yang lain. Kerna itulah yang bayi itu rasa paling layak untuk mama dan hanya yang layak untuk mama. Serta itulah juga hadiah yang 'paling sukar' untuk diberikan kepada kaum ibu oleh anak2 mereka. Dengan ini bayi itu meminta agar terus diberi kekuatan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang demi mendoakan kesejahteraan mama beliau.
Warkah tak seberapa ini ditujukan khas buat ibu-ibu serta bapa-bapa yang sama cantik seperti bayi comel tersebut, iaitu Baba, Nenek, Ngah, Aunty Yah dan paling khas buat Mama.
Selamat Hari antara Hari-Hari Ibu
*Tiada reaksi melampau dibenarkan bagi post ini. Sekadar untuk tatapan mama.