Sunday, May 17, 2009

Menonton Televisyen adalah detrimental

Selamat petang. =)

Dahulu sewaktu kecil aku mempunyai peluang yang amat limited untuk menonton televisyen. Biasanya jadual aku akan bermula pada jam 6 pagi yang mana aku kena bangun dan siap2 untuk ke sekolah. Balik sekolah(Sekolah rendah) aku akan makan dan tidur atau duduk belajar dalam jam 4 petang sehingga 6 petang. Kemudian aku akan keluar bermain bola sehingga jam 7 petang. Balik tu aku akan siap2. jam 8 petang tu aku akan menonton berita sambil makan malam. Setelah itu belajar sehingga jam 10.30. Kemudian tengok tv sehingga jam 11 dan tidur. Namun malam tu aku jarang2 akan tengok tv.

Hujung minggu pula aku akan bangun awal untuk menonton kartun pagi di ntv7 ataupun tv3(Tak ada astro). Sehingga jam 11 pagi, aku akan belajar dan lebih kurang jadual seperti hari2 biasa.

Akibatnya sampai hari ini aku kurang minat menonton televisyen. Aku tak follow cerita2 bersiri tak kira sama ada dari Indonesia, Jepun, Korea mahupun barat kecuali sesetengah. Aku pernah follow cerita Lost dan Dr. House di Axn. Aku rasa kisah2 ini sangat menarik kerana ia memerlukan aku berfikir ketika menonton.

Poin yang aku mahu sampaikan di sini ialah aku rasa menonton televisyen dengan kerap ataupun lebih 3 jem sehari adalah sangat tak elok untuk kita. Satu dari segi kesihatan. Hanya adik aku yang bongsu sahaja pakai cermin mata. Aku rasa kerana dia banyak tonton Cartoon Network dulu kot. ha ha. Dan bila banyak tengok tv, akan jadi kurang fokus bila belajar. Tayangan dalam tv itu sendiri tidak fokus. Tengah2 layan tengok cerita tiba2 ada iklan2 yang pelbagai. Jadi ifeknya bila kita melakukan sesuatu, akan jadi kurang fokus.

Aku layan tengok wayang. Tapi aku suka memilih bila tengok wayang.

*Entri hari ini lebih berkisar tentang sesuatu yang dekat dengan kehidupan aku. Pokoknya aku cuba sampaikan, menonton tv itu kurang elok kalau berlebihan.

Sekian, terima kasih.

9 comments:

  1. tgk wayang kua duit laa bang.
    tgk tv free sbb abah yg byr astro.
    haha.

    ReplyDelete
  2. tengok wayang...ehem....:-) wayang kulit?

    ReplyDelete
  3. a'a kan? tgk wayang ta de iklan..

    hehe..

    teringat karangan masa sekolah menengah dulu..

    ReplyDelete
  4. Ya...tgk tv tak bagus...
    Lagi2 skang dah makin cter karut marut yg bleh memesongkan akidah(bawang merah,bawang putih n Keliwon)cuba la wat penyelesaian melalui Islam..kalo ikt Islam biar yg nmpk real bleh tak...bukan yg ngarut dan terpesong dari ajaran kter..

    Akhlak pun jd ntah apa2.. Cter rempit and bohsia...dari kter tak tau...trs jadi tau gaya hdp tue.. Mungkin direka utk jd pengajaran tapi masalahnya pendekatan tue tak ada... Yg lebih tertonjol tue gaya hidup dia(yg mungkin pengaruh bdak2 utk tiru)...bukan pengajaran yg sepatutnya smp pada kter... Ngarut jer...

    Hm....1st time tgk wayang masa tue umur 21(thn lps ;p)
    Skali tgk trs rasa nak tgk slalu...siap nak jdkan hobi lagi tapi....masa dan keewangan sentiasa menjadi penghalang... Lagi2 bla dah smbg stadi ni...

    ReplyDelete
  5. woi2 aku suke kisah dongeng indonesia tu yg pkul 230 bile cuti.. cuti bln 6 ni msti ade.. kkiki =p
    lagu die mcm ni..
    d buumi lout dan d udaraa
    byaaak kisah2 yg terrrrrsimpan
    betaaapa besar keagungannya
    seluruh.... x igt
    bla3...
    dunia khayalan.. dunia impian2x
    hahaha!! kisah 3 puteri sakti bla3 itteunggg!! itteungg!!! kah3!! msti ko x phm kn?? =p

    ReplyDelete
  6. HAPPY BELATED TEACHERS DAY!!!!!
    ;)))

    ReplyDelete
  7. buat oh sara:
    ha ha itu betul juga.

    buat Anon:
    Apa Anon anon ni? ha ha

    buat Luna:
    Karangan macam mana tu?

    buat Pampered by Words:
    Haa Haa. Betul tu. Amat. Mereka Profit-oriented. Sebab tu keluar cerita macam tu.

    buat mamma mia:
    Ha ha ha. Ni kes teruk ni!

    buat aishah:
    Thank you. =)

    ReplyDelete
  8. pengaruh media kepada remaja...?

    ring a bell?

    hahahaha!

    ReplyDelete
  9. same2.
    hehe.

    dla x ske tgk tb,
    tp ske tgk dvd.
    ehehe

    ReplyDelete

Ideas in words by