Showing posts with label Entri sinis. Show all posts
Showing posts with label Entri sinis. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Mengada-ngada



Salam bercerita dikedai kopi. Al-kisah Saifudin Nasution dan kulit telur busuk dalam video di atas.

Dah lama aku tak tulis blog pasal aku malas. Tapi hari ni aku atasi kemalasan aku dek kerana meluat dengan perangai pemimpin yang macam ini.

Lain kali kalau jumpa tuan YB ni minta kasi tau sikit yang hidup sebagai pemimpin ni memang susah dan banyak cabarannya selain daripada benda yang best seperti naik kereta besar ada driver. Kata nak jadi pejuang, nak jadi pemimpin. Nak bimbing anak muda. Lawan tetap lawan la apa da la.

Kulit telur atas kereta pun geli mau angkat, macam mana nak harung ombak dan badai untuk rakyat Malaysia? Apa tak ada kerja lain nak layan? Akta dan polisi baru untuk dibincangkan? Sampai banyak sangat masa buat PC semata-mata nak tunjuk kereta kena baling telur. Untuk apa? Buat provokasi, buat kontroversi, sebarkan fitnah, tanam kebencian, lagi? pancing undi lettew.

Cikgu sekolah aku yang dibenci ramai dulu kena calar kereta setiap bulan, rilek je dia. Last-last dia bawa kereta buruk pergi sekolah. Cari solution bukan dengan cara buat provokasi.

* Grow some fucking balls if u want to be my leader in Malaysia. Scene politik Malaysia dah makin twisted aku tengok tahun ni.

Tuesday, May 24, 2011

Berita Hairan - Rider fixed-gear bicycle menggadai nyawa

Rujuk link artikel ini ---> X

Aku nak kupas sikit dari dua segi. Pertama segi penulisan, dan kedua segi pelaksanaan.

Untuk penulisan. Apa kata, daripada di kondem anak muda yang berbasikal didalam surat khabar nombor satu diMalaysia, kan lebih elok kalau ditulis dengan cara untuk create awareness of the new trend. So that government and local authorities will do something about it. Contohnya, kau tulis tentang sejarah, trend fixie sedikit and then give suggestion how can government help to make bicycle riding more safe in Kuala Lumpur. Or perhaps give some examples of cities yang ada implement such thing. Will be a much better article, ye dok?

Untuk pelaksanaan. Kan lebih elok daripada dikondem, dibiarkan masuk berita hairan dan rancangan 999, lebih baik dibuat projek circuit berbasikal seluruh bandar Kuala Lumpur ke, hari berbasikal sekuala lumpur ke. Atau apa-apa projek yang bicycle-related. Jadikan ianya bandar yang bicycle friendly. Bagi aku it's much better for them to cycle daripada merempit. A new trend that is to be celebrated and not condemned.

Make the city more community and socially friendly. Then reduce the number of vehicles on the road. Cuba ikut macam ex-mayor Enrique Penalosa ni. Macam mana dia boleh tukar his 'drug-city' into something different. Cerita about bandar Bogota, Colombia sepatutnya ditulis dan dikaitkan sekiranya journalist nak cakap pasal transportation sistem. Bukan quote cakap abang hampir langgar adik-adik berbasikal tengah malam sahaja.

I know that the article written is true in many sense. Aku sendiri kadang-kadang menyumpah kalau jenis rider yang tak tengok kiri kanan, kita pula nak kena perhati dia. But the article that she wrote, doesn't offer any solution at all. It's an article to condemn and buat controversy. And I believe, there are much better way to write the article from another angle. But what to expect from Berita Hairan, kan?

Inilah akibatnya kalau jadi journalist tapi tak rajin membaca, aku rasa.

Salam

Friday, December 31, 2010

Mudahnya menjemput seorang pemimpin Ulama'

Sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Tidak juga pernah berimpian untuk bertemu dengan beliau. Dan tidak juga selalu mengikuti perkembangan tentang beliau dan PAS secara direct. Yang aku tahu, terdapat juga mereka-mereka yang mencemuh Tuan Guru Haji Hadi dalam pelbagai cara dan tentang pelbagai isu. Dalam entri ni aku nak berkongsi tentang bagaimana Diskusi: Politik.Islam & PAS dapat diadakan diWarwick semalam.

Aku balik daripada FuIYO 2010, di Waddow Hall, Clithroe dan singgah diManchester beberapa hari yang lepas pada 26th December. Dan berkesempatan untuk menyertai ucapan perasmian PRC oleh Tuan Guru Haji Hadi di Manchester Conference Centre. Selesai ucapan itu, aku terfikir, bagus juga kalau dapat bawa Tuan Guru ke Warwick kerana daripada talknya di Manchester itu, aku rasa banyak ilmu yang beliau sampaikan. Lalu aku bertanyakan wakil beliau untuk menjemput Tuan Guru ke Warwick. Malam tu aku terima satu mesej, dikatakan Tuan Guru sudi untuk ke Warwick. Tapi boleh antara Selasa dan Rabu saja kerana Khamis(hari ni) sudah mau balik ke Malaysia untuk membantu kempen PAS di Tenang.

Jadi pendek kata aku setuju untuk buat talk hari Rabu, 29 Disember. Disebabkan masa yang singkat dan jemputan yang ad-hoc aku gagal untuk dapatkan bilik kuliah yang proper untuk talk. Kawan aku pesan, nak buat event untuk Tuan Guru biarlah proper sikit. Beliaukan Presiden PAS, antara calon Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU akan datang. Aku usaha nak dapatkan bilik, tapi tak boleh booking sebab office university tutup kerana cuti New Year. Bilik2 pun penuh kerana ada Jew Conference di sekitar Warwick University. Maka hanya dapat buat diPrayer Hall.

Berkaitan dengan promosi, sekadar promosi menggunakan FB saja. Buat flyers dan tag beramai-ramai. Seterusnya bergantung kepada buah mulut rakan-rakan. Aku jangkakan dalam 30 orang yang akan hadir untuk talk ini. Lalu satu kali tu aku telefon wakil Tuan Guru dan berterus-terang, "Oleh kerana agak ad-hoc, saya hanya dapat Prayer Hall sebagai tempat. Tak ada mic, lcd projektor dsbnya. Jemputan pula saya anggarkan dalam 30 orang." Lalu aku diberitahu, tak mengapa. Tuan Guru tak kisah. Kalau beberapa orang pun beliau tak kisah. Lalu aku terfikir, betapa mudahnya nak jemput seorang ulama untuk diskusi bersama pelajar. Bukan calang-calang orang pula tu, antara ulama besar dunia.

Seterusnya aku bayangkan, kalaulah yang nak datang ni Menteri di kabinet Malaysia dan aku hanya dapat buat event di Prayer Hall. Anggaran dalam 30 orang. Tak boleh aku bayang apa kata menteri tu nanti. Sebab selalunya kalau event untuk menteri, mestilah 'grand', mesti ramai. Jika tak ramai pun, buat di hotel atau bilik kuliah yang proper dan sebagainya.

Kami di warwick pun pernah diberitahu oleh seorang pemimpin organisasi Malaysia di UK yang beliau nak buat event diwarwick. Lalu kami buatkan proposal, siapkan aturan event segalanya. Tinggal nak dapatkan 'yes' daripada pemimpin tu. Selepas hantar proposal tu kepada beliau, beliau kata "I'll contact you guys later about this." Lalu tunggu punya tunggu, sampai 10 minggu tak ada berita langsung. Pelik. Yang nak buat event, beliau sendiri. Siap proposal semuanya, hilang tanpa berita. Jadi disini aku boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri, betapa berbezanya individu-individu berdasarkan dengan pegangan mereka. Ramai antara pemimpin yang apabila jadi pemimpin mereka merasakan mereka besar dan hebat walhal jika menurut Islam, memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan bukannya kemegahan.

Aku cuma nak berkongsi pengalaman buat event untuk Presiden PAS yang sangat merendah diri dan bersifat redha. Sebenarnya aku amat risau tentang diskusi yang baru lepas ni. Aku risau takut ada yang tak bersetuju dengan venue di Prayer Hall. Aku risau takut tak ramai yang datang. Aku risau takut tak habis on time. Tapi Alhamdulillah, hampir 60 orang hadir, dan 40 orang tonton secara live diUstream. Event habis tepat-tepat jam 9.30pm dan tiada masalah dengan venue. Alhamdulillah kerana semuanya mendapat kemudahan daripada Allah S.W.T.

InsyaAllah masa akan datang, lebih banyak event akan dibuat di Warwick. Dah ada yang kami bincangkan nak buat, mudah-mudahan mendapat kemudahan dan dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.

Selamat.

Thursday, April 08, 2010

Entri mesti tulis

Tengah aku melepak di bilik, kawan aku datang. Weh jom, tengok game. Kita tengok di bar aardvark. Mat salleh mesti ramai tengok. Sambil-sambil minum tengok game. Aku kata kat dia, jalan dulu sat lagi aku mai.

Bila aku datang aku tengok game dah on the way. Dah 40 minit lebih. Masuk-masuk je dalam bilik member aku tengok di skrin iMac dia (member aku ni anak tan sri), dia terus menjerit. Sorang kena kad merah! Punya suka hati aku tengok dia. Terkekek ketawa, bergetar-getar muscle perut dia. Aku perhati je semua ni. Aku ambil port sebelah dia dan duduk.

Baru 5 game berjalan aku dah pelik, ni game apa ni? Pertandingan berlakon berguling ke permainan acara terjun? Kejap-kejap aku tengok orang berbaju merah dalam iMac tu terjun dan guling-guling atas padang rumput. Naik jelik pula rasa anak tekak aku tengok. Tiba-tiba, pemain hebat merah keluar. Wah, mat kunyah chewing gum nak tukar strategi aku nampak.

Cara baru ni memang kelakar. Lebih kerap aku tengok pemain terjun-terjun atas padang. Empire dah macam languk aku tengok. Kuat main politik team merah ni, kata kawan aku. Waktu tu aku lihat di hujung kanan atas skrin tertulis, 3-1.

Lepas tu sedang-sedang aku tengok, tiba-tiba game tadi bertukar menjadi drama telenovela. Si hero sedang letak-letak bola di bucu padang mahu ambil corner tiba-tiba pegang dada. Kononnya sakit. Tak pasal-pasal. Muka teran, dahi berkerut, dah macam real dah aku tengok. Empire datang dekat macam langau termakan dengan lakonan pemain yang muka pun ala-ala hero filem tamil. Aku dah menyumpah dalam hati. Setakat empire tu boleh kau mainkan dengan politik kau, tapi pada kami yang memang dah kenal pada kelab Divers ni, kau simpan je la lakonan. Tengok-tengok muka yang tadi berkerut pegang urut dada, tiba-tiba boleh pula ambil 2 kali corner kick. Hak ptuih! Semua ni mesti belajar daripada king of Divers yang sudah kena jual ke tanah Spain.

Bosan dengan aksi terjunan dan gulingan tak habis-habis dan permainan politik melampau, tiba-tiba aku dikejutkan dengan salah satu aksi kemuncak. Bekas pemain kelab tauke minyak russia tiba-tiba menerkam cantik dan merembat lepas penjaga gol belanda yang aku adore sejak dia main di Fulham lagi. Melonjak riang anak tan sri kawan aku tu. Ternaik-naik buah dada belah kanan dia kerana kegembiraan. Ye la, paling tidak boleh buat bahan balik lepas kena bahan semalam kerana bos kelab dia pandai sangat main dengan 3 pertahanan melawan kelab hebat bergelar Barca dengan pemain legenda Messi. Tahniah wenger. Tak apa, cuba lain kali. Next time kau jual Fabregas dengan Arshavin pula bila harga mereka cecah 60 ke 87 juta pound ok!

Dah kena ni aku tengok mat kunyah chewing gum mula turun naik di depan seat dia di tepi padang, yang aku duduk waktu pergi melawat old trafford dulu. Mula main politik dengan lagi kuat. Mula masukkan penyerang yang dibeli jauh langsung daripada pepatah alah membeli menang memakai. Mula memasukkan kuda tua yang mana aku kenal waktu mula-mula berjinak-jinak dalam bidang EPL waktu sekolah rendah dulu.

Berjalan lagi game tu. Tiba-tiba aku tengok aksi terjunan dan upacara pegang dada buat-buat sakit di tepi padang tak ada lagi. Vidic malah cepat-cepat tarik Olic bangun bila dia tekel Olic. Kan aku dah kata, politik semua tu. Kelab untuk divers bukan fighters.

Bayern masih steady dengan serangan kerap walaupun dah didepan dengan agregat goal away. Cuma takat-takat hujung tu, aku tengok. Mat kunyah chewing gum sudah mula balik ke tempat duduk dia. Putus asa agaknya bila tengok bayern mula main tuju-tuju punggung di bucu padang tempat pelakon telenovela merah tu berlakon tadi.

Kah kah kah. The club for Divers, not so cocky now eh?

Tuesday, June 02, 2009

Entri Ringkas

Ada pepatah bahasa inggeris yang mengatakan...

He who angers you, conquers you

Elizabeth Kenny

Jadi apa kata kita baca dan fahamkan pepatah ini. Aku pernah marah dan megurangpandaikan diri sendiri. Tapi sekarang aku sudah boleh memaafkan diri kerana bertindak sebegitu. Mungkin sampai masa untuk kita memahami kata-kata ni. Boleh?

Monday, May 04, 2009

Berita gempar: 38 orang ahli politik MATI kemalangan!

Berita gempar: 38 orang ahli politik MATI kemalangan!

Ada sebuah bas yang membawa 38 orang ahli politik. Ahli-ahli politik ni baru balik bersidang secara rahsia di Perlis. Apabila tiba masa pulang, mereka nak tunjuk yang mereka ni berjiwa rakyat, mereka sewa bas lalu naik bas ke Kuala Lumpur. Bas yang dibawa tu, dibawa dengan laju. Lalu eksiden langgar motor.

Eeeettt. Bush. Tebabom……… Kecepey(bunyi mak gad motor kemik)

Tempat kejadian tu kebetulan ada seorang petani sedang berkebun. Dialah saksi kejadian tu. Lalu kemudian polis pun tiba. Polis yang cepat,tepat dan betul ni pun ambillah keterangan pekebun tu.

Polis: Pakciklah seorang ja yang ada ditempat kejadian waktu kemalangan?
Pekebun tua: Iya. Tak ada orang lain dah.
Polis: Waktu baru lepas kemalangan tu memang semuanya mati ke pakcik? Tak ada yang terselamat? Nyawa2 ikan ke?
Pekebun tua: Sebenarnya tuan, adalah 3-4 orang yang kata mereka ni masih hidup. Tapi tuan, tuan pun tahu. Alah, cakap ahli politik ni bukan boleh percaya sangat.

*Di cite daripada seorang rakan aku yang hamlau. Bukan kisah sebenar dan parti ahli2 politik itu tak dapat dikenal pasti.