Sunday, May 24, 2009

Angels & Demons (Review)

Angels and Demons. Biarpun sudah agak lama cerita ini ditayangkan dan pasti ramai antara engkau yang sudah tengok, aku tetap nak review.

Filem yang sangat menarik. Penuh dengan sejarah2 masa lampau yang membabitkan artisan2 hebat masa renaissance. Beserta dengan karya2 hebat mereka. Lebih ke arah ke agamaan. Mengisahkan tentang konflik antara sains dan agama Kristian. Macam mana konflik masa dulu yang mana Gereja telah menghimpit dan menekan golongan Saintis dan Pelukis.

Filem ni best kerana ia bawa aku dan fikiran aku merewang ke zaman dulu. Macam mana setiap karya agung yang orang2 seperti Michealangelo, Raphael hasilkan membawa maksud tersendiri. Semuanya ada purpose. Menarik. Value2 yang ada dalam setiap arca.

Tambahan pula, kisah2 legend Illuminati yang dimasukkan serba sedikit dalam filem ini. Dimana Saintis2 yang ditekan ini membuat secret society Illuminati. Hmm, aku memang minat pasal ni.

Namun!

Terdapat banyak perbezaan jika dibanding dalam novel asal Dan Brown. Fakta2 yang diberi pula, kaji lah dulu sebelum percaya bulat2. Jadikan cerita ini sebagai hiburan semata2.

Ia lebih kepada menunjukkan bagaimana seseorang extremist dalam sesuatu agama itu membawa kehancuran dan kemusnahan besar kepada agama itu dan masyarakat. Aku rasa, perkara ini apply bukan sahaja bagi Christianity tetapi juga agama lain. Jika terlalu extreme, niat murni mungkin dipengaruhi oleh hasutan Syaitan lalu membawa bencana. Tak payahlah extreme sangat dalam agama. Ikut landasan yang disediakan.

Aku bagi cerita ini 4 bintang daripada 5. Tambah setengah lagi kerana cara2 kematian Cardinal2 nya yang amat style!

*Aku bakal bercuti dari blog selama seminggu. Tolong jangan rindu tulisan aku ya? Tolong. =)

13 comments:

  1. Sape nak paham lebih2 skit pasal iluminati tu, try bukak wakeuproject.com

    benda tu semua wujud.

    dan dunia kita skrg ni memang di kawal oleh geng tu.

    malahan kat Malaysia pon.

    Ada satu parti politik yang punya ramai penyokong. di belakangnya ada agenda tersendiri. itulah ideologi mereka.
    setiap yg ada semua ada agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. rev, yes.. mmg wujud, even Freemason, bukn Illuminati saje, ada impak negatif dlm msykart. Trust me, devil & demon exist in actual ngeri/ scary form. bukan human form, itu topeng. yes, they exist. I know. Angel exist too.. I am a believer.

    ReplyDelete
  3. ummi no comment tapi teruskan usaha anda berkarya ok bye.

    ReplyDelete
  4. bila nak dating tengok movie sekali incik revrie?bole gosip2..ahahahahha

    ReplyDelete
  5. ok.ok.e selalu tertinggal.revErie.sori.

    ReplyDelete
  6. buat apitikustika:
    Tak dapat wakeupproject tu. Ada lain?

    buat Deria:
    Yes yes. It exists. Just hard to do research. Limited trusted resources.

    buat Anon:
    Ok terima kasih. =)

    buat saLoma:
    Ha ha ha. Tak mahu lah. Orang tu nak kena kahwin paksa kan? Tak pe tak ada E pun. Janji tahu siapa. =D

    ReplyDelete
  7. Owh.....~
    Cara kematian pun dpt bintang? Hehe ;p
    Saya tak tgk2 pun cter ni..nla la nak ada ms..

    Hm....cuti?
    Ah....bagaimana mgkn akn ku tggugg wndu tue.. ;p

    Selamat Bercuti....!! (^_^)

    ReplyDelete
  8. xbleyh comment pasal movie, x tengok lagi.

    namun!

    ahahaha. (tiru) nak bercuti g mane ni? org baru je nak aktif2 comment blog die. (dan-dan) ahahaha;DDD

    ReplyDelete
  9. orang nk belanja movie ngan popcorn pun taknak.tolak rezeki.ahahhahha

    dating bukan mengorat. :p

    ReplyDelete
  10. buat pampered by words:
    ha ha ha. Jangan rindu. Jangan! =)

    buat nur suhana:
    Hah! Dan dan je nak komen. ha ha. Banyak la. Cuti terpaksa ni. Bukan rela.

    buat saLoma:
    Tak kata pun mengorat. =p
    Tak boleh lagi. Tak boleh. Kena bawa bersabar sekarang ni. Tak pasal jadi calon kang. aha ha =D

    ReplyDelete
  11. wah
    pergi terengganu eh?
    hahaha
    aku nak kepok lekor

    ReplyDelete
  12. Owh....~
    Akan ada yg cemburu ker?
    Jgn wsau....wndu blog...bukan orgnyer.. ;p

    ReplyDelete
  13. ahahhaha.tak kata.tapi reminder.

    okeh.hehe.kawin.ahahahhahahahhahahahah.bawak besabar :p

    ReplyDelete

Ideas in words by