Sunday, May 17, 2009

Imbas : Kisah sekolah

Tadi memasang impian untuk menonton Angels and Demons. Tapi tak jadi. So, tak ada review. Sori pampered by words. Tapi aku tetap syorkan cerita tu. Kerana berdasarkan novelnya yang aku dah khatam, amat menarik cerita itu. Dan ada sedikit sebanyak kau boleh belajar banyak benda cuma kena rajin buat research sendiri kerana ada juga facts dalam cerita itu yang tidak seratus peratus betul.

Tadi terpesong ke tempat lain lalu membeli stationary. Aku beli pens(banyak), pensel tekan, long ruler, dan liquid paper. teringat dahulu waktu sekolah rendah. Waktu tu kena pakai 2B atau HB pensel je. Pensel tekan tak boleh. Kena rampas kalau kantoi. Tapi banyak yang bawa terutama bila dah darjah 5 dan 6. Darjah2 tu kan dikira otai kat sekolah dah. Dah besar la kat sekolah waktu tu. Waktu tu, siapa yang ada pensel tekan 'the shaker' kira Top!. Kitaorang panggil shaker. Mahal dan amat bergaya. Waktu 5 Cempaka, setakat 4, 5 orang member aku yang ada the shaker. Bila menulis, goncang muka bangga je nak keluarkan lead pensel tu. Diaorang ni kira anak orang berada. Top! Banyak duit. Waktu rehat makan nasi ayam je. Mahal tu nasi ayam waktu tu.

Tapi aku ni tak into sangat 'shaker'. Aku lebih minat pilot 'super grip'. Ni macam 'shaker' tapi lagi ringan. Aku rasa 'super grip' ni lebih bergaya dan mudah. Ringan. dan tak bising macam 'shaker' tambah2 bila digoncangkan. Aku kumpul duit belanja campur dengan duit2 tepi lain sikit2 lalu sambar satu kat kedai. Curi2 tanpa mama tahu. tak boleh lagi waktu tu, mama hanya benarkan pakai 2B pensel je.

Bila aku bawa super grip ni, budak2 lain mula tengok. Pensel tekan apa kao pakai ni, diaorang tanya. Aku dengan bangga menjawab dengan mengangkat kening saja. Makin lama, tersebar lah kisah aku pakai super grip. Warna hijau waktu tu. Memang warna cari market! ha ha.
Member2 aku yang pakai 'the shaker' mula rasa tergugat. Aku tengok pun makin ramai yang mula beli super grip kerana lagi murah. 'the shaker' sampai 8 ringgit. Super grip 5 ringgit lebih saja. Kira super grip ni sudah dijadikan culture oleh budak2 kelas aku. Aku senyum dalam hati.

Tapi walaupun ramai2 tukar pakai super grip, ada seorang member aku ni je yang tak tukar. Sebab dia ni tulis pakai pen. Cikgu kasi dia pakai pen. Bukan sebab dia anak YB atau ayah dia Rosyam Nor. Tapi sebab tulisan dia cantik. Aku pula cikgu tak kasi langsung pakai pen. Budak2 lain pun sama. Waktu tu, member aku yang seorang ni kira macam hebat. Pakai pen tu salin nota. Jeles je aku tengok. Bila fikir2 balik sekarang rasa macam jadi kanak2 ni memang seronok. Benda simple seperti pakai pensel tekan apa pun boleh jadi suatu perkara yang amat menarik.

Aku setakat nak berkongsi cerita muda-mudi aku je dengan kaorang. heh he. Macam mana dengan kaurang waktu sekolah?

16 comments:

  1. masa sekolah budak perempuan je yg bole pakai pen sbb cikgu ckp most boys tulisan 'kurang' kemas.
    tp kat ipt lagi senang tulis notes pakai pensel.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Maaf.

    Dan Brown besh!
    Masa sekulah, aku sangat suka pensel kayu. Sebab bila kita guna, coreng2 dia lebih cantik berbanding pen ato pensel tekan.

    bila masuk high school, kena guna pen, aku jadik kekok, tulisan bertambah burok.

    aku resolve berlatih menulis, dan ia jadi habit.

    Oh! Benda yang paling aku rindu pasal sekolah rendah adalah nasi 30 sen, air 5 sen.

    ah~ rasa tua tiba2..

    ReplyDelete
  4. Comment dengan senyuman yg manis....sbb nama ada dlm post... ;p Tak per En.Revrie...~

    Kenangan masa sekolah...
    Dulu waktu sekolah sye slalu rasa diri ini tak comey sbb tgg sgt...
    Bla bdak lain keihatan comey berlari2 kat pdg sye tgk jer mereka dgn perasaan cemburu...
    Bla nak main kat luar umah pun jdi segan sbb tgg...mst owg igt bdak besar main... Aduyai... ;p

    Nasib baik dah bsr ni comel...tgg lampai cam miss wOrld...hehehe... ;p

    Inilah buktinya pepatah...ssh dulu sng kmdn...
    Hehehe... Dulu rs nak jd bdak pun ssh..inferior...skang Alhamdulillah... Bersyukur ngan semua bnd... (^_^)

    Tapi kan kalo tak silap sye kalo nak jwb exam hanya bleh pakai pensel 2B jer...HB mana bleh..
    Kalo tak silap la...

    ReplyDelete
  5. hahah..
    ske ngn entry ko neh
    thnx 4 da memories..
    cm katun sket dolu2..
    tp,cite2 katun ne la yg ne la yg best
    ahakz~

    ReplyDelete
  6. waktu sekolah rendah dulu aku pandai belajar.
    sekarang aku nak pandai hidup.
    good luck weh
    cuti nanti kita mineral eh.

    ReplyDelete
  7. buat oh sara:
    ha ha ha. itu satu generalisasi yang aku tak dapat nak tangkal la. Member aku lelaki yang tulisan cantik adalah beberapa kerat je.

    buat Luna:
    Dimaafkan. aah aah. Duit belanja aku 50 sen je pergi sekolah dulu. Cukup! ha ha.

    buat pampered by words:
    ha ha ha. Senyuman itu bagus. =)
    Macam miss world ea? heh he. bagusnye.

    buat kie:
    Ha ha. Sometimes it's the memories that can bring our strength together again when we're down.

    buat acoi hensem:
    Peh peh. Aku memang tunggu mineral. 3 bulan aku cuti buat projek jom?

    ReplyDelete
  8. ok bradah
    sampai sini mesej aku
    jangan lagi 3 hari nak blah baru nak bagi tahu

    ReplyDelete
  9. darjah 6 bwu start pakai pen.
    hahaha.

    ckg ak bg pakai..
    suruh traning nnt masuk tingkatan senang
    pakai pen..

    ;)

    ReplyDelete
  10. buat acoi:
    orait!

    buat fezal:
    untung cikgu bagi. huh. ha ha

    ReplyDelete
  11. teringat pula zaman jadi posmen rakan-rakan
    tolong paskan surat chenta dkt budak laki

    memang lawa handwriting sorg2
    sebab pakai pen glitter ;p

    ReplyDelete
  12. wow! dulu2 dah ada pensel tekan shaker ke? *kagum*. saya ada pensel tekan shaker warna hijau dgn biru, tapi satu kena curi. hahahahhaha . :D

    ReplyDelete
  13. *sengeh smpai telinga

    aku suka kauu siot

    ReplyDelete
  14. buat liz:
    pen glitter?
    ha ha. itu sudah pasti untuk surat cinta dengan buku nota biodata kawan2. ha ha. Budak perempuan selalu buat!

    buat Airin A:
    Haa. Mahal tu. Kira agung bila ada seketul shaker. ha ha

    buat secoklat tahi anda:
    Aku suka nama kao juga. Unik! ha ha.

    ReplyDelete
  15. hai abg reverie..
    comel sekali batang kamu ya..

    ReplyDelete
  16. alaa.
    dla geng shaker plak.
    kte x geng ahh nie.

    ReplyDelete

Ideas in words by