Monday, April 11, 2011

Politik Malaysia dan kematangan!

a) Isu video seks memang tak sepatutnya menjadi agenda dan perkara highlight utama di Malaysia. Terdapat lebih banyak lagi isu-isu kebajikan, rakyat dan pendidikan yang lebih penting dan perlu dikehadapankan. Ini aku setuju.

b) Namun kita perlu faham dan lihat situasi ini daripada kedua-dua pihak. Bagi aku apabila pihak yang satu bermain soal isu moraliti, maka adalah adil apabila dia turut terkena isu moraliti. Tatkala kredibiliti kepimpinan PM Najib dipersoalkan kerana kes Atlantuya dan juga pemimpin-pemimpin BN lain, maka adalah tidak pelik apabila kes liwat, seks dan sebagainya turut dimainkan oleh BN untuk pembangkang.

c) Soal moraliti tak layak disentuh pembangkang kerana mereka turut mempermainkan isu moraliti apabila mempunyai peluang. Jika berani meludah kelangit, kena sedia untuk terkena batang hidung sendiri.

d) Bukan soal politik atau ahli politik. Politik satu dunia beraruskan seperti ini dimana isu moraliti dimainkan. Yang penting adalah pembaca, pengundi dan rakyat mematangkan fikiran, menapis hujah2 kedua pihak dan membuat pertimbangan melalui rasionaliti dan bukti-bukti yang ada. Politik tidak akan matang, tetapi kita perlu!

e) Kredibiliti pihak polis dipersoalkan. Kredibiliti mahkamah direndahkan. Kredibiliti media dipijak-pijakkan. Jadi disini nak dengar cakap siapa? Cakap mereka saja?

f) Media dibayar kerajaan pasti mengutamakan kerajaan. Begitu juga media dibiayai pembangkang pasti mengutamakan pembangkang. Ini lumrah! Siapa bayar, dia dapat nama. Akhbar keadilan, harakah dsbnya, pasti menyokong pembangkang dan menjalankan agenda pembangkang. Ini bukan perkara baru! Usah dijadikan isu.

g) Yang lebih penting bagi aku adalah kemakmuran beragama dan keamanan berpenduduk. Dan ini masih ada didalam negara. Kepincangan rasuah, pengurusan yang teruk pasti perlu diperbaiki, jika tidak kerajaan akan jatuh lambat laun. Cuma buat masa ini, biarlah memilih yang dapat memberi keamanan dan kemakmuran beragama. Yang penting bukan racial chauvinist yang bersejarahkan parti diktator PAP!

h) Jangan kerana lembu dan kambing bergaduh, babi dapat buat kandang!

Selamat.

7 comments:

  1. f) Media dibayar kerajaan pasti mengutamakan kerajaan. Begitu juga media dibiayai pembangkang pasti mengutamakan pembangkang. Ini lumrah! Siapa bayar, dia dapat nama. Akhbar keadilan, harakah dsbnya, pasti menyokong pembangkang dan menjalankan agenda pembangkang. Ini bukan perkara baru! Usah dijadikan isu.
    ---> secara spesifiknya, media yang claim diri mereka umum itu perlulah umum bro. harakah, suara keadilan dah memang claim themselves as parti itu punya suara , memang diorang sendiri yang biaya. kalau mainstream media tu, tak claim pun diri mereka suaraBN or ape ke. kan?

    ReplyDelete
  2. Anon: Siapa pula yang biayai media-media umum ni kalau bukan parti-parti kerajaan kan? Come on la. Benda lumrah, buat apa jadikan isu. Kalau pembangkang menang, benda sama juga mereka buat.

    ReplyDelete
  3. the last sentence!where'd you get that from?haha.

    ReplyDelete
  4. dell: Aku terbaca kat mana tah. Analogi yang ayat tu bagi bersesuaian dengan konteks Malaysia. hehe.

    ReplyDelete
  5. salam,
    lama x singgah, n x comment,
    lain dah penulisan sekarang,hehe.
    tentang rasisme, memang dh rooted thru partisan view. dan ak x rasa parti berakar PAP sahaja yang chauvinist dalam hal ini...semua main peranan.

    dan mengenai kebebasan media, kau ada tulis, media dibayar kerajaan, pasti mengutamakan kerajaan, dan yang pasti, kerajaan itu terhasil dari rakyat, yang mungkin tidak menokong kerajaan, bagaimana?

    sejujurnya, tiada satu medium akhbar pun yang akan adil, tapi sekurangnya autonomi perlu diberi untuk budaya ilmu yang sihat. dan tidak ternampak akan hal itu, bukan bersifat defesif, tetapi sekurangnya harakah ada menyatakan bahwa ia adalah organ parti, tetapi tidak untuk utusan.

    sekadar berkongsi, mungkin kau boleh baca buku said zahari,editor utusan pada awal 50-an, tajuk "ranjau sepanjang jalan" dan lihat bagaimana institusi kewartawanan itu dilacurkan.

    sekian. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Muzikri: Bro, good to hear from you. Aku bukan apa, kadang-kadang jelek dengar isu moraliti dimainkan selalu oleh pembangkang, macam mereka saja yang bermoral tinggi. Tak macam hipokrit pula. Come on la, berani sembur Najib pasal Atlantuya, berani terima balasan benda yang sama la. Don't play such politics if tak boleh handle. Kena sikit, terus melenting. Semua disalahkan, media, mahkamah, polis. Lalu siapa yang boleh dipercayai? Mereka saja ke? And media kerajaan, memang la badan propaganda kerajaan lagipun yang fund mereka, parti politik masing-masing and not government itself. Kalau opposition menang pun, Utusan still will be under UMNO's control. Nanti aku check the book you suggested.

    Aku suka sistem dua parti, memberi check and balance to the current government. Tapi kalau opposition punya perangai sikit lebih kurang saja, buat apa memilih in the first place?

    ReplyDelete
  7. salam faiez,

    artikel yg simple tapi padat.
    aku sokong hampir semua yg ang kata.
    kdg2 aku jadi malas nk ikut atau baca apa2 ttg politik malaysia. baik pembangkang mahupn kerajaan, semuanya sama saja. medianya lapor psl kisah2 yg menaikkn sebelah pihak.

    entah bila kita nk maju dari segi pemikiran dan berpolitik kalo tak abes2 dgn isu yg tk membina.

    rakyat biasa mcm aku yg hari2 pkir psl masa depan, apa nk jadi kalo minyak naik, gula naik, nk puasa, harga ayam naik, susu anak naik, maintainance moto, kete, cukai, gaji tak naik2, zakat dll hanya dpt geleng kepala dan menyampah sebbnya org politik ni pkir kantung sendiri je.

    tu belum campur isu rasuah KDRM, siasatan SPRM, skandal PKFZ, pasir, ketirisan dalam dana kerajaan dll..

    hari2 tgk billion2 duit hilang kat TV..


    aku muak

    ReplyDelete

Ideas in words by