Thursday, October 07, 2010

Update dari Coventry

Cuaca yang baik-baik setakat ini dengan beberapa hari yang sunny dipayungi awan biru megah berarak. Biar aku nikmati hari panas ni sebelum kesejukan datang melanda menusuk sehingga ke tulang.

Coventry masih coventry. Warwick masih lagi warwick. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 50 orang pelajar baru dari Ipoh. Selamat datang dan selamat bergembira sepanjang seminggu cuti ini sebelum mula belajar. Jangan risau, tahun pertama tak masuk dalam keputusan akhir kelak.

Politik yang agak stabil di Warwick kecuali untuk beberapa hal yang sebenarnya agak menyedihkan. Berdoa supaya semua berjalan lancar dan yang terbaik dapat buat kami.

Mendapat berita baik untuk Projek Kalsom akan datang. Alhamdulillah.

Pemulaan pelajaran yang baik, cepat dan mudah difahami berserta para pensyarah yang baik-baik belaka. Semoga berterusan dan berkekalan.

Permulaan perancangan aktiviti-aktiviti tahunan yang boleh dikira berjalan lancar. Semoga lebih banyak idea hadir dan aktiviti yang lebih baik, besar dan bermanfaat dapat dilaksanakan.

All is well. Permulaan yang baik untuk satu tahun pembelajaran yang baik. Semoga bersama mendapat manfaat dan sokong-menyokong antara satu sama lain. Tak rugi apa pun untuk berkawan.

Selamat. ;)

3 comments:

  1. moga2 mara pun tak buat hal lagi..

    ReplyDelete
  2. avid: haha. semua berharap dengan harapan.

    ReplyDelete
  3. Location is actually among the most vital aspects of an ideal TV film location. The area must be easy to get to and near urban areas. https://gabhandymancoventry.co.uk/

    ReplyDelete

Ideas in words by