Wednesday, September 29, 2010

Dari hati ke hati

Jap 11.30 malam di Coventry. Cuaca diantara 8 - 15 darjah celcius menyelubungi perjalanan. Setelah terbang selama lebih 14 jam dan perjalanan train lebih 2 jam, aku sampai diEarlsdon. Rumah baru.

Dalam pada mengemas barang-barang dan bilik, aku buka kedua luggage yang dibawa dari Malaysia. Terlihat semuanya tersusun rapi didalam luggage membuat aku haru teringatkan mama yang tolong mengemas barang-barang aku hari tu. Terlihatkan bekal makanan, kuih raya dipacking cantik, rempah-ratus dilabel rapi.

Terlihatkan kek coklat buatan kain yang dikirim dari Bulan serta patung khas dari New Zealand.

Hmm, kadang aku selfish. Sampailah aku tersentak melihat realiti. Jikalaulah semua dicipta indah didunia, perhubungan dicipta menyayangi dan pertemuan dicipta untuk pertemuan berikutnya tanpa adanya perpisahan, tetapi dunia seperti tu dalam cerita fantasi saja.

Dengan harapan tahun depan masih ada mereka yang aku sayangi, terutama Nenek yang menjangkau pertengahan 70. Tak akan aku lupa ciuman buat dan dari nenek tatkala berhenti dirumah nenek sebelum menuju Sepang semalam.

Baru sekejap, mula merindui. Memang hati manusia selalu lemah diwaktu sunyi. Baru aku mengerti perasaan baba.

Biar hari ini aku disini cuba mengejar apa yang mampu aku capaikan. Kau berilah aku kegembiraan sebaiknya kerana memang semua milik Kau.

Selamat.

7 comments:

  1. guess saya juga nanti, masuk bilik, sunyi haa kerinduan la jawabnya :S

    ReplyDelete
  2. Simpan baik2 cake anniversary kita. *love kecik banyak2 hehe ;)

    ReplyDelete
  3. top: kasihan, lama tak dapat balik malaysia. ;)

    nako: pasti akan terasa. ;)

    dell: memang. kau pun rasa ye. ;)

    bulan: pasti simpan baik-baik. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam

    Sangat terharu dgn post Rev kali ni..
    InsyaAllah perpisahan sementara dan kesunyian ini bwk kebaikkan...
    Pd mama, nenek, bulan n Rev sndr...
    Saya pernah baca blog Ust Hasrizal....

    "Kalau jarak itu menjadikan seorang anak sebagai anak yang soleh(yang sentiasa mendoakan kebaikkan utk ibubapa nya) maka biarlah kita berjauhan. Kerana apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah segalanya dari anak Adam kecuali 3 amalan...ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan anak yang soleh.."

    Saya percaya perpisahan ini memberi kebaikkan pada semua even pahit pada asalnya.. :)
    InsyaAllah..

    pBw-Nabila-

    ReplyDelete
  5. kalau dunia ini indah belaka- senanglah..

    tp syg dunia ini bukan utopia.. :)

    ReplyDelete

Ideas in words by