Thursday, May 27, 2010

Jenis manusia disclaimer dan pemBullshit.

Entri muhasabah diri

Disclaimer dalam bentuk noun secara umumnya adalah ayat-ayat yang menidakkan sesuatu. Hari ini aku nak sentuh sikit disclaimer dri segi adjektif. iaitu bagi aku adalah sifat menidakkan sesuatu.

Disclaimer ni banyak juga yang pernah aku jumpa. Aku juga merupakan seorang disclaimer dalam hal-hal yang aku tak setujui. Yang menidakkan banyak benda. Itu salah, ini salah. Kau buat itu tak betul. Apa kau cakap tu bid'ah. Penipuan. Begitu juga diluar sana begitu ramai disclaimer-disclaimer yang begitu lantang bersuara. Kesalahan tentang sistem buatan manusia. Kesalahan dalam agama. Kesalahan dalam perlakuan orang lain. Hari ini kita kenal dengan 3 jenis disclaimer yang aku kenal pasti.

Nak tau disclaimer ni senang saja. Jenis pertama. Dia akan kata kau salah. Kau tak betul. Geleng kepala tengok kau. Apa yang salah, apa yang tak betul semua dia beritahu kau. Tapi bila ditanya kenapa tak betul, dia diam.

Kalau disclaimer jenis kritikal sikit, dia akan bagi alasan kenapa kau tak betul. Kau salah konsep sebab begitu sebab begini. Tapi bila diminta menyumbang idea bagaimana mau perbaiki, dia diam.

Dan akhirnya disclaimer yang menidakkan sesuatu yang tak betul. Memberitahu kenapa. Dan seterusnya memberikan satu dua alternatif.

Kalau nak tengok sistem kehidupan manusia, Allah dah kata setiap benda diwujudkan berpasangan. Kalau ada setuju, pasti ada tak setuju. Maka memang tak pelik bila wujud mereka yang menolak ideologi. Apa pun kenyataan, pasti ada penentang. Cuma yang paling menyampahkan, disclaimer jenis satu. Jenis kedua boleh tahan lagi. Kalau nak jadi disclaimer yang baik, jadilah jenis yang ketiga. Yang kritikal dan praktikal.

Aku nak sentuh sikit bab ugama. Walau aku ni tak pandai sangat ugama. Tapi aku belajar. Aku pernah dulu fikir, macam mana la nak implementkan hukum hudud dalam sistem ni. Mengarut semua tu. zaman dulu boleh la. Juga aku pernah fikir takkan la berenang nak pakai jubah, kelakar habis kalau nak dibandingkan dengan trend masa sekarang. Cuba kau bayang lumba olimpik pakai jubah. lawak jenaka betul. Senang betul nak bullshitkan sesuatu tu. kata bullshit saja. Maka bagi kita, jadi bullshitlah dia.

Sekarang makin ramai orang yang bullshitkan Al-Quran dan Hadith. Ini tak pelik pasal Allah dan Rasulullah sendiri dah kata akan wujudnya golongan sebegini diakhir zaman nanti. Macammana rasulullah boleh tahu benda ini? wallahualam. Tapi yang menjelikkan aku bila kita membullshitkan sesuatu perkara tanpa mengetahui details perkara itu dulu.Contoh, Ah, belajar matematik ni bullshit. Bukan membantu pun. Tapi bila kita belajar matematik tu sendiri baru kita akan tau ia membantu kita dalam hidup seharian. begitu juga orang yang membullshitkan pemakaian tudung. Satu bentuk penindasan katanya. Itu kata orang dan media sekular. Cuba kau kaji pula dari segi benefitnya, dari segi ajaran islam. Kau akan nampak kebaikan-kebaikannya. Begitu juga aku tak gemar dengan orang yang membullshitkan arak tanpa mengetahui kesan arak itu. Sebelum kita membullshitkan sesuatu, kita kena tahu kenapa kita nak bullshitkan. Bila kita dapat sebab yang kukuh untuk terima atau bullshitkan, maka iman atau percaya kita akan lebih kuat. Without strong reasons, you are like dust following the path where the wind blows.

Begitu juga apabila Allah kata dalam quran macam mana riba diharamkan, perniagaan dibenarkan. Dan Rasulullah berkata wang terbaik adalah wang bersandaran emas, perak dan barang dagangan dan tidak berubah nilainya. Memang kewajipan kita bersetuju dan patuh dengan perintah ini. Tapi lebih molek jika kita sendiri kaji, kenapa diberitahu begitu. ada kelebihan-kelebihan ke? Kaji. Ambil tahu. Bila sudah jelas, maka insyaAllah keimanan kita akan lebih kukuh.

Aku seorang disclaimer juga. Aku tidakkan keberkesanan kapitalism, sekularism dan materialism. Aku beri sebab kenapa. kapitalism adalah wadah untuk golongan eksklusif menipu dan menindas golongan marhaen. sekularism membuat kita jauh daripada nilai-nilai agama dan terus menidakkan kita peluang untuk mempelajari ugama untuk membuat pilihan yang mana terbaik. Daripada sekularism inilah datangnya golongan rajin membullshitkan ugama tanpa mengetahui apa itu ugama. Dengan sekadar pergi solat jumaat setiap jumaat dan kenal seorang dua tok lebai yang kaki main dam di warung kopi tak membuatkan kita islam. tok lebai itu juga bukannya bermaksud islam. Islam tak terletak pada sifat manusia tetapi sifat manusia adalah sepatutnya tertakluk kepada islam. Kerana Islam itu apa yang dikatakan dalam quran dan sunnah dan sekiranya apa yang kita buat bertentangan dengan quran dan sunnah, tak cukup islam lah kita ni, fasiq atau lagi teruk, kafir. Nauzubillah Begitu juga materialism bagi aku akan menyebabkan kita hilang kemanusiaan dan hilang keseimbangan dalam kehidupan sehari-harian. Alternatif yang aku bagi, submission to Quran and Sunnah( the true teachings of Islam) and all their teachings.

Maka jika kau nak bullshitkan alternatif aku, kau patut berfikir dan beri sebab kenapa kau rasa bullshit. contohnya bagi kau hudud itu kolot. Kau bagi sebab kenapa kolot. Dan kau kena bagi penyelesaian lain. Tapi sebelum kau jatuhkan hukum kolot pada hudud, kau kena tau apa itu hudud. Bagaimana pelaksanaannya. Takat mana hudud itu. Kepada siapa. Segala details tentang hudud. Buat research berdasarkan hadis sahih dan ulama berilmu yang muktabar serta sejarah. Lepas kau dah tahu dua-dua belah baru kau boleh ikut logik akal. Tak logik lah kalau logik akal kau ambil kira sebelah pihak je. Nak ambil kira pandangan scholar barat yang godless atau christian. Cara mereka tengok lain. Kita ambil tau juga scholars Islam yang berpandangan dari segi Quran dan sunnah. Baru boleh buat judgement yang adil. Contohnya kenapa kau tolak bible? aku tolak bible pasal dalam bible sendiri ada banyak benda yang bercanggah dari satu sama lain. dalam bible juga berkata Noah itu kaki mabuk. Noah tu merujuk kepada nabi nuh. Kalau ikut bible, nabi yang merupakan contoh ikutan adalah kaki mabuk, huru-haralah dunia. Maka aku tolak kesahihan bible atas dasar ketidakmasuk akalan cerita dongeng didalamnya. Dan aku perkenalkan solution iaitu Al-quran. Noah ada dalam bible tapi kaki mabuk. Nuh ada dalam Quran dan seorang yang mulia dan berserah diri kepada Allah, humble dan bersifat terpuji. Kalau kau mahukan ikutan, kau mahu ikut kaki mabuk ke seorang yang bersifat terpuji? Bila kita ada reasoning dan ilmu seperti ini, InsyaAllah akan lebih menguatkan keimanan kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

Dan sudah dinyatakan mukjizat terbesar Rasulullah adalah Al-quran. Besarnya mukjizat ini sampai Rasulullah berkata dia berharap dengan adanya Al-quran ini, bilangan umatnya yang memasuki syurga akan melebihi bilangan umat2 Rasul lain. Dah kata mukjizat. Pastinya istimewa. Sebelum dibullshitkan Al-Quran, baik belajar dulu. Dah tahu, insyaAllah kau akan perasan bagaimana miraclenya Al-quran dari segi saintifik, penghasilan bayi tu sudah diceritakan sebelum sains kenal apa tu embrio. Big bang theory sudah diceritakan dalam quran sebelum Lemaitre lahir lagi. The universe is expanding theory sudah jelas diceritakan oleh Allah swt sebelum Edwin Hubble kenal apa itu teleskop. Ini semua wonders of Quran. Begitu juga sunnah, betapa berapa banyak kata-kata yang dilafazkan oleh Rasulullah menjadi kenyataan satu-persatu walhal rasulullah kita tak pernah tahu menulis pun. Pergi belajar dulu. Ada ilmu tersedia. kau nak bullshitkan tanpa mempelajari, rugilah kau.

Allah berkata Dia akan menunjukkan jalan yang lurus kepada sesiapa yang dikehendaki, dan jalan kesesatan kepada sesiapa yang dikehendaki. Tapi bukanlah Allah itu zalim. Sesungguhnya orang yang sesat itu yang menzalimi diri sendiri dengan menutup sebelah mata dan hanya melihat menggunakan satu mata (melihat perkara zahir sahaja). jadi, kau nak terus ego dan duduk dalam golongan yang tidak mengetahui? Ikut suka kau lah.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada golongan mereka yang diberi kesesatan. Amin

*Sila shoot apa-apa disclaimer atau add on yang kau orang ada tentang isu ni.
**Sila shoot apa-apa link untuk artikel berguna yang kau orang nak kongsi dengan aku.
***Sila shoot segala soalan-soalan kau kepada aku disini formspring kerana bila kau bertanya sesuatu yang aku tak tahu, aku akan mendapat pemangkin untuk mencari jawapan dan membuat research dengan sendiri. Maka, soalan kau akan membantu aku untuk menambah ilmu.

Selamat

19 comments:

  1. erm,ilmu nie byk sumber..jus tgk ayat nie
    quran 5: 31
    psal pembunuh pertama dlm dunia nie..anak nabi adam a.s
    ade maksud tersirat dlm nie,di mana even binatang pn,bleh ajar kite sesuatu,apetah lg sesame manusia...
    dan btul ckp ko,kebnyakan kte,trlampau best ckp logik akal,mengatasi wahyu.
    tp tnpa disedari,kte x hbis lg bca yg allah turun kat kita...
    mnx2,kte smua sentiasa berusaha ntuk jdi org berilmu...
    teruskan membaca,dan menjdi kritis

    ReplyDelete
  2. ko mrh2 ni gua takot gak nk komen haha..

    apa ko rs tentang konsep time and space?..manusia sentiasa bkembang dan brgerak,tak pernah statik..byk perkara yg lampau jd obsolete,tak praktikal klu kita tak adapt-kan seiring dgn hakikat ni..

    dan knape negara2 yg plg sikit kadar jenayah,rasuah,etc adalah negara2 Nordic/Scandinavian?..negara2 ni adalah yg plg secular kat dunia..

    ReplyDelete
  3. Salam, rev..

    utk sandaran wang emas dan perak, nnt i share in my blog k..

    Really nice read ur entry.. =)

    Actually, too many point here u put.. but it's good.. for me..

    cuma nak tanya or disclaimer tak tahu yg mane.. hehehe

    ReplyDelete
  4. @Johan,

    negara2 Nordic/Scandinavian apa ye? i tak tahu..

    some time u all cakap about term yg i never heard or i je yg tak tahu? huhuhu

    p/s: myb after i know the meaning, i can help rev to answer..

    ReplyDelete
  5. @wanita mustanir - sweden,norway,denmark,finland,iceland tu sume..

    ReplyDelete
  6. muzikri: Aku masih dalam proses belajar ilmu Al-quran dan sunnah. Setakat aku belajar ini, apa yang aku dapati semuanya insyaAllah semakin menguatkan kepercayaan aku kepada kedua sumber tak ditelan zaman ini.

    wanita mustanir: too many point sebab tak buat draft. Terus hentam tulis apa yang nak disampaikan. My bad. Next time i'll try to arrange them.

    ReplyDelete
  7. Johan: haha bukan marah. Tukar sikit gaya penulisan bagi provokatif. Memang betul ada konsep time and space. Argument kau memang valid. Cuma argument kau tak prove Al-quran dan sunnah itu tak valid. Untuk provekan al-quran dan sunnah itu tak valid, kau kena cari kepincangan dalam sumber itu sendiri. Tuhan kata, dua sumber ini authentic, rare dan sentiasa valid. Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam sumber ini kalau tuhan cakap macam tu. Maka sini datang usaha kita, untuk kaji apa yang diturunkan ini. Betul ke ada Tuhan ni? Betul ke apa yang Tuhan katakan ni? Kalau nak tahu kenalah study dengan merujuk sumber sahih dan asal dan bukannya satu jenis translation saja. Bila kita belajar, kita akan lebih tahu tentang perkara tu. Maka, kau boleh disprove apa yang quran dan sunnah kata, baru kau boleh kata quran dan sunnah itu tak valid. Contoh argument the universe is expanding akan sentiasa valid over time and space as long as humans tak dapat disprove theory tu. Begitu juga theory bumi ni flat dan ada penghujungnya, valid sehingga ada orang yang disprove dengan mengambil gambar satelit bumi atau dengan belayar keliling bumi.

    So far from what I see, science revelations cuma mengukuhkan lagi apa yang dikatakan dalam Quran dan sunnah. Rujuk tulisan Harun Yahya untuk terangan lanjut mengenai isu mcm Darwinisme, Big bang, DNA dan sbgnya.

    Soal negara secular, negara itu paling rendah jenayah sosialnya betul. Mungkin fakta yang betul. Tapi tak disprove Islam juga. Kau cuma prove sekular countries boleh ada kadar jenayah yang rendah. Tapi cukup rendah ke kadar ni? sebab yang dicompare adalah dengan negara2 sekular yang lain. Comparison sekular dgn sekular tak disprove pentadbiran Islam. bab negara islam, mungkin sebab negara islam yang ada sekarang ini bukannya betul2 berteraskan quran dan sunnah. Kita selalu letak benchmark Islam pada sesuatu yang kita nampak sekarang ini tanpa kita kaji betulke benda tu kita boleh jadikan benchmark. contoh nak kata iran tu negara islam, betul2 ikut ajaran sunnah dan quran ke? Yang betul2 islam adalah yang menegakkan sistem khilafah, tak berteraskan konsep negara atau maharaja dan menggunakan sistem pentadbiran seperti disebut dalam quran dan sunnah. setakat ini, aku tak nampak mana-mana negara islam yang ada sekarang ini yang betul-betul menunaikan ajaran ini. InsyaAllah akan datang, kerana ini janji Allah dan kitalah yang menjadi petugas untuk merealisasikan impian New World Peaceful Order, the Islamic Khilafah style (nama ni saja bagi sensasi. haha)

    Selamat.

    ReplyDelete
  8. try ko bca post nie,mayb kte bleh guna untuk kuatkan serta faham tntang islam tu sendiri
    http://ms.langitilahi.com/semasa-si-bangga-menjadi-kafir/

    ReplyDelete
  9. muzikri: langitilahi, aku pernah dengar juga tulisan ni. bagus baca. bagi clear sikit salah anggap masyarakat tentang apa tu islam. Aku pun dulu jahil, dok salahkan islam pada pak aji yang main toto. Tanpa tahu islam tak tertakluk kepada manusia tetapi manusia yang tertakluk kepada ajaran Islam. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. salam faiez.. seriously makin lama makin suka baca blog u. dulu bukan tak suka, suka je.tapi sekarang bila tulis pasal benda2 agama ni, lagilah suka. sebab I datang nz ni pun baru lah ada kesedaran nak belajar lebih pasal agama. dulu betul, ignorant. rasa kolot je pakai tudung labuh. rasa hukum hudud mcm keras je. but then, bila terbuka hati nak belajar tafsir die, masyaAllah. barulah tahu. Ada hikmah sebenarnya duduk oversea ni.

    Apa2 pun benda yg u tulis kat sini, they're good. perlu ada orang untuk tulis benda2 mcm ni. And i dont think i can explain islam like how u did. setakat explain mulut bolehhlah haha..

    thanks faiez. kekdg terasa lagi dekat dgn Allah dan Islam tu sendiri bila ada blog mcm ni.

    ReplyDelete
  11. aku tak prnh menyangkal agama atau Tuhan..mmg aku pcaya dgn Tuhan..cuma hakikatnya agama pun disebarkan melalui ekonomi..dr dulu lg manusia brgerak krn ekonomi..ni hakikat sejarah..sbb tu aku tak amik pot org nk ada agama ke,sembah pokok ke..sbb agama ni antara ko sdiri dgn Tuhan..jgnlah anggap org yg fikir mcm ni semuanya atheist..

    psl negara2 Scandinavian tu,mgkin ayat aku td tak clear..negara2 ni plg sikit jenayah kat dunia,compared dgn bkn je negara2 secular tp seluruh dunia..

    ReplyDelete
  12. perbincangan semakin rancak..

    @Johan,

    memang sejarah mengajar kita Islam berkembang melalui ekonomi. dan itu di nusantara.

    Tapi sejarah yg kita pelajari tuh pun, siapa yg buat? Si kafir penjajah british.. Mungkin kenyataan saya ini agak buat anda sedikit marah atau terkejut, but it'e the fact.

    Act, Islam sampai ke Nusantara especially tanah melayu memang melalui pedagang2 Arab. But that time, Khilafah Uthmaniyyah masih ada. Pedagang2 Arab itu dihantar oleh Daulah Khilafah utk menyebarkan Islam..

    Anda masih ingat Wali Songo di Indonesia? Mereka semua ada kaitan dengan Negara Daulah ketika itu.. Tapi dalam kita belajar sejarah dari form 1 sampailah form 5, takde pun mention ttg perkaitan ini..

    Itulah Barat.. mereka cuba sembunyikan fakta dari oengetahuan umat Islam.. supaya kita tak fikirkan bahawa Islam dulu pernah ada sebuah negara superpower..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  13. Att: Terima kasih atas kata-kata tu. Saya tulis begini sebagai proses untuk mengingatkan diri juga. Kerana banyak lagi kekurangan dalam ilmu. dalam amal diri. semoga apa yang ditulis ni dapat membataskan diri daripada terus melakukan maksiat dan bergerak terus lebih dekat dengan Allah swt dan rasulullah saw. ;)

    Johan: Aku bukan sengaja mau generalisekan orang berfikir begitu atheist. Cuma bila kau bercakap pasal time and space tu, aku rasa macam ditujukan kepada kesahihan quran dan sunnah mengikut zaman moden ni. sebab tu aku hurai macam tu. Kalau kau ada maksud lain untuk hujah point and space kau, aku tak faham. Mungkin kau boleh terangkan lagi.

    Dan untuk ugama, dalam islam ugama bukan antara kita dengan pencipta saja. Islam tu bersifat syumul. Lengkap merangkumi segala aspek hidup kita. Kalau agama yang kau maksudkan tu islam, mungkin kau boleh cuba baca-baca dan ambil tau balik. apa tu islam. Apa maksud submission to Allah. syahadatul haq. ad-deenul haq.

    jangan salah anggap bro. aku cuma berkongsi pendapat aku dengan mendengar pendapat kau.

    wanita mustanir: tang sejarah tu betul. tinggalan islam di tempat2 sepanyol banyak dimusnahkan. muslimin muslimat dihalau setelah sepanyol dulu ditawan semula oleh queen. Librari2 dibakar. Semua supaya generasi muda tak mengenali tinggalan tamadun islam lama ini.

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni,gua senang je.Nko sibuk mengatakan tentang al-Quran dan Sunnah,dan nko lupa orang agama lain.Beb,kita semua tinggal di bumi yang sama.Tak kisahlah nko ni Buddha ke,Hindu ke,Christian ke,godless ke.

    Setiap kali kita bercakap pasal ilmu,nko salahkan Barat,tuduh Barat sembunyikan ilmu Islam.Woit,nko harus tahu yang ilmuwan Islam pun belajar dengan Greek.Nko harus tahu tu.Jangan sampai aku cakap nko ni pun manusia disclaimer jugak?

    Ketamadunan manusia ni bukan untuk satu dua suku kaum atau agama je beb.Untuk seluruh bangsa manusia.Thomas Edison cipta lampu bukan untuk orang Amerika je.Ibnu Sina jumpa teori perubatan bukan untuk umat Islam je.Satu bangsa manusia.Bukan susah sangat nak fikir.

    Aku paling tak suka bercakap pasal moraliti orang.Cakap pasal mat rempit rogol bohsia dan macam-macam.Orang yang bercakap pasal ni adalah manusia yang tau melihat dari surface - tak lihat masalah ni dalam-dalam.Apa masalahnya?Kapitalism - nko highlightkan.Apa solutionnya?Macam nko cakap - salutkan agama dalam sistem?Itu sugar-coated bro.Tak selesaikan apa-apa masalah.

    Nko kat UK kan?Sila cari buku "The Early Stage of Capitalism:The Rise of Imperialism".Cerita macam mana penghuni Nusantara ni diislamkan bukan kerana nak mengikut ajaran Islam tapi kerana faktor keuntungan.

    Dan by the way,kadar rasuah negara Skandinavia jauh lagi rendah dari negara-negara Islam?So apa lagi nko nak cakap?

    Rasionaliti and saintifik,bro.

    "We definitely need a separation of church(religion) and state in order for both not to destroy each other,and eventually both of it get killed" - George Carlin.

    ReplyDelete
  15. 1) Nak cakap pasal agama lain, kita kena tau differences between agama2 ni. Kenapa islam sebagai lebih lengkap dan menyeluruh. satu fakta untuk kau, Islam tu bukan untuk orang Islam tapi untuk seluruh umat dunia.

    2) Aku tak salahkan ilmu barat yang kita guna. Tapi aku pertikaikan kenapa tak diberi peluang mempelahari kedua-dua ilmu dalam sistem pendidikan kita supaya kita tau kedua-dua source. Dah tahu baru boleh fikir dgn kedua-dua point.

    3) Islam untuk ketamadunan manusia dan bukan ketamdunan manusia untuk Islam. Fakta ni sama ada mau terima atau tak je bro. Dan betapa tepatnya islam tu untuk manusia semua boleh dibaca dalam buku-buku dari ulama muktabar dan hadis sahih yang merangkumi semua aspek kehidupan. Nak masuk tandas kencing pun ada adabnya.

    4) Aku bukan cakap salutkan sistem dengan islam tetapi dirikan sistem yang berasaskan Islam. Cuba kau baca balik.

    5) Nanti aku cuba cari buku ni dan baca. Terima kasih.

    6) Negara-negara Islam ni bukannya betul-betul Islam pun. Islam tak mendokong sistem kenegaraan dengan berpuluh-puluh ketua. Islam juga tak mendukung sistem raja keturunan. Aku dah cakap pasal ni secara overview dalam entri, kau terlepas pandang kot. Cuba baca balik.

    7) Rasionaliti dan saintifik ni kau kaji dalam Quran dan Sunnah pun ada beb. Pergi belajar tengok dulu. Nak senang kaji tulisan Harun Yahya, saintifik habis. Rasionaliti pula macam mana prinsip mana-mana agama pun dah dirogol oleh sekularism bawakan Yahudi ni.

    "They said they need separation of religion and state to prevent them from destroying each other, but the truth is they do not want our youths to grow up being religious and enlightened and then destroy their godless and cruel system." - Reverie

    ReplyDelete
  16. Bila aku pergi ke Australia- mengalami kesukaran berada di negara orang dgn menjadi minoriti aku belajar dua benda.

    1) baru aku faham kenapa ramai pelajar kita yg bila ke luar negara, mereka lebih rajin belajar ttg agama memandangkan agama makin dirasakan jauh dari hati mereka.

    Kau setuju tak?

    2) Aku belajar tentang toleransi. Bagaimana jangan ada rasa prejudis, dan juga kena memahami budaya hidup orang yang berbeza pemahamannya dgn kita.

    btw, pasal isu disclaimer dan pembullshit ni;

    1- aku amat setuju point di mana pengkritik perlu mengkritik dgn memberikan cadangan. Kalaupun tidak mampu memberi cadangan, tidak perlu nak melabel.

    To be fair- aku tgk ramai golongan yang suka membidas sesuatu point dgn Quran dan Sunnah kemudiannya suka hati nak label kata golongan ni sesat dan kafir.

    Ini tidak bagus, betul tak?

    2) aku baca blog kau dan dapati kau dtest kapitalisme. Ok-kau siap bagi fact pasal berapa ramai yg kaya, berapa ramai yg miskin, pasal hutang.

    Bagi aku benda2 ni betul. Malah aku setuju.

    Cumanya aku kurang setuju bila kau nak terus tolak dengan kapitalisme.

    Aku sedang baca buku 'supercapitalism' yg menceritakan hari ini capitalism sudah deviate dari idea capitalism yg asal.

    Aku akan tulis pasal ni nanti.

    Cuma aku rasa kita perlu akui bahawa konsep asas kapitalisme adalah mencari untung. Dalam erti kata lain berniaga.

    Bukankah dalam Islam itu sendiri ada unsur kapitalisme? Zakat misalnya- mengapa ada zakat untuk untung kalau perniagaan (baca: mencari untung) tidak dibenarkan?

    Nabi Muhammad juga berniaga- kan?

    3) Pasal secularism- aku rasa ada dua pendapat yg sama kuat.

    Satu yg berpendapat- kenapa perlu setiap agama dijadikan urusan untuk kerajaan. Biar semua tak dapat- senang cerita.

    Satu lagi yg berpandangan- baik semua dapat dan biar mereka belajar hidup bersama secara harmoni.

    Bagi kedua2 pendapat ini- ada juga contoh yang sudah berjaya.

    Sweden, Denmark, negara2 scandinavia- adalah cth negara secular yg berjaya kekal aman dan maju.

    Malaysia, SIngapura- adalah negara yg membuktikan kita tak perlu sekularisme utk hidup harmoni.

    Dari kedua cth ini kau dpt tgk sendiri kan, sistem ni tidaklah seburuk yg disangkakan.

    Cuma yg menjadi isunya adalah istilah berjaya tu.

    Bagi kau berjaya tu mungkin bila rakyat dekat dgn agama dan bukannya material spt bangunan pencakar langit, pekerjaan, etc,etc.

    So kat sini-playing field yg berbeza menghasilkan pandangan yg berbeza. Setiap orang benar dgn pendapatnya. :)

    3) Di akhirnya kita mungkin tak setuju dlm byk perkara- ttp yg perlu kita setuju ialah kalaupun tak nak bersetuju dgn pendapat orang- kita kena substantiate dgn arguement sendiri bukannya senang2 nak melabel.

    Kan?

    Selamat

    ReplyDelete
  17. Basuh baju:

    1) aku setuju. Dari konteks student malaysia luar negara, komuniti malaysia melayu sini lebih kecil dan akrab. ada yang lebih kepada ugama. Ada yang tak. Terpulang pada kau mahu join mana. Aku ni jahil, jahat semua cukup. Namun bila mula berkawan dengan yang lebih berilmu bab ugama, aku nampak kebaikan dan kelebihan.

    2) Toleransi tu memang betul. Tapi ada bezanya toleransi dalam fahaman sekularisme dan fahaman islam. ni kena tahu dua-dua baru boleh berhujah. Aku pun tengah baru2 nak belajar.

    isu disclaimer
    1. Ini betul. Mana elok mau sesat dan kafirkan orang. Lebih elok bago constructive criticism dan bagi alternatif mcm mana nak berubah lebih baik.

    2.kapitalisme yang dianuti sekarang adalah keuntungan maksima. dengan ni ditolaknya unsur kemanusiaan. Swasta terutamanya. tak kira, kalau dah tua ke apa ke kerja tetap kerja. aku tolak kapitalisme sekarang ni pasal keuntungan maksima ni boleh menyebabkan ramai devalue kemanusiaan dan hatiperut demi keuntungan.
    Nabi muhammad saw berniaga tapi bukan kapitalis semata-mata cari untung maksimum. tak menipu. tak menindas. tak monopoli market. ni semua perniagaan konsep nabi yang ditolak kapitalisme sekarang ni. kena tau juga beza berniaga nabi dan beza berniaga kapitalis.

    3. contoh seperti negara scandinavic tu sekular dan maju in the sense of modernity yang telah ditafsirkan dari fahaman sekularisme juga. contoh apa tu maju? bangunan tinggi2, kdnk tinggi, baru maju? ni semua tafsiran sekularisme juga.

    malaysia dan singapura bagi aku bukan negara islam malah adalah negara sekular. arab saudi pun bukan negara total islam bagi aku. ini pendapat personal aku. people may differ. tapi bagi argument lah. bagi aku kalau dikaji, negara ni bkannya betul2 mengikt ajaran islam. kalau islam kenapa nak disusahkan umat islam mau menunaikan haji dengan visa? lepas tu diadakan konsep kenegaraan dengan banyak pemerintah berlainan prinsip. islam maukan sistem khilafah. bukan khalifah macam abbas, uthmaniyah tu. tapi seelok-eloknya the big four(Abu bakar, Umar, Uthman dan Ali) - bukan epl je ada the big four. huhu.

    3) Aku setuju. kalau ada mana-mana disclaimer aku tak ada argument atau tak valid boleh rujuk pada aku, insyaAllah aku cuba jawab.

    Selamat juga.

    ReplyDelete
  18. salam. berpegang teguhlah pada wasiat terakhir NABI MUHAMMAH SAW: Wahai manusia kamu akan selamat selagi kamu berpegang kepada ajaran al-quran dan hadis. INGATLAH selepas wafatnya Aku tidak ada lagi nabi selepas KU. Islam adalah agama terakhir yg mengantikan agama sebelumnya. Berpegang teguhlah dgn ajaran ISLAM.

    ReplyDelete
  19. Anonymous: Terima kasih untuk nasihat.

    ReplyDelete

Ideas in words by