Sunday, May 23, 2010

Entri yang agak jambu

Assalamualaikum

Mentang-mentang panas. Minah-minah salleh kat sini pakai bukan main lagi bila pergi town. Di perkarangan universiti tak kurang juga. Berlawan, siapa lagi singkat agaknya. Bra, bikini lengkap. Padahal Malaysia lagi panas. Mampu ja muslimat-muslimat kita pakai tudung tutup aurat. Semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dengan menurut perintahnya. Yang tak tutup tu, tapi ber i.c islam. Dah boleh muhasabah diri balik, betul-betul islam ke kita.

Aku ni bukan baik pun. Alhamdulillah aku diberikan asas pendidikan ugama waktu kecil-kecil. Membuat aku sedar setiap kali perlakuan mula melampaui batas. Aku banyak buat dosa. Kiri kanan depan belakang dosa. Dosa kecil, dosa besar. Bermacam-macam dosa. Antara aku dengan Allah. dan antara aku dengan manusia.

Alhamdulillah juga Allah dah buka minda aku untuk tengok dunia dengan cara lain. Dapat menyaksikan kebesaran Allah, RasulNya dan UgamaNya.

Aku terfikir, islam kah aku bila tak ikut pun ajarannya. Bila dosa dibuat. Yang betul diabaikan. Betapa kita sebenarnya kerugian sekiranya masih belum mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah. Sekiranya kita gagal menghayati maksud sebenar kalam Allah dan pesanan Rasulullah. Sekiranya kita terus kejar duit gaji bulan-bulan untuk bayar installment rumah dan kereta. Sekiranya kita terkejar-kejar pada kecemerlangan akademik dunia tapi bodoh bab memahami ayat Allah dan sunnah Rasulullah. Sekiranya kita terus jahil lalu hidup dalam sistem yang penuh dengan kejahilan.

Sikit-sikit aku mau ubah. Susah. Bila perang fisikal, dengan senapang, bom, missile. Kau akan tau bila kau kena tembak. Kau nampak musuh kau menembak. Kalau mati, kau akan tau fisikal kau mati. Tapi bila main perang psikologi dan emosi ni, kadang-kadang kita tak tau pun yang kita tengah berperang. Jiwa kita mati pun kita tak tahu. Ini yang bahaya. InsyaAllah, aku mau ubah. Menjadi lebih baik. Mendalami ilmu ugama. Sikit-sikit aku mau keluar daripada sistem sekular yang jahil. ya Allah, mudahkanlah.

*Entri ini adalah untuk promosi projek video yang aku baru mula buat sikit-sikit sebagai satu proses dan pemangkin untuk belajar tentang kehidupan. Video ada disini

Selamat

6 comments:

  1. kita belum merdeka lagi.sapa cakap kita sudah merdeka? sebenarnya sistem kemerdekaan tu pun sebenarnya part dari plan penjajah dengan tujuan memecah belahkan umat islam.nak tengok benda2 ni mata kena bukak besar2 baru nampak.kalau tak memang xnampak.video kau tu bagus.

    ReplyDelete
  2. manusia mahu merubah dunia.
    tp tanak ubah diri sendiri

    wallahualam

    ReplyDelete
  3. Luna: Terima kasih. ;)

    the dr:itu point dia. oppression in fake independence. thanks.

    Mimpi Basah: Jom kita ubah diri sendiri!

    ReplyDelete
  4. syariatullah dan sunnatullah kena seiring. baru selamat dunia akhirat. (merujuk kepada perenggan ke 4) hehe.

    pendek cerita,
    syariatullah : solat, amar makruf nahi mungkar.
    sunnatullah : siapa berusaha, dia berjaya.

    so, kalau benda ni selari, takde ape yang mustahil dalam hidup.

    semoga Allah merahmati. aminn.

    ReplyDelete
  5. twinkeyra: terima kasih. insyaAllah usaha. amin.

    ReplyDelete

Ideas in words by