Wednesday, May 26, 2010

Bersunat

Salam. Entri ringan-ringan pula kali ini.

Antara ayat cliche yang keluar tatkala mau bersunat yang aku pasti rata-rata kau lelaki diberitahu adalah, "Alah, macam kena gigit semut je."

Yang aku pelik, kenapa dibandingkan dengan semut? Kalau semut semut yang mana? Kena gigit semut askar yang hitam besar tu, peh pedih dol. Kalau setakat semut yang kerja cari gula tu tak apa lagi. Semut merah tok sah cerita la. Kerengga lagi la. Boleh berbirat merah. Tapi aku tak rasa bersunat tu macam kena gigit semut. Gigit semut, paling kuat pedih sejam dua. Bersunat kena tahan lama. Seminggu. Kalau silap pantang, bentan. Amek kau.

Bila aku dah sunat, aku, adik dan adik sedara aku terbaring saja dengan memakai kain pelikat lalalala. Kain pelikat tu diikat dan tergantung pada lampu dinding. Bersebelahan kitorang baring. Yang bestnya lepas sunat ni, tak de kena marah pergi solat. Tolong mak pergi kedai. Basuh pinggan ke. Bila makan ada orang suapkan. Nak makan buah, cakap je. Terus dapat. Siap dipotong, dikupas kulit dan direndam dalam air garam. Sedap betol. Dan habis makan, pinggan biarje kat situ. Tak payah susah-susah mau basuh. Orang lain basuhkan. Nak tengok tv, cakap je channel apa. Bila makcik pakcik datang tengok, dapat duit. Tapi duit mama simpan la.

Yang tak bestnya sunat ni, bila malam-malam takut lipas meliar jalan-jalan kat atas anu atau kena ugut oleh abang nak dijentiknya aku. Peh, kalau kena boleh bentan weh. Tak best juga bila time urat anu tu tarik dan menegang. Dia punya pedih bukan main. Adik aku menjerit-jerit nangis. Aku steady. Sebagai abang kena kuat dan tunjukkan sikap 'in control'. hehehe. Dan yang tak best lagi waktu nak kena buang air kecil atau besar. Aduh. Seksa bukan main. Ngilu tu satu hal, pedih lagi. Time tu la mula-mula belajar istinjak guna tisu basah. Tapi bagi aku yang paling tak best selain daripada kena bentan adalah waktu nak buka balutan tu. Dah berhari-hari dia terbalut dah macam kulit. Bila nak buka, balutan pertama boleh tahan lagi. Kedua mula rasa. Ketiga yang direct sentuh kulit tu aduh mak. rasa macam disiat-siat. Tapi letak ubat kuning, sejuk je rasa. Tapi sekarang dah canggih. Aku tengok adik sedara aku sunat dulu lepas aku tak balut dah. Terus biar macam tu je.

Saja mau cerita lightweight sikit, sebab ada assignment mau buat. Khamis kena hantar. Preparation untuk exam pun dah makin terasa. Minta-minta semua berjalan lancar, amin.

*Sekurang-kurangnya tak macam abang aku. Bersunat waktu darjah enam lepastu menjerit-jerit satu taman. hahahaha.
**Bulan, awak sabar. Saya sabar. Sama-sama sabar. :)

4 comments:

  1. Gua sunat pun xde balut2 dah...kira canggihla kan? Tapi layanan mmg heven!
    Cuma gua masih ingat lagi, time-time tu lah mak gua nak buat puding...adeh...

    ReplyDelete
  2. orang bersunat macam2 x bole makan. silap makan, gatal2, berair. haha kesian. tapi sekejap je la kan..

    ni la sekali je seumur hidup orang lelaki sakit.

    ReplyDelete
  3. salam RM

    wahh..kisah2 sunat ni mmg kenangan manis la..haha

    yg best, lpas sunat dh blh blagak dgn tok siak yg ske halau kalo lum sunat dok saf depan..

    "dh sunat lom?"
    "dok blakang!!"

    "tok, dhla..tgk kaki la" sambil wat muka riak..

    hahaha

    ReplyDelete
  4. hidemichi: adui puding pula ada telur kan. Mana boleh makan. Memang sengaja mau kasi kena la tu. haha.

    E: Pantang tu macam-macam. Telur, kicap, ayam. Mana boleh semua tu. haha.

    Yusuf: Wkmsalam. haha. bab kerek duduk saf depan itu pun best juga. lagi-lagi bila adik ada yang belum sunat. "Kau pergi duduk belakang. Tak sunat lagi. Tak boleh masuk saf orang besar." hahaha.

    ReplyDelete

Ideas in words by