Monday, March 29, 2010

London, fashion dan pemikiran

Sebaliknya aku dari bandar London yang banyak memegang sejarah beratus2 tahun dulu, banyak benda masuk dalam kepala otak aku ni. Terngiang-ngiang. Betapa London itu sibuk, dipenuhi begitu ramai orang dan kalut. Kesana kesini manusia berjalan dengan kadar kelajuan yang agak tinggi. Aku pun begitu. Laju jalan. Cuma kadang2 terhenti untuk mengamati sesuatu benda dengan agak lama.

Di London aku tak drop di tempat2 plastik seperti Mdm Tussauds atau world of ripleys. Buang duit dan 'notmaikapuftee' kata orang putih dengan accent utara England. Aku pergi ke stadium bola Chelsea dan Arsenal ang ternyata kedua-duanya walaupun besar tetapi masih kurang dari banyak segi. Emirates contohnya tiada tong sampah. Cuma guna plastik lutsinar yang disidaidi koridor2. Tandas? Tak usah cakap. Sama kotor di dua-dua stadium ni. Tidak seperti di old trafford atau anfield yang mana bersih. Waktu ke chelsea aku pergi tak dapat tour kerana ada home match. Arsengal pula kena booking. huh, tahi anjing pun bersepah di perkarangan stadium, nak lawat kena booking? tak masuk betul.

Di London juga aku lebh menumpukan perhatian kearah memenuhi nafsu makan aku terutama selera Malaysia. Aku pergi makan nasi campur yang mana sambal belacan sahaja berharga Rm2.50. Aku pergi makan Char ho fun yang memang menarik dan baekk. Makan kebab taza. Subway, kfc halal. Duit mengalir laju macam air cuma untuk beli makanan.

Aku juga ada menuju ke Harrods, tempat shopping elite sekadar untuk tumpang letak beg dengan bayaran Rm15.00 untuk sehari. Sampai ke situ aku lihat sekeliling. Burberry, feathers, zara dan macam2 lagi. Betapa orang ramai lalu lalang begitu kalut keluar masuk kedai. Keluar masuk kad bank dari wallet. Bersaing-saing berlawan fesyen paling aptudet atau paling mahal. Memang disinilah tempatnya aku jumpa kereta2 mewah ferrari, porsche, chrysler, bentley. berdangdut shopping sakan mereka. Tapi aku boleh pasti rata2 yang masuk ke harrods ni cuma golongan kelas sederhana. Ah, kelas sederhana. Kat situ baru aku sedar, betapa berjayanya penjenayah2 ekonomi yang membolot semua kekayaan dan memberikan kita gambaran kekayaan palsu. Kononnya memiliki satu suit zara itu mewah atau wangian burberry itu lambang kehebatan lalu rata2 orang bekerja keras siang malam. Sekadar untuk membeli satu suit mahal yang akhirnya jika dilihat dibelakang tag bertulis 'Made in China'. Selama ini kita bukannya bersaing demi kualiti tetapi untuk brand sahaja. Macam kawan aku yang tak sukakan durian pernah cakap, "Aku hamba fesyen tapi bukan hamba brand". Ini tepat. Dia memang trendy dan fashionable jugalah. Cuma apa yang dibelinya tidak datang dari brand2 mahal dan international yang mengupah buruh kasar China. Jadi apa bezanya? Branded fashion atau cuma sekadar fashion?

Aku fikir setakat tu saja. Tak dapat sambung. Tak tahu macam mana nak sambung. Sudah hampir mustahil kita mahu lari daripada sistem ini. Berlawan fesyen sebagai simbol kekayaan kononnya. Tapi bila dilihat semula almari baju aku, ah aku pun apa kurangnya daripada mereka ni?

Selamat

5 comments:

  1. kau belum pergi ke stadium darul makmur.
    aku bimbang kau akan mati terkejut.
    stadium dah jadi pasar ikan
    stadium dah jadi pasar sayur
    stadium tempat jual ubi keledek.

    nak gelak tak sampai hati
    nak menangis tak mengalir ayer mata

    kau jgn ketawa
    ini cherita betol.

    ReplyDelete
  2. DJK: stadium darul makmur haa. tak pe. stadium tu tak charge tour 8.50 untuk masuk atau kena booking. mesra pengunjung agaknya.

    ReplyDelete
  3. mahalnya sambal belacan! 0.o <--font siza 72

    ps: almari aku banyak baju kurung je. hihihi

    ReplyDelete
  4. waaahhh.. untung kamu dapat pergi london...

    ReplyDelete
  5. Luna: hey you. sambal belacan sini memang mahal. ;)

    Dodu: kau pun sama pergi juga.

    ReplyDelete

Ideas in words by