Thursday, September 17, 2009

entri politik yang neutral

Entri kali ini bersifat neutral.

Jika kita perhati dan lihat. Ideologi dan perkembangan keadaan politik dalam Malaysia kini sudah amat berbeza dengan dahulu-dahulu. Dahulu tu waktu baru-baru merdeka. Waktu itu belum wujud lagi istilah meng'hadari' kan islam ini. belum pernah terlintas lagi untuk meng'1' kan Malaysia yang ada kini. Belum ada lagi pakatan pembangkang yang agak kukuh kewujudannya.

Semua berbeza dengan kini. Dahulu, semua undi UMNO. undi BN kerana BN lah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Semua percaya BN. Undi untuk BN kerana sayangkan BN dan tanahair.

Tapi kini agak lain caranya. jika kita tengok. Kitarannya lebih kurang begini:

Beberapa minggu sebelum p/raya. Sibuk kempen sana, kempen sini. Habis duit buat itu, buat ini. Habis duit lobi sana, lobi sini. Habis semuanya dilobi. Ini satu trend. Nak pilihan raya mula melobi. Untuk sesiapa yang agak lurus, lobi itu samalah dengan rasuah. Hulur duit rasuah bagi pada orang-orang kecil yang menjalankan jentera pilihanraya. Hulurkan duit kepada pengundi-pengundi dari rumah ke rumah. Ini trend. Trend ini berlangsung bila nak p/raya ja. Dan trend ini diguna pakai oleh ramai politikus2. Siapa itu aku tak tahulah.

Bila dah undi, dia menang. Menang sebab dia lobi atau Rasuah banyak. Bila dia menang dia dapat YB. YB adun XXX contohnya. tak nak sebut nama. kekeke. Bila dah menang, projek2 masuk kat dun dia. atau sekarang ni panggil Yang Berhormat la. bila projek masuk. Nak projek, pengusaha kena lobi dia pula. Kalau dulu dia lobi masyarakat setempat sorang seratus dah cukup. Tapi kali ni pengusaha nak lobi dia paling kurang ratus ribu. Siap lobi, siap ada percent lagi. Contohnya bina supermarket besar2, percent 30% nama dia. kekeke. Kaya betol. Sebab itula ada seorang menteri dia India, tapi tak takut pun dah kalah kerana harta dia dekat negara India orang kata boleh beli separuh Melaka. Orang katala, bukan aku kata.

Bila projek banyak masuk, poket YB tebal balik. Dari kering sebab kena lobi masyarakat, jadi tebal balik. tapi tebalnya melimpah ruah sehingga ke anak cucu cicit. Semua tak berkat. kekeke. Itu yang dapat menteri, anak UPSR 3c 2 gagal. kekeke.

Lalu perintah 5 tahun kalau ada ajal. Datang p/raya baru. Mula lobi balik semula. keluarkan duit seratus-seratus pada masyarakat. Menteri ni tak bodoh. Dia keluar untuk masyarakat ibarat seguni beras, tapi pulangannya dia dapat berkelung2 sawah padi. kekeke. Jadi siapa yang bodoh?

Tapi masyarakat ada yang pandai juga, duit dia ambil, Tapi bila pangkah shooting Bulan. kekeke. Maka siapa pula jadi bodoh?

entri ini bertujuan untuk menyedarkan pak YB2 yang seperti diatas. Masyarakat sudah semakin paham permainan tu. YB a lobi seguni beras, Yb b pula bagi 4 lori benih padi. YB a tambah balik 4 tayar lori siap pemandu. kekeke. Last-last, siapa yang rugi, siapa yang untung?

Kalau nak jadi YB lagi, jangan bagi masyarakat kaya dan ada duit bila nak p/raya ja. Tapi bagi naik sama2, senang sama2.

Kalau nak undi, jangan tengok yang mana paling kuat rasuah. Nanti nama dia banyak percent.

Tu, kita tunggu mana Menteri nak keluarkan 'zakat' nak bagi 'derma' bulan Ramadhan ni. Sempena nak raya. Doakan YB2 dan masyarakat yang keluarkan zakat dan derma guna harta sendiri agar sejahtera. Amin.

terima kasih semua, Klik la ads lagi. Dah nak full Rm50 tu. =)
-ReverieMalaya-

5 comments:

  1. betul pe yang ko cakap tu...
    politikus sekarang ni bkannya hidup nak bela rakyat tetapi menghancurkan rakyat..
    kalo aku mengundi ni aku buat undi rosak je....

    ReplyDelete
  2. Elok ker wat undi rosak?
    Baik tak pyh mengundi terus... -_-

    ReplyDelete
  3. oi..ko katne??aku kat melaka. jom melepak.

    ReplyDelete
  4. WANKRAI:
    Jangan undi rosak. Kita rugi nanti. heh.

    PbW:
    Jangan tak undi. Kita juga rugi nanti. =)

    Kopi:
    Peh, berapa lama lepak Melaka. boleh2.

    -ReverieMalaya-

    ReplyDelete
  5. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Moderator reverie malaya sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

    Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

    Yang Ikhlas
    Mat Amin
    KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

    ReplyDelete

Ideas in words by