Showing posts with label Entri tips melaratkan minda. Show all posts
Showing posts with label Entri tips melaratkan minda. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Sebelum ke Warwick

Sedikit informasi yang aku tak tau berguna atau tidak, cuma mau dikongsi untuk rakan-rakan yang bakal ikut serta ke bandar kecil Coventry hujung tahun ini nanti. Apa yang boleh dibuat dan dibawa?

1. Grads card, memberi lebihan 10kg sekiranya menaiki MAS airlines. Maka boleh bawa 20 + 10kg lagi untuk ke sana. Dengan Grads card inilah seorang member berjaya membawa naik bantal busuknya menjejaki heathrow. Buat Grads card di MAS punya ofis, aku lupa dimana tapi di dalam KL kalau tak silap. 5 daripada 5 bintang disyorkan!

2. Baju sejuk tidak perlu seperti mau ke eskimo! Dijangka waktu tiba nanti antara mau masuk autumn maka sejuknya ibarat Genting Highland saja cuma mungkin sejuk sikit. bagi yang berbadan seperti Farahin, bolehlah pertimbangkan untuk membeli jaket yang sedikit tebal. Jika Hanif, maka tidak perlu. Ini kerana, disana boleh dapat dengan harga murah semurah 50pence. Kasut tebal dan mahal tahan sejuk juga tak perlu pun!

3. ISIC Card, ibarat kad pengenalan pelajar diluar negara. Dalam promosinya terdapat banyak diskaun dan offer tapi hakikatnya aku masih gagal menggunakan barang satu diskaun pun melalui kad ini. Mau beli pisau pun jarang-jarang lepas menggunakan kad ISIC ini. Kerana pisau disana perlu over 18 ke 21 baru boleh beli. Hanya 2/5 disyorkan. Beli buat tunjuk pada member untuk suka-suka.

4. Periuk nasi yang besar perlu ada satu jika anda malas mau membelanjakan wang membeli disana. Kongsilah 3 orang satu periuk. Besar kerana nanti boleh masak banyak-banyak dan panggil kami makan bersama. =)

5. Pakaian. Hmm, disana boleh dapat dengan harga yang murah-murah juga. Jika hamba brand, maka disana banyak pakaian branded yang murah-murah belaka. Elaun pakaian Rm700 kau tu kalau convert pound sekarang dapat banyak kerana pound sudah rendah. Lebih 100 pound boleh buat beli bermacam-macam pakaian disini. Aku beli pakaian untuk 3 keluarga aku dan saudara-saudara pun 100 pound saja. Jadi bawa ala kadar pun sudah memadai. baju batik jangan lupa bawa! ;)

6. Pek makanan segera. Harus diingatkan bagi aku dan sesetengah rakan, Megi tomyam Adabi dan Megi goreng ruski tergolong dalam makanan mewah ketika disana. Pek-pek bubur instant dan segalanya yang sekadar tuang, tunggu dan makan adalah amat digalakkan. Perencah ayam seperti masak merah, masak madu dan sebagainya amat berguna dan memudahkan. Maka 5/5 disyorkan bawa banyak-banyak. Lebih penting daripada pakaian kerana sepek megi disana berharga 2 pound kalau tak silap.

7. Laptop dikira beg asing dalam MAS kalau aku tak silap, sila confirm lain. 10kg check in bawa naik atas dan 20kg untuk yang masuk cargo. dengan Grads dapat 30kg untuk yang masuk cargo. Champion setakat ini adalah Arah seberat 54 kg kalau tak silap. hahaha. Aku syak dia bawa dapur gas sekali waktu tu.

8. Stationaries bagi aku adalah lebih mahal disana berbanding Malaysia. Maka barang-barang ringan seperti pen stabilo, highlighter dan sebagainya boleh beli disini dulu siap-siap kerana bagi aku adalah lebih penting beli stationaries daripada pakaian disini untuk bawa ke sana.

9. IKEA mahal. Pergi Primark sudah nanti untuk barang-barang seperti duvet, towel, baju, alas lantai, seluar dalam dan sebagainya.

10. Bersedia untuk menjadikan kentang goreng sebagai makanan ruji anda! Dan nanti lepas buat akaun bank, kau boleh guna iphone dan blackberry dengan harga 25-40 pound sebulan, bagi yang hamba phone mahal, maka tak perlu beli phone mahal disini. Simcard untuk call Malaysia nanti, gunalah Lebara. Tapi skype call lebih murah dan boleh video call.

Tambahan: Untuk yang mau meminta wang nanti dari ibu ayah, digalakkan buat akaun HSBC disini. Kerana HSBC international sampai ke Coventry. Maybank international juga cuma sekadar diLondon. Waktu nak buat HSBC jangan kata kau student, dia tak beri kemudahan pada student untuk buat akaun lagi kalau tak silap. Cuma mungkin kena prepare banyak sikit untuk starting deposit untuk buka akaun diHSBC.

Ini saja yang aku ingat setakat ni. Apa-apa soalan, boleh bertanya kepada kami. Tak ada masalah, jangan malu jangan segan, sampai sana buatlah jamuan!

*Kalau jumpa disana nanti tegur-tegurlah ye. =)

Selamat berlepas!