Selamat sejahtera keatas kamu,
Makin lama makin banyak yang dipelajari. Satu hari berjuta huruf ditelaah dan masuk dalam kepala otak. Ajaibnya otak ni tak pecah-pecah walau bergantang-gantang ilmu dicurahkan masuk. Nikmat Allah nak bagi, syukur kepada Allah.
Semakin lama aku makin memahami kenapa manusia ni sengsara. Sejak dulu sampai sekarang. Kenapa walau ada puak yang senang, mengapa lebih ramai lagi yang melarat. Mengapa wujudnya musik-musik, puak-puak anti establishment. Mengapa jarang-jarang orang berpuas hati dengan apa yang ada. mengapa konsep kerajaan dipertengahkan. Apa maksud indie yang dilaung-laungkan oleh brader umur 14 tahun pakai baju kotak-kotak rambut sikat tepi ala noh hujan.
Kalau ikut ugama, dikatakan ini semua sebab iblis yang menghasut manusia untuk berbalah dan tak bersyukur pada Allah. Aku tak nafikan. Aku bersetuju.
Tapi dari segi yang lebih tangible, aku faham yang semua kesengsaraan adalah kerana ekonomi. Dunia sekian lama digerakkan atas dasar ekonomi. Manusia hidup sekarang dipengaruhi ekonomi. berapa ramai yang akan bunuh diri jika tiba-tiba bangun tidur dan dapati diri dia muflis tak ada apa? Sudah ramai.
Kita dibodohkan atas dasar ekonomi. Duit. Branding. Semua perbezaan dibuat melalui kekuatan ekonomi. Elitist mesti kaya. Raja mesti kaya. Jutawan bertambah kaya. Marhaen hidup bersaing untuk material. Mahukan material perlukan duit. Tapi apa bezanya material zara Rm120 dengan material made in china Rm5.90? Kenapa berperang, bermati-matian untuk lebih kemewahan walhal yang mau ditutup tetap badan yang dalam isinya sama. Beza kemudahan dan kemewahan perlu kita gariskan sekarang. Kita kena tau, sebab untuk perlakuan kita.
Kawan aku kata, "Aku ikut fesyen, tapi bukan hamba branding." Sekurang-kurangnya tidak bermati-matian mau memerah keringat untuk berzara atau berburbery tapi tetap stylo walau tak makan durian (nak juga masuk)
Dan paling teruk sekali bila kita dalam tak langsung, sedang bermewah-mewah atas kesengsaraan orang lain. Siapa pandai dia cemerlang. Siapa cepat dia dapat. Yang tak dapat macam mana? mau dibunuh?
Apa yang kita perlukan bukan satu sistem sama daripada segala macam ideologi dan fahaman. Tapi apa yang kita perlukan adalah semangat berkongsi. Segala yang ada, kongsi. Biar lihat pada keperluan dan kemudahan. bukannya kemewahan yang perlu diTuhankan.
Biar ada apa ugama sekalipun, kita percaya apa yang kita percaya. aku percaya pada tuhan yang satu, Allah dan Muhammad rasulnya. Itu kepercayaan aku. Kau percaya apa? dia percaya apa? Dan semua kepercayaan itu memang berbeza. Yang satukan adalah semangat berkongsi kita. Dalam hidup, yang kita perlukan adalah teman dan kasih sayang. Ekonomi perlu dipaksikan pada kecukupan, keperluan dan kemudahan. Nescaya mudahlah dunia. Nescaya terpaksilah apa yang benar seperti diceritakan selama ini.
Tapi seperti yang aku kata dalam entri sebelum ni. "My heart is always raging to escape. To find this infinite theory of escape."
We can't never escape with sense of mutualness, as we can never achieve it with all these different ideologies and our biggest enemy. Yet, it's never too late to be fulfilled with sense of mutualness within ourselves. Start small.
*If you got what I mean, this song is for you,
I wish you could put your ear up to my heart
And hear how much I love you
I still dream of December
Dancing together with rings on our fingers
And the two shall become
Selamat.
duit pisahkan aku, kau, mereka.
ReplyDeleteduit asingkan jiwa dan jasad.
duit buat kau tertutup minda.
duit ini kotor, tapi sebab apa kita cari duit?
untuk terus hidup?
untuk kahwin?
apa guna duit banyak tapi dalam Islam galakkan kesederhanaan?
sebab duit kita bergaduh. dengki.
yang banyak duit pulak bongkak, kedekut.
aku sendiri tak paham manusia.
tahniah kepada MEREKA. sedang kita leka, kita terima semua apa yang MEREKA hidang.
DUIT.
mana pergi Umat Muhammad SAW sebenar?
semoga kita lebih terbuka, bersatu dan kembali ke jalan sepatutnya.
Astaghfirullahalazim.
penulis sahaja: duit boleh beli undi. kekeke.
ReplyDeletebeb, sory gua terdelete komen lu tadi.... nak tekan publish, tertekan reject....silap
ReplyDeletebangunberdiri: tak de hal. wa komen balik. haha.
ReplyDelete