Bacalah,
Anak muda, bacalah.
Biar penuh dada dengan ilmu,
Bukan perut dengan makan,
Bukan hati dengan nafsu.
Bacalah,
Anak muda, bacalah.
Biar tahu sekeliling,
Bukan sekadar mahu menuding,
Tapi kita yang bangun membimbing.
Bacalah dan kau ketahui,
Setiap gagasan di dunia,
Tubuhnya oleh minda anak muda,
Setiap penyatuan, ilham dari anak muda,
Jiwa-jiwa masyarakat adalah anak muda.
Mati kau hari ini, mati anak muda akan datang.
Mati hati kita hari ini, mati hati anak muda akan datang.
Mati pembacaan kita hari ini, apa yang kita mau berikan nanti?
Bacalah,
Anak muda, masih belum terlambat,
Untuk kita, anak muda sendiri berdiri,
dan mencekak sipendusta,
penjual masyarakat dan berkata,
"Hei kau! Bukan ini yang anak muda mahukan!"
Tapi, bagaimana,
Bila anak muda itu sendiri bodoh,
Berpuas nafsu dengan material.
Dan terus dibodohkan dengan mengikut yang bodoh.
Selamat.
Salam
ReplyDeletereverie, sinis...tapi aku suka! haha
generasi muda kena amik the first step utk sama- sama bangunkan satu ummah Islam. mula dengan akhlak kita sendiri. well said faiez
ReplyDeleteyusuf: salam. dah makin ramai bimbo, thick-headed dan tin kosong. Kalau macam ni terus-terusan, siapa nak mengajar ilmu pada anak muda akan datang bila ilmuwan yang ada sekarang dah tak de. ye tak.
ReplyDeleteAtt: Yes, "Be the change you want to be."(Mahatma Gandhi)
aku suka entri2 latest ko.dpt belajar something.cuma xtau nak komen ape.keep it up! :)
ReplyDeleteWahyu pertama yang ALLAH S.W.T sampaikan pun adalah Iqra', which means "BACALAH" ...
ReplyDeleteKenapa ALLAH tidak turunkan wahyu pertama seperti "SOLATLAH" .. atau "BERPUASALAH" ??
Maha Suci ALLAH yang Maha Luas ilmuNya ...
Terdapat hikmah yang amat besar disebalik wahyu pertama DIA ...
Bacalah ...
Bacalah ...
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan ... ^^
atenchan: Glad you could learn something. Terima kasih. ;)
ReplyDeleteanon: Betul. Setuju dan reflek.