Wednesday, June 02, 2010

Zionist laknat, atau kita?

Sampai, sampaikan kisah sedih gaza.
Sampaikan laknat Allah kepada zionist.
Muslim, semua sampaikan.
Tapi ada bangsaku, melayu, dan islam katanya.
Terus menyumpah yahudi, tetapi minum di starbuck.
Terus melaknati yahudi, sedar tak sedar membiayai stun gun dan bom asap yang jatuh di Mavi Marmara.
Terus membenci Israel, sedangkan dialah pemodal peluru yang menembusi ayah kepada anak kecil.
Muslimin? muslimat? Kita Ummah Muhammad?
Alasan?
Tiada, tiada alasan untuk tidak peduli.
Kecuali sombong, atau bodoh.
Dan, setiap kata malas dan kata pasrah kita itu.
sedang diganti dengan titis-titis darah saudara Palestin.

Reminder: In this rage of us upon Israel, we still need to remember. It is not the whole jews to be blamed. It is the Zionist jews. There are still jews out there who believe in Allah as the Most Merciful one and only god. Learn the fact before hating.

*It's okay. We can start by taking one step at a time. but, the slower you get. The merrier the killers gonna be.

9 comments:

  1. salam..
    ada terbaca blog Langit Ilahi tentang laung melaung pasal justice di Palestin ni yg mungkin, bermusim je.
    kita kalau kecoh psl satu benda, semusim je. lepas tu lupa balik. Duk laung sana sini, tapi masih beli barangan Yahudi.

    Macamana kita nak pupuk semangat nak tolong gaza, nak tolong saudara Islam kita kat sana, bukan sekadar untuk sementara je? Yes, Gaza is the issue of humanity, tapi kenapa kita, sebagai umat Islam harus lebih tolong diorang? kena kaji balik apa pentingnya Palestin pada kita, pada umat Islam. Kalau sekadar ikut mengikut orang pun, tak guna. Sebab tu tak istikamah. Hari ni duk laung Allahu Akbar, esok dah senyap. Tak salah, tapi kalau nak semngt membantu Palestin tu ada, biar buat sampai ke akhir hayat kita.

    Yes, dulu saya pun tak kisah pasal Palestin. sad, but it's true. But then, bila niat kita berukhwah semata- mata untuk Allah, maksudnya kita anggap umat Islam di Palestin itu betul- betul sebagai saudara kita, insyaAllah, benda ni takkan bertahan ikut musim je..

    sy bukan perfect. mudah- mudahan dapat juga tanamkan niat membantu Palestin sampai ke hujung usia. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. aku boikot sekadar yg mampu...

    ReplyDelete
  3. Att: istiqamah. ye betul. Palestin penting. Nabi Isa turun nanti pun akan memerintah dari bumi Palestin. insyaAllah kita sama-sama. slow and steady. Komitmen yang berterusan.

    ben: Jadi la tu. Janji ada effort yang berterusan.

    ReplyDelete
  4. hurm setuju dgn ko..
    x sepatutnya blame sume yahudi.
    ade gak yg dah terbukak pintu hati.
    statement cam benci, laknat yahudi tue kene alter sikit..
    contoh: benci, laknat Zionist.

    ReplyDelete
  5. qistina: maka lepas ni boleh kita sama-sama ubah persepsi tentang yahudi dan zionist. ;)

    ReplyDelete
  6. Apakah beza Yahudi dan Zionist? Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Anonymous: Sila rujuk http://darijalankopi.blogspot.com/2010/06/memahami-apa-itu-zionisme-yahudi-dan.html

    ReplyDelete
  8. bangsa arab ini sifat semulajadinya berkabilah dan keras kepala
    sebab itu nabi diturunkan supaya dibaiki nilai nilai buruk yang ada

    sampai sekarang haramjadah apa pun tak buat untuk palestin
    kita di kepulauan melayu yang lebih lebih - diorang tak ambil pusing

    kepala king saud tak ambil pot

    seminggu dua akan reda - lalu kita akan lupa mengenai kezaliman ini

    ReplyDelete
  9. DJK: Nak jawab kenapa banyak king-king kabilah ini tak ambil pot pasal israel dan palestin selain daripada 'kecaman keras' mereka, kita kena tengok balik sejarah kejatuhan khilafah turki uthmaniyah. Mereka ni pegang kuasa pasal support oleh British dalam menjatuhkan sistem khalifah turki uthmaniyah. Maka, takkan diorang mau lawan tauke dengan menyerang pemodal yang membantu mereka berkuasa. Begitu juga di malaysia.

    Kita usaha agar usaha boikot, doa, solat hajat dan da'wah kita berterusan. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Ideas in words by