Thursday, June 10, 2010

Falsafah manusia memang zahirnya berbeza

Salam

Walau aku sepatutnya didalam 'mood' exam. Kepala otak aku tidak boleh terus-menerus menerima kehadiran insan-insan seperti chomsky, lado, skinner, vygotsky, Labov, krashen dan sebagainya. Setiap hari semakin banyak yang aku perhati dan fikir. Bila tak luah, makin serabut kepala otak aku. Baru aku nampak betapa blog ni berfungsi sebagai tempat meluahkan idea dan pandangan aku. Boleh kata blog aku ni sebagai antara candu untuk aku juga la, jika diolah dari kata-kata Marx"Agama sebagai candu manusia".

Aku perhati dan nampak, betapa kita manusia walau terdiri daripada elemen2 yang sama. Darah yang sama merah. Ketahanan badan yang sama-sama boleh terjejas, tetap mempunyai pelbagai ideologi dan pemikiran. Ambil contoh satu perkara, musik. Sesetengah orang kata musik itu haram. Menjejaskan dan mendatangkan mudarat. Sesetengah lagi berkata musik itu boleh tapi biar berpada. Bagi orang lain musik itu candu mereka. Satu simbol kebebasan pada diri mereka. Betapa musik membolehkan akal kita melayang jauh ke angkasa sedangkan kaki kita berpijak dibumi. Dan terdapat juga orang yang bagi mereka musik adalah wajib.

Aku perhati ideologi-ideologi yang tercipta dari manusia boleh dikatakan bertujuan untuk memberikan definisi kepada hidup kita. Betapa Skinner dalam behaviourist berkata manusia belajar daripada imitation dan sanctions kerana dia mahu memahami bagaimana fungsi manusia. Betapa vygotsky pula berkata manusia bukan saja belajar dari input dan proses dalam kepala otak, tetapi juga melalui interaksi dengan alam sekitar. Semua ini fahaman berusaha untuk menginterpretasikan manusia.

Begitu juga dalam politik. Betapa pernah manusia fikir perlunya raja dan sultan untuk menjadi pemerintah agar keamanan dan kesentosaan terjamin. Dan ada juga yang berpendapat manusia perlukan demokrasi untuk diberi satu sistem pemerintahan yang masih berjiwa rakyat. Dan terdapat juga golongan yang menolak pemerintahan dan berpendapat manusia tidak perlukan pemerintahan sebaliknya boleh hidup dgn lebih aman tanpa ketua. Ini semua ideologi untuk memahami konsep manusia hidup secara berkelompok atau sendirian. Dependent atau tidak kepada sistem.

Begitu juga berbezanya ugama-ugama dan puak-puak dalam ugama. Bagaimana bezanya definisi moksha dalam hindu dengan alim dalam Islam, christianity dan judaism. Bagaimana bezanya konsep pemakanan vegetarian, halal dan haram. Consumation of wine dan alcohol dalam ugama-ugama. Berbezanya pendapat tentang spiritual beings yang muslim label sebagai makhluk ghaib, jin dan orang melayu atau uncle seeker panggil sebagai hantu. Semua ini adalah representasi untuk cuba memahami kitab-kitab ugama masing-masing yang bertujuan untuk memahami cara terbaik untuk manusia hidup. Maka adalah satu benda fikrah untuk manusia mempunyai berlainan pendapat. Semua ni normal.

Dan untuk kita muslim, ingat. Allah ada berfirman dalam Quran. Tiada paksaan untuk ugama(al-baqarah) Aku dengan kefahamanku. Engkau dengan kefahaman kau. Tak akan aku mengikut fahaman kau dan kau tak akan mengikut fahamanku(al-kafirun)

Cara terbaik berdakwah bukannya dengan mengacu senapang atau carutan. tetapi biar dengan perlakuan kita sendiri yang baik mencontohi contoh yang bagi kita adalah terbaik, Muhammad saw.
Dan jihad yang baik bukan saja jihad-jihad mengacu senapang, tetapi jihad dalam menenteramkan hati kita sendiri daripada pemikiran yang tidak elok. Tak perlu mengkafirkan orang. Cukup sekadar mendekati yang lebih baik dan berdoa agar diberi hidayah kepada semua.

Semuanya abstrak. Filosofi memang dilahirkan untuk tidak mempunyai jawapan yang nyata sehinggalah suatu masa yang mana jawapannya akan muncul. Bagi aku, falsafah dan kefahamanku adalah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad saw pesuruh terakhir Allah. dan bagi kau, kefahaman kau. Walau berbeza, kita harus tetap boleh hidup bersama kerana pada zahirnya, kita masih lahir dan dihasilkan dari setitis mani dan matinya kembali ketanah.

*Perubahan dalam hati dan perlakuan sendiri adalah yang terbaik dalam semua perubahan.

Selamat. ;)

No comments:

Post a Comment

Ideas in words by