1) Sejak beberapa tahun lepas, slogan negara kebajikan semakin didengari oleh pihak pembangkang.
2) Memang rata-rata atau ramai orang akan bersetuju dengan konsep negara kebajikan. Siapa tak mahu barang percuma atau barang murah ye dok?
3) Jadi konsep negara kebajikan adalah merupakan satu konsep yang populis bagi meraih undi rata-rata masyarakat.
4) Namun bagi yang melihat kepada perspektif yang lebih besar, kita akan sedar keburukan konsep negara kebajikan dimana bagi aku, keburukannya adalah lebih daripada kebaikan.
5) Satu analogi yang aku boleh berikan, sekiranya ada 2 kedai menjual nasi lemak dikawasan yang sama tetapi gerai A jual dengan harga Rm1 sebungkus dan gerai B dengan harga Rm0.50 sebungkus. Apakah perbezaan yang kau dapat agak daripada kualiti, kuantiti atau servis kedua-dua kedai?
6) Kawan aku kata, "Persoalkan kenapa barang itu murah dahulu daripada mempersoalkan barang yang mahal kerana kita faham mahal itu mungkin resources yang mahal, nak untung lebih dsbnya. Tetapi murah itu mungkin disebabkan kualiti yang teruk, side-effect yang lebih dan sebagainya."
7) Ambil contoh 'Great' Britain, negara yang kebajikannya agak kuat, namun masalah sosial seperti minum, teenage pregnancy, drugs abuse dan sebagainya disebabkan bantuan sosial yang diberikan oleh kerajaan mereka. Siapa nak kerja kerana bila kerja kau kena tax tinggi tapi kalau homeless, dapat duit setiap bulan, boleh buat beli booze. Buat sex, dapat anak dapat extra benefit lagi.
8) Walaupun PLUS charge harga tol, tetapi kualiti servis yang diberikan adalah baik. Sekiranya kenderaan kau rosak, setiap beberapa km ada booth untuk telefon PLUS, sekiranya penat sepanjang perjalanan ada R&R yang beroperasi 24 jam. Kalau percuma, agak-agak boleh dapat? Servis di UK punya highway pun tak sebaik servis di Malaysia.
9) Cuma kerajaan perlu bertindak kearah maintaining the current price of Tol dan janganlah melampau-lampau naikkan harga termasuk komoditi-komoditi keperluan rakyat yang lain. Biar adil.
10) Subsidi minyak dimana Ron95 telah distabilkan harga adalah satu langkah permulaan oleh kerajaan kearah keputusan yang lebih bijak dan bermanfaat bagi kerajaan dan rakyat dimasa hadapan.
11) Tak adil kita nak bandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti di Timur Tengah, atau negara-negara dunia ketiga yang masih teruk pambangunannya. Di Malaysia, servis kesihatan kita cas minimum dan mampu diperolehi ramai rakyat. Kemudahan infrastruktur yang baik dan semakin menyeluruh. Masyarakat luar kampung sekarang pun sudah semakin diutamakan dari segi infrastruktur asasi kehidupan. Pembangunan sekolah-sekolah dan universiti juga semakin banyak. Bantuan pelajaran diberikan kepada semua yang mahu belajar.
12) Kalau semua benda mahu free, habis telokop lah kerajaan. Nak masuk universiti untuk dapatkan ijazah kena hutang PTPTN pun bising. Habis bila kualiti universiti teruk, tak masuk list top dunia salahkan sistem pendidikan negara. Macam mana nak bangunkan universiti kalau bayar sikit pun tak mau.
13) Benda percuma bawa banyak side-effect. Percuma = less quality. Percuma = bebanan hutang dan sebagainya. Percuma = poor maintenance.
14) Our government is improving and starting to hear the voice of rakyat more and more. It's better this way daripada sekadar berkempen habis air liur setiap malam tapi apa hasil pembangunan, kemajuan pun tarak. Bercakap semua orang boleh. Tapi untuk perform, perlukan istiqamah dan kekuatan.
15) Akhir sekali bagi aku, a good governance is not about giving free things to the rakyat but it's more about equipping the rakyat to be able to stand on their own feet and resist any challenges they'll face in the daily life. Esok dah asek sangat dengan benda free, masyarakat macam mana yang kau harapkan? Anak sendiri pun jangan biasakan diberi barang percuma, supaya dia tahu susah payah kehidupan dan belajar dari situ, kan?