Tersentuh aku untuk menulis permasalahan tentang pemikiran atau mentaliti pemikiran maktab terutamanya bagi mahasiswa-mahasiswi berkelulusan maktab. Dalam skop ini biar aku kupas budaya maktab berdasarkan pengalaman selama 2 tahun di Maktab atau namanya sekarang Institut Perguruan. Maktab yang mana sebelum ini selalunya dipandang lebih lekeh berbanding universiti kerana tidak berkelayakan untuk mengeluarkan kelulusan bertahap ijazah. Perkara ini sudah semakin berubah dengan rata-rata maktab-maktab mengalami transformasi dimana nama maktab diubah kepada Institut Perguruan dengan beberapa penambah-baikan yang positif antaranya seperti Institut Perguruan(IP) sudah berkelayakan untuk mengeluarkan kelulusan bertaraf ijazah.
Namun apa yang kita alami sekarang ni adalah masalah pemikiran dimana mentaliti pemikiran kebanyakan mahasiswa itu masih lagi ditahap maktab. Bergelar mahasiswa bermakna kita adalah contoh cemerlang didalam akademik, sosial, kepimpinan dan kerohanian kerana untuk bergelar seorang mahasiswa, pelajar perlu melepasi had-had minimum yang ditetapkan dalam penilaian ujian. Namun begitu antara masalah utama bagi pelajar maktab adalah dari segi pendidikan. Sebagai bakal pendidik yang akan melahirkan lebih ramai golongan berpendidikan dan bersosial tinggi, mahasiswa IP perlulah lebih berdaya saing dan sentiasa mencari peluang memperbaiki diri terutamanya dalam pembelajaran. Namun situasi yang kita alami sekarang adalah amat berbeza. Syllabus pembelajaran yang tidak terlalu menekan, sistem peperiksaan dan sistem penilaian kerja kursus yang longgar telah sedikit sebanyak mencacatkan kebolehan pelajar IP untuk menjadi seorang guru yang bukan saja lebih berilmu malah lebih berdisiplin. Apa nak kata sekiranya sebelum peperiksaan, ada bocor skema jawapan kepada pelajar-pelajar IP? Juga kerja kursus yang longgar dan selalu berlaku dimana pelajar setakat copy & paste kerja pelajar lama. Apakah imej guru yang kita cuba sampaikan disini? Bagaimana kita nak melahirkan guru yang matang dan berdisiplin sekiranya di peringkat pengajaran sebegini sudah tiada sistem untuk mendisiplinkan diri.
Seterusnya permasalahan dari segi sosial. Bagi aku IP adalah satu institusi yang besar kerana terdapat banyak IP di seluruh negara. Sama seperti UiTM. Namun kelebihan ini tidak berjaya dimanipulasi oleh rata-rata pemimpin IP yang cuma berfikir setakat untuk 'One term' atau berfikiran lokal dan tidak nasional. Tugas pemimpin IP Ipoh tidak tertakluk kepada hubungan dengan HEP atau masalah lokal seperti siapa bermain mercun dan melanggar peraturan didalam IP sahaja. Tetapi tugas ini perlu diperkembangkan kepada perhubungan yang proaktif bersama IP-IP lain, malahan agensi-agensi pendidikan dan kerajaan yang lain. Banyak yang kita mampu capai sekiranya pemimpin berjiwa besar dan berfikiran jauh. Hubungan antara semua IP berkebolehan untuk mewujudkan satu jawatankuasa penghubung antara semua IP dimana semua IP didalam Malaysia boleh melaksanakan lebih aktiviti bersama diperingkat nasional yang mampu memanfaatkan seluruh warga bakal pendidik. Lihat contoh Malaysian Student Leader Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh United Kingdom Eire Council (UKEC) di Malaysia sewaktu cuti summer tempohari. Bagaimana berbezanya pelaksanaan aktiviti bagi organisasi pelajar UK dan organisasi pelajar IP walhal yang menghasilkan tetap pelajar dan diperingkat yang sama iaitu peringkat pembelajaran ijazah. Malah organisasi IP satu Malaysia jika dapat dihasilkan juga mampu menghasilkan satu newsletter dimana para mahasiswa IP boleh bersama turut terlibat untuk berbincang dan bertukar pendapat soal isu semasa terutamanya pendidikan didalam negara. Ini akan lebih melahirkan mahasiswa IP yang lebih kritikal dan mengikut perkembangan semasa pendidikan negara seterusnya mewujudkan platform penyatuan bagi semua mahasiswa IP dan disinilah baru kita dapat lihat semua bakat-bakat yang terpendam dalam mahasiswa-mahasiswi IP menonjol. Ini semua cadangan rasional dan plausible cuma memerlukan mereka yang lebih berwibawa untuk memrealisasikannya.
Nama Maktab atau Institut tidak memberikan apa-apa kelebihan sebenarnya. IP hanyalah satu perubahan kosmetik dan artificial tetapi perubahan sebenar datangnya dari dalam diri mahasiswa sekalian. Jika apa yang kita ingin capai adalah sesuatu yang besar dan memanfaatkan komuniti, kita pasti menjumpai laluan untuk merealisasikannya. Tetapi jika apa yang kita mahu adalah makan elaun setiap bulan selama 5 tahun dengan kaedah pembelajaran longgar yang penuh dengan plagiarism, peniruan dan fleksibiliti negatif yang membunuh reputasi, maka itu yang akan kita perolehi. Dan sudah pasti hasil akhir, produk guru yang terhasil juga berbeza, berdasarkan dengan apa yang kita lalui sepanjang tempoh pembelajaran.
Maka, apa yang aku nak seru adalah satu semangat dalam diri kita. Sudah lama maktab dipandang lekeh berbanding universiti dan ini semua terjadi adalah kerana ketidak efisiensi kita dalam bidang pembelajaran dan sosial. Sampai bila kita mahu bepegang kepada mentaliti senior dan junior? Sampai bila kita setakat mahu menyalak kepada sesuatu yang lain daripada norma walhal perkara itu merupakan sesuatu yang positif. Sampai bila kita mahu bermentaliti cikgu harus bersyukur dengan apa yang ada. We should demand what we need, and dismiss what is wrong! Semua ini untuk mencapai kemajuan diri. Sampai bila mahasiswa cuma bersuara didalam perkarangan maktab? Sudah sampai masa sekarang warga maktab bangkit, dan tunjukkan yang kita benar-benar layak digelar Institut Perguruan, layak berdiri sebaris dengan MPP Universiti-universiti diserata Malaysia. Tunjukkan dengan apa yang kita lakukan dan hasilkan daripada pemikiran yang lebih matang dan jauh. Tidak mustahil satu hari nanti organisasi IP seluruh Malaysia mampu mengadakan konferens dengan bakal-bakal pendidik dari negara-negara jiran untuk berbincang dan bertukar pendapat.
Dan yang pasti, akan ada golongan yang memandang artikel ini sebagai bersifat angkuh, memperlekehkannya, tapi apa yang aku nak sampaikan cuma penghayatan dan poin-poin yang aku rasakan relevan, tak lebih daripada itu. Yang baik kita belajar, yang buruk kita tolak tepi. Bagi yang menolak dan memperlekehkan, abaikan, dalam satu perjalanan pasti ada liku-liku dan batu-batu yang menghalang tetapi semuanya akan dilupakan sebaik saja kita sampai ke destinasi kita. Bak kata seorang pensyarah Institut Perguruan yang tak akan aku lupa, "Aim for the sky. If we fall, we'll fall among the stars." Jika tidak, tak usah melantun sekiranya orang melabel mahasiswa IP sebagai tidak berkualiti kerana itulah yang kita hasilkan selama ini didalam sistem yang tidak kompetitif. To earn something, we have to sacrifice. To reach our destination, we need to take our first step. If the step is not taken now, then when will we start?
Selamat.
Nota ringkas:
* UKEC merupakan kesatuan yang terdiri daripada semua Malaysian Society di seluruh UK yang mana semua presiden Malaysian Society yang selalunya terdiri daripada pelajar-pelajar undergraduate berkumpul dibawah payung UKEC.
** Antara aktiviti besar untuk UKEC adalah MSLS, Graduan Career Fair dan Projek Kalsom.
ko ni faiz, cam taw2 je ep..ha3
ReplyDeleteSOKLaN BOcoR SBLuM EXam
ReplyDeletebndA BESE KAt makTB..
utk BERUBaH PERLUKAn keberaniAn.
iR: tau la sikit-sikit. boleh agak. haha.
ReplyDeletetQa: perlu ubah semula niat menuntut ilmu. Supaya lebih jujur dan berdisiplin.
Exposure is needed for a change~
ReplyDeleteStudents body should play the role of exposing students to the 'outer world' i would say~
Dodu: Exposure is the right word. If not student body then the students have to own their own find ways to other outer materials and channels.
ReplyDeletesalam....ak kurang setuju ngan buah fikiran ini sebab korg x th ape situasi akan datang. klu nk sgt rasa fenomina mcm kt u, korg tunggu beberapa thn lg. mayb tym 2 ko pn lom abis kuar mktb lg.. so, tlg bersyukur dengan ape y ko dpt skrg k.
ReplyDeleteAnonymous: Bersyukur tetap bersyukur. Bersuara bukan maksud tak bersyukur, tapi mencari ruang untuk improvisasi. Apa benda situasi yang akan datang tu? Kalau kau boleh jelaskan pun bagus sebab aku tak tau apa yang akan datang. Yang aku nampak setakat ni, semua akan sama. Walau nama diubah ke Universiti Perguruan sekalipun, jika mentaliti yang sama tetap sama. Tanpa perbuatan tak akan datang perubahan.
ReplyDelete1 vote for reverie (^_^)v
ReplyDelete- cause a change in all aspects is needed so that maktab's products will be acknowledged dan bukan diperlekeh~
huhuhu
plus, i wish there will be a great, idealistic, charismatic, assertive leader who can really lead the crowd.
0,0,0,0,0,0 vote for anonymous :p
- cause kenape nk kene tunggu..huhuhu tula kan suke tangguh, suke duduk kat kepompong yg selesa, selamat huhu
-hangat-
nape ang apply msk mktb ek?? mak bapak sruh ke???
ReplyDeletehangat: Wish for that kind of people to lead too. ;)
ReplyDeleteAnon: Waktu sekolah cikgu tanya apa cita-cita aku, aku jawab nak jadi lecturer.
nk jd lecturer?? bagus2...
ReplyDeletemcm 2 msk la u, pas 2 bla kuar kompom jd lecturer.
Anon: Lepasan maktab pun ramai dah jadi lecturer.
ReplyDeletespa ckp?? pas mktb mst la jd ckgu dl...pas bbrapa thn n da master bru blh jd lecturer.
ReplyDeletekna ikot step la der... ner da bdk lahir trus blh blari...x kn bla mktb tkar name, trus nk transform jd mcm u...slow2 la der...skrg pn dlm proses transformasi... ikot ati mati, ikot rasa binasa, ikot nafsu lesu...hahaha...
Anon: Transformasi la yang aku suarakan ni. Transformasi ini yang aku tak nampak. Bila yang bersuara disuruh diam. Bila junior dituduh kurang ilmu. Itu bukan transformasi. Dan lecturer atau cikgu, tetap sama. Mengajar. ilmu, sosial, disiplin dan pembentuk karakter pelajar. Ikut hati memang mati, ikut rasa memang binasa, ikut nafsu memang lesu. Kalau ikut malas? Kalau ikut nak senang?
ReplyDeletehmm..btol gak 2 bro...cme..ak xpham yg anon ckap 2...ape mksd dia ngan 2ggu..da dua thun ak kat mktb...cam xbrubah mane pn...emm..eh...even mak ak..yg dlu dok mktb pn...ckap..cam xde pe brubah pn life kat mktb..even..abg ak yg msuk mktb...pn ckap..cam xde mnde brubah pn..hah..mmg la xde mnde brubah...sb kte sbgai student...xcbe nk mrubah mnde2 2..kalo tros diam..smpai bler2 org akn take us for granted..n biar kn kte cam2 je...
ReplyDeleteape ko ingat bapak ko ke y bg duit tuk blaja!! sedar la skit y ko dok mktb pn krajaan y bg duit!! klu x, mayb x hingin ko nk msk mktb. sbb 2 la ko x blh nk samakan mktb gan u. mktb utk pelatih, u untuk pelajar. klu nk jd plajar, g la msk u. buat pe menyemak msk mktb. bjuta lg bdk y nk msk sni. klu ko ckp ==>lecturer atau cikgu, tetap sama. Mengajar. ilmu, sosial, disiplin dan pembentuk KARAKTER PELAJAR.<== lecturer kt sni lak nk bntuk SEORANG GURU. ko ngat senang ke nk lahir org mcm 2.ckp pndai la....mcm la ko rajin sgt. kt mktb pn dh rjin ponteng kelas, kt sna ak x th la.....
ReplyDeleteKuryu Faz==> mmng la x da prubahan. sbb mak n abg ko msk name mktb pn lom tkar. klu nk btl2 prubahan mcm u, tunggu la mktb ni tkar nama jd Universiti pendidikan guru. bru 2 thn dok mktb dh bising. x payah la nk jd pandai bercakap tp x pnah merasa....
ReplyDeleteAnonymous melenting~ kah kah kah.. dah la anonymous, melenting, habis semua orang dibidas.. Yang betul anonymous jugak~ tapi anonymous tu siapa??ada kah orang xbernama lagi betul pemikiran dia dari pelajar maktab sendiri??
ReplyDeletepensyarah kot..hahaha....
ReplyDeleteManusia tanpa nama geram terlebih:
ReplyDeletePembentuk karakter seorang guru eh? Yang mana bila exam dapat skema jawapan? Yang mana kerja kursus copy paste kerja pelajar lama? Yang mana copy paste kerja-kerja lain semua dah jadi budaya? Yang mana bidang kuasa JPP setakat organise perhimpunan, tangkap kesalahan pelajar? Kalau tu karakter guru yang dibentuk, masa depan macam mana yang institusi pendidikan kita ada?
Sebab tak senang nak lahirkan seorang guru yang berkualiti la aku kata transformasi dalam mentaliti mahasiswa maktab tu perlu berubah.
Dan sebab duit tu duit kerajaan juga la aku kata mahasiswa maktab perlu berubah. Kalau masuk maktab setakat nak makan duit rakyat yang diuruskan oleh kerajaan, itu terpulang pada kau.
aish..asal nk mlentik anon..ak msook mktb..bkn bapak ak sroh..ak da dpt msuk u..wat dgree mekanikal kot..ak msuk mktb sb ak nk..n sal dua thun 2.mse abg ak..da start transition 2kar mktb jg ip da mse 2...n satu g..kte ptot demand gak kalo nk smthng..kalo x..xkn ke mane nye..ak xktuk krajaan..ape yg dorg wat 2 da bgus.. tp mslah nye..dorg leh wat lg bgus...2 mslah nye...n satu g..ak quote "x payah la nk jd pandai bercakap tp x pnah merasa" (anon).. ak xpham..ape mksd ko??
ReplyDeletesb ak da mrasa la ak ckap...xde je saje2 nk ckap..n satu g..duit yg krjaan gne 2..bkn ke dri mak bpak ak gak..n bkn ke dri mak bpak ko jgak...n bkn ke dri mak bpak smua org kat msia 2??? gne a duit 2 ngan baek..bgn kn mnde yg ptot bgn..bkn blnje x tntu arah..smpai mnde yg ptot d bgun kn...x "bgun2"
MR. D -> anonymous2x.. kau ni merosakkan nama anonymous sedunia tahu tak.. Kalau la rakyat malaysia ni semua pemikiran cam kau, perangai cam kau, lebih baik kena jajah skali lagi.. bljar lgi ngn orang putih.
ReplyDeleteinsan tak bernama.. Kalau pentingkan sangat title maktab, institut, universiti, kau julang lah selagi kau nak.. harap julang nama, pemikiran tak berkembang langsung..
ReplyDelete