Saturday, October 09, 2010

Politik diMalaysia dan persoalan

Permainan politik diMalaysia masih tak surut-surut dengan pelbagai lagi isu yang dimainkan oleh kedua-dua pihak. Daripada isu wang ehsan bersumberkan hasil perjudian sehinggalah ke isu majlis jamuan hariraya diganggu polis. Sebagai anak muda, apa yang aku maukan adalah guarantee dari barisan yang akan memegang tampuk kepimpinan setelah pilihanraya akan datang.

Jika itu ialah Barisan Nasional ataupun UMNO, persoalannya adalah sejauh mana masalah rasuah akan terus cuba diatasi, sejauh mana implementasi dasar ekonomi yang efektif kearah merapatkan jurang pendapatan dapat dilaksanakan, sejauh manakah demokrasi terpimpin secara adil dan telus dapat dihasilkan serta sejauh manakah keberkesanan konsep 1Malaysia dan langkah yang diambil untuk menjayakan konsep itu?

Jika itu ialah Pakatan Rakyat, persoalannya adalah sejauh mana pakatan boleh memastikan masalah rasuah tidak akan timbul sepertimana yang diperjuangkan oleh rata-rata ahli, sejauh mana kestabilan politik terutama dari segi perkauman dapat dibina dan dikekalkan, sejauh manakah kebebasan yang dilaung-laungkan oleh pakatan itu? adakah ianya sebebas-bebasnya atau masih tetap terkawal secara adil (adakah Malaysia sudah bersedia untuk kebebasan penuh?), sejauh manakah unity dapat diketengahkan dan dicapai melalui pelaksanaan polisi baru, sejauh mana bersedianya barisan kepimpinan pakatan rakyat untuk meneraju Malaysia, sejauh mana akan terkikisnya jurang pendapatan antara yang susah dengan yang senang serta persoalan yang aku anggap paling kritikal, sejauh manakah pengaruh 'funder' parti setelah pilihanraya akan mempengaruhi pembuatan polisi serta keterbukaan tender kerajaan, serta adakah kronisme akan tetap diamalkan?

Politics will be politics.

Selamat.

3 comments:

  1. aku paling nak tengok komitmen kedua-dua barisan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain demi masa depan negara tak kira menang atau kalah p/raya.

    too bad it's too good to be true.

    ReplyDelete
  2. skrg Muhyiddin pergi memujuk student kat Australia untuk berkhidmat di tanahair. Student2 tu kata diorg tak ada nafsu nak balik alasannya politik Malaysia tak cukup stabil. Lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. avid: komitmen macam tu susah, dan kalau ada pun akan ada agendanya.

    hidemichi: Student la balik stabil kan semula. It's a fight and it's our own fight. Don't forget that.

    ReplyDelete

Ideas in words by