Wednesday, March 10, 2010

Nilai bahasa.

Dah nak 6 bulan aku di negara orang. Dan satu benda yang aku boleh cakap, macam mana pun Malaysia tetap lebih best daripada sini. In terms of many things. Walaupun tetap ada benda2 yang sini lebih elok daripada Malaysia seperti driving habits misalannya. Tapi Malaysia tak akan jadi malaysia kalau tak ada pemandu yang bawa laju, tekan hon dan angkat jari tengah di tengah2 jalan pada Pak haji yang bawa kereta Datsun lama perlahan tapi bawa di kanan jalan. Inilah authencity Malaysia. Negatif but in an establishing way. haha.

Mainly aku buat linguistic kat sini. Walau kursus ini dipanggil tesl. dan bila cakap pasal tesl, belajar bahasa inggeris dan jadi cikgu. Tapi subjek2 dia pecah kepala juga. Cerita tak guna, kena hadap baru tahu. Linguistic, sociology, language acquisition. Tak ada aku belajar grammar2 lagi dah. Tapi aku belajar teori2 yang dibuat oleh orang2 lama yang mana pada akhir lesson jawapannya adalah 'We don't know whether it's true or not because it can't be proven empirically.' Menarik bukan? subjektif habis. Sekurangnya lebih best daripada bermain dengan nombor2 dan carta2 dan graf2 yang langsung tak artistik. ;p

Walaupun aku buat 'bahasa inggeris'. Bahasa orang lain. bahasa penjajah bak kata sesetengah nasionalis. Tapi semua lupa, bahasa tak tertakluk kepada mana2 kaum. Bahasa inggeris malah dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Kalau tak ada bahasa inggeris, mana mungkin kita dapat memahami ilmu2 dan tulisan2 pemikir2 antarabangsa. Tak habis zaman nak terjemah semuanya ke bahasa melayu.

Namun jangan salah sangka. Sayang aku lagi pada bahasa Melayu. Bahasa lidah aku sejak dari kecil lagi. Kau bagi aku seorang awek dengan sehelai kertas dan sebatang pen. Aku lebih yakin mengayat awek tu dalam bahasa Melayu aku sendiri. Aku lagi selesa berbicara menggunakan bm. Bahasa melayulah lebih puitis bagi aku. Biarpun aku dan kawan2 pernah dicop oleh seorang makhluk pensyarah yang kononnya berpendidikan tinggi di malaysia. dia cop aku dan kawan2 tak tahu cakap bahasa melayu sebab kami ambil bahasa selain bahasa melayu. Tak apalah, biasalah tu. Minda jumud melayu kolot memang macam tu. Agak2 kalau aku ajak dia lawan pantun, ayam2 je aku cicirkan.

Biarlah bahasa apa pun. asalkan dapat digunakan untuk menyampaikan mesej, sudah memadai. Memang tak dapat dinafikan lagi yang bahasa inggeris adalah antara bahasa terpenting, bahasa ilmu dunia, bahasa dengan batasan yang lebih meluas daripada bahasa melayu. Tapi nilai2 seni, artistik tetap dalam bahasa ibunda masing2. Jiwa aku lebih dekat bila berbicara dalam bahasa melayu. Tetap tak salah jika kita belajar bahasa2 lain, selagi boleh.

*Assignment due date lagi 2 hari. Dah boleh mula buat secara serius ni. Jumaat ni ada mau jumpa Mustafa Muhammad dengar talk dekat Birmingham. Bermacam2 soalan mau tanya, harap sempat je lah. Siap segerombolan aku bawa. Sorang dah siap2 nak tanya pasal royalti minyak pada ahli parlimen Jeli ni. hahaha. Pandai2 la.

Selamat.

Monday, March 08, 2010

Kenapa orang nak kahwin?

Kita boleh lihat ramai remaja2 sekarang sudah mula merasakan yang perkahwinan itu suatu yang membuang masa. It's a waste of time, doesn't serve it's purpose and above all, very costly. Marriage was a big thing to people before. Even now, it is still a big thing. Cuma yang merosakkan adalah apabila kes cerai semakin banyak. lagi2 artis. semua membawa suatu imej kepada masyarakat. Tambah2 bila media yang sememangnya agen basuh minda nombor satu sekarang ni memainkan isu kahwin-cerai. Membuatkan kita lupa atau tak perasan yang lebih ramai lagi orang kahwin dan bahagia daripada orang kahwin cerai.

Mulanya, apa tujuan berkahwin? Bagi aku, kahwin sebagai tanda hubungan bermula secara rasmi. Sebagai tanda dah terikat. Sebagai janji untuk setia bersama. Sebagai mulanya hubungan dua keluarga sebagai besan. Sebagai announcement kepada society. dan macam-macam lagi sebab musabab lain seperti untuk tujuan mendapatkan nama dan harta seperti salah seorang mamat tu yang berkahwin dgn anak orang berkuasa malaysia suatu masa dulu. macam-macam. Jadi semuanya berbalik kepada tafsiran masing-masing.

At least, there's something to show your appreciation. Memang there are other ways but it's all the same. And this is my way of showing my appreciation. Aku rasa tak ada perempuan yang tak suka hati bila lelaki yang dia sayang melutut melamar dia untuk berkahwin. Kecuali perempuan bernafsu serong la.

Perkahwinan memang dah jadi macam suatu event yang pada sesetengah orang tak melambangkan apa-apa. Tapi semua bergantung kepada cara masing-masing. Cara berkahwin pun berbeza. Adat melayu yang ada antaranya merupakan adat istiadat hindu seperti bersanding dan sebagainya pun bukannya acara wajib dalam perkahwinan. Tak kisahlah apa cara pun, asalkan cukup syarat nikah tak kira apa agama sekalipun. Pasti lengkap upacara tu.

Lecturer aku kat sini seorang perempuan. Dan dia tak berkahwin tapi duduk serumah dgn balak dia dengan bahagianya. Tapi kakak dia dah kahwin tapi tak bahagia dgn lakinya sekarang ni. Dia tanya, whats the point of being in a marriage when you feel miserable? kalau kita tanya balik, adil ke jika kita nak persoalkan perkahwinan atas sebab tak bahagia? Punya lah banyak sebab musabab lain, kenapa perlu kita letakkan persoalan pada perkahwinan? Dan bila keluar cerita pasal couple2 yang dah 50 tahun berkahwin dan tetap bahagia, kita tak cakap pasal perkahwinan tapi pasal sikap masing2 mereka yang memahami satu sama lain. Terang-terang judgement kita terhadap perkahwinan adalah tak adil.

Kahwin juga adalah satu benda yang amat besar bagi lelaki. bukan senang bai untuk lelaki buat keputusan nak kahwin. Dah kahwin banyak benda kena sacrifice. Jadi tak peliklah kalau lelaki tu cakap dia tak bersedia untuk berkahwin atau perkahwinan tu mengarut atau perkahwinan tu buang masa, cinta kita tetap cinta kita tanpa perkahwinan pun i sayang u. Ini semua bullshit weh. haha. Maksudnya dia malas nak pening kepala nak pikir kahwin dgn kau lah, gadis. Tak kahwin pun boleh geli-geli. Buat apa kahwin. Tak gitu?

Tambah lagi, trend mengatakan kahwin adalah mengarut ni semuanya sudah dirancang daripada dulu lagi. Mengikut peredaran zaman, perancangan yang memang baekk punya untuk mengubah mentaliti masyarakat. Bermula dengan nafsu. Lelaki dgn wanita. Sama-sama makin tertarik. Lepas tu diubah mentaliti masyarakat yang geli-geli bersama teman masing2 adalah normal, lumrah alam. Sampai ke satu tahap jika dah berumur sekian-sekian tapi masih belum geli-geli, dikira 'tak masuk dalam geng'. Semua ni dimainkan oleh media terutama filem2 belogbaster hollywood. terang2 nampak kan. Kemudian dimainkan pula kisah2 kahwin cerai yang membuatkan kita kononnya 'berfikir sendiri' yang apa guna kahwin tapi cerai. Ditambah pula dengan trend hantaran kahwin yang semakin bertambah. Semua ni pembaziran tapi dijadikan trend. Membuatkan orang muda remaja lagi liat lah nak kahwin. Dah lah kena korban night life aku, nak suruh aku bayar pulak tu. Tak payah la. Baik couple je. Semua dapat, tanggungjawab bukan ada yang officialnya pun. Sehinggalah kepada pencetusan idea yang mana, perkahwinan disamakan dengan segala jenis perkataan negatif. Dan pemikiran ini digunapakai oleh ramai orang yang kononnya pemikir tanpa pernah mencuba berfikir kenapa agak-agaknya kahwin ni dibodohkan oleh ramai orang.

Cuba tengok sekeliling. Tak kahwin, dapat anak. Manalah adil untuk anak tu. Di Inggeland ini berlambak young mothers yang sorong kereta sorong bayi. Tanpa ada lelaki menemani. Tak tau lah, mungkin laki dia tengah sibuk kerja. Tapi statistik memang terang-terang tunjuk benda ni semakin berlambak-lambak. Ibarat seperti pasir di tepi pantai dekat2 kota laksamana yang ditambak untuk dinaikkan perkampungan arab dengan 'percent' untuk pak menteri, tapi ni cerita lain dah. Apalah kesian betul bayi tu, lahir tanpa ada sekuriti sebuah keluarga yang establish.

Ini semua mitos. Perkahwinan tak pernah bodoh. Yang ada kemungkinan menjadi bodoh adalah orang yang kahwin tu sendiri. Seperti juga kita bermain badminton. Pukul tak kena, racket tu tak mungkin bodoh. Yang bodoh main adalah pemukul itu sendiri. Kalau kau kahwin, kau bodoh dalam bab menjaga perkahwinan, maka akan bodohlah perkahwinan kau tu. Sama juga dengan bercinta. Cintalah macam mana pun, sampai satu tahap nanti aku boleh gerenti, kau akan terfikir nak cari lain atau paling tidak kau akan rasa sikit hambar, tak macam dulu. Begitu juga dalam perkahwinan. Dalam perhubungan, semua ni adalah benda wajib jadi. Tapi bezanya bila kau dah kahwin, kau ada tanggungjawab. Dan kau perlu melaksanakan tanggungjawab tu sebaiknya, dan gunakan kreativiti untuk menaikkan semula rangsangan dalam perhubungan. Tapi bila kau sekadar bercouple, satu sen pun tak keluar buat hantaran, tnggungjawab lagilah tak ada. Maka apa tunggu lagi, cari je la lain. Dah puas pakai baju biru, sekarang kita cari baju pink lengan panjang pula untuk pakai. Sampai muak, cari baju lain pula. Macam tu ke zahir perhubungan? Balik kepada masing-masing juga.

*Sesetengah member aku tengah dekat bawah roda kehidupan. Rileks, buat apa kita nak pening kepala fikir benda susah hati kalau kita boleh cari banyak lagi cara lain untuk menjadi gembira. ;)

Selamat.

Tuesday, March 02, 2010

Post Mnight update laju-laju

MNight sudah lepas. Semua baekk! ;D
Puas hati aku bertungkus lumus selama 3 minggu praktis bersama member-member semua. Waktu perform rasa kejap je dah habis. Now semua sudah end and I kept hearing my friends saying rindu practice MNight. haha. Dulu semua menyumpah waktu nak pergi praktis, sekarang rindu pula. Jin(tekong kompang dikir barat) kata, this is post MNight syndrome that everyone's participating gonna feel every year. Dan semuanya betul. Rasa kosong pula tak pergi praktis. ;p

Esok ada 2 lecturer aku nak mai sini. Seorang lecturer yang dulu mengajar kami waktu buat foundation dulu. Seorang lagi lecturer budak cohort 2. Harap semua berjalan dengan baik tanpa apa-apa benda yang tidak mendatangkan faedah.

Post MNight social gathering is coming on this friday. Aku request kat president Malaysian society nak buat acoustic event. Kecik-kecik je. Suka-suka main hiburkan hati sendiri dan hati kawan-kawan. Aku ada 2 amplier 22 watt dan 2 biji gitar biasa2 elektrik. Cukup la setakat buat show indoor acoustic je. Tapi event tu nak buat outdoor. Maka seperti susah juga lah. Tak cukup equipment. Jika outdoor kena ada soundsystem siap soundman. Baru boleh kasi jalan baik-baik punya. Jika dapat setel masalah equipment ni boleh kasi pulun jalan. Harap semoga semua berjalan baik-baik belaka.

Dah pukul 2.36 pagi. maka lebih baik tidur. Nanti jika sudah ada video performance malam tu di youtube, wa habaq lu orang.

Selamat.