Monday, March 08, 2010

Kenapa orang nak kahwin?

Kita boleh lihat ramai remaja2 sekarang sudah mula merasakan yang perkahwinan itu suatu yang membuang masa. It's a waste of time, doesn't serve it's purpose and above all, very costly. Marriage was a big thing to people before. Even now, it is still a big thing. Cuma yang merosakkan adalah apabila kes cerai semakin banyak. lagi2 artis. semua membawa suatu imej kepada masyarakat. Tambah2 bila media yang sememangnya agen basuh minda nombor satu sekarang ni memainkan isu kahwin-cerai. Membuatkan kita lupa atau tak perasan yang lebih ramai lagi orang kahwin dan bahagia daripada orang kahwin cerai.

Mulanya, apa tujuan berkahwin? Bagi aku, kahwin sebagai tanda hubungan bermula secara rasmi. Sebagai tanda dah terikat. Sebagai janji untuk setia bersama. Sebagai mulanya hubungan dua keluarga sebagai besan. Sebagai announcement kepada society. dan macam-macam lagi sebab musabab lain seperti untuk tujuan mendapatkan nama dan harta seperti salah seorang mamat tu yang berkahwin dgn anak orang berkuasa malaysia suatu masa dulu. macam-macam. Jadi semuanya berbalik kepada tafsiran masing-masing.

At least, there's something to show your appreciation. Memang there are other ways but it's all the same. And this is my way of showing my appreciation. Aku rasa tak ada perempuan yang tak suka hati bila lelaki yang dia sayang melutut melamar dia untuk berkahwin. Kecuali perempuan bernafsu serong la.

Perkahwinan memang dah jadi macam suatu event yang pada sesetengah orang tak melambangkan apa-apa. Tapi semua bergantung kepada cara masing-masing. Cara berkahwin pun berbeza. Adat melayu yang ada antaranya merupakan adat istiadat hindu seperti bersanding dan sebagainya pun bukannya acara wajib dalam perkahwinan. Tak kisahlah apa cara pun, asalkan cukup syarat nikah tak kira apa agama sekalipun. Pasti lengkap upacara tu.

Lecturer aku kat sini seorang perempuan. Dan dia tak berkahwin tapi duduk serumah dgn balak dia dengan bahagianya. Tapi kakak dia dah kahwin tapi tak bahagia dgn lakinya sekarang ni. Dia tanya, whats the point of being in a marriage when you feel miserable? kalau kita tanya balik, adil ke jika kita nak persoalkan perkahwinan atas sebab tak bahagia? Punya lah banyak sebab musabab lain, kenapa perlu kita letakkan persoalan pada perkahwinan? Dan bila keluar cerita pasal couple2 yang dah 50 tahun berkahwin dan tetap bahagia, kita tak cakap pasal perkahwinan tapi pasal sikap masing2 mereka yang memahami satu sama lain. Terang-terang judgement kita terhadap perkahwinan adalah tak adil.

Kahwin juga adalah satu benda yang amat besar bagi lelaki. bukan senang bai untuk lelaki buat keputusan nak kahwin. Dah kahwin banyak benda kena sacrifice. Jadi tak peliklah kalau lelaki tu cakap dia tak bersedia untuk berkahwin atau perkahwinan tu mengarut atau perkahwinan tu buang masa, cinta kita tetap cinta kita tanpa perkahwinan pun i sayang u. Ini semua bullshit weh. haha. Maksudnya dia malas nak pening kepala nak pikir kahwin dgn kau lah, gadis. Tak kahwin pun boleh geli-geli. Buat apa kahwin. Tak gitu?

Tambah lagi, trend mengatakan kahwin adalah mengarut ni semuanya sudah dirancang daripada dulu lagi. Mengikut peredaran zaman, perancangan yang memang baekk punya untuk mengubah mentaliti masyarakat. Bermula dengan nafsu. Lelaki dgn wanita. Sama-sama makin tertarik. Lepas tu diubah mentaliti masyarakat yang geli-geli bersama teman masing2 adalah normal, lumrah alam. Sampai ke satu tahap jika dah berumur sekian-sekian tapi masih belum geli-geli, dikira 'tak masuk dalam geng'. Semua ni dimainkan oleh media terutama filem2 belogbaster hollywood. terang2 nampak kan. Kemudian dimainkan pula kisah2 kahwin cerai yang membuatkan kita kononnya 'berfikir sendiri' yang apa guna kahwin tapi cerai. Ditambah pula dengan trend hantaran kahwin yang semakin bertambah. Semua ni pembaziran tapi dijadikan trend. Membuatkan orang muda remaja lagi liat lah nak kahwin. Dah lah kena korban night life aku, nak suruh aku bayar pulak tu. Tak payah la. Baik couple je. Semua dapat, tanggungjawab bukan ada yang officialnya pun. Sehinggalah kepada pencetusan idea yang mana, perkahwinan disamakan dengan segala jenis perkataan negatif. Dan pemikiran ini digunapakai oleh ramai orang yang kononnya pemikir tanpa pernah mencuba berfikir kenapa agak-agaknya kahwin ni dibodohkan oleh ramai orang.

Cuba tengok sekeliling. Tak kahwin, dapat anak. Manalah adil untuk anak tu. Di Inggeland ini berlambak young mothers yang sorong kereta sorong bayi. Tanpa ada lelaki menemani. Tak tau lah, mungkin laki dia tengah sibuk kerja. Tapi statistik memang terang-terang tunjuk benda ni semakin berlambak-lambak. Ibarat seperti pasir di tepi pantai dekat2 kota laksamana yang ditambak untuk dinaikkan perkampungan arab dengan 'percent' untuk pak menteri, tapi ni cerita lain dah. Apalah kesian betul bayi tu, lahir tanpa ada sekuriti sebuah keluarga yang establish.

Ini semua mitos. Perkahwinan tak pernah bodoh. Yang ada kemungkinan menjadi bodoh adalah orang yang kahwin tu sendiri. Seperti juga kita bermain badminton. Pukul tak kena, racket tu tak mungkin bodoh. Yang bodoh main adalah pemukul itu sendiri. Kalau kau kahwin, kau bodoh dalam bab menjaga perkahwinan, maka akan bodohlah perkahwinan kau tu. Sama juga dengan bercinta. Cintalah macam mana pun, sampai satu tahap nanti aku boleh gerenti, kau akan terfikir nak cari lain atau paling tidak kau akan rasa sikit hambar, tak macam dulu. Begitu juga dalam perkahwinan. Dalam perhubungan, semua ni adalah benda wajib jadi. Tapi bezanya bila kau dah kahwin, kau ada tanggungjawab. Dan kau perlu melaksanakan tanggungjawab tu sebaiknya, dan gunakan kreativiti untuk menaikkan semula rangsangan dalam perhubungan. Tapi bila kau sekadar bercouple, satu sen pun tak keluar buat hantaran, tnggungjawab lagilah tak ada. Maka apa tunggu lagi, cari je la lain. Dah puas pakai baju biru, sekarang kita cari baju pink lengan panjang pula untuk pakai. Sampai muak, cari baju lain pula. Macam tu ke zahir perhubungan? Balik kepada masing-masing juga.

*Sesetengah member aku tengah dekat bawah roda kehidupan. Rileks, buat apa kita nak pening kepala fikir benda susah hati kalau kita boleh cari banyak lagi cara lain untuk menjadi gembira. ;)

Selamat.

15 comments:

  1. ianya menjadi susah bila tanggungjawab terpaksa dipikul untuk dua belah pihak yang berbeza. dan kedua-dua pihak tidak sehaluan..

    ReplyDelete
  2. topik sukar ni.hahahaa..sbb belum ada pengalaman.nice writing though =)

    bagi aku,nak serubu daya,xnak seribu dalih.dah beriya2 nk kahwin,mestila beriya2 jugak nk ianya kekal.

    *aku suka ayat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaast skali b4 perkataan selamat* =)

    ReplyDelete
  3. Kena bersedia. Kena bersedia.

    ReplyDelete
  4. x nk kawen..bleh?

    ReplyDelete
  5. haikal: We can always decide our own fate to walk our own path and make the best out of it.

    Dell: hehe. ayat untuk kawan-kawan tu. ;)

    Luna: bersedialah jika kau mahu.

    miss_d: boleh je. jadi andartu la. haha.

    ReplyDelete
  6. wow!
    mengingatkan kepada crite "he's not into u"..
    ad gak pasal persoalkan marriage ni..
    nice writing~

    ReplyDelete
  7. kat uia sekarang ada pre-marriage course
    tanya kakak tu tadi dia cakap ramai je students yang sign up.
    heh.

    ReplyDelete
  8. blissful heart: yep yep. secara tak langsung cerita tu pun bertindak macam agen membasuh kepala otak remaja. sedar atau secara tak sedar.

    liz: that's a good initiative by UIA. should have more things like that among students in uni. ;)

    ReplyDelete
  9. membuat aku terfikir untuk kahwin atau tidak...
    ????

    ReplyDelete
  10. analogi raket badminton tu mmg spot on. nicely done.

    ReplyDelete
  11. wankrai: weh abe, jgn x kawen lak..haha



    reverie: nice one. marriage is a big thing, far too different with couple. so decide and pk lah sedalam2nya dlu bfore nak berumah tangga. biar fully prepared, financially terutamanya. jgn nanti mcm berumah tangga ditepi pantai, dtg ombak, debush runtuh ;p

    LIVE LIFE TO THE FULLEST. Pis! ^^

    ReplyDelete
  12. nak jwb tajuk entri saja :

    "sebab kawin itu best"


    haha~~

    ReplyDelete
  13. wankrai: minta hantaran murah2. kalau murah baru on. hehe.

    nako: yeah! ;)

    mamma: kenapa tu like? gatai nak kahwin naa. haha.

    Shemmi: orang best, kahwin pun best la. hehe.

    ReplyDelete
  14. masalahnnya sistem sekarang..mcm2 hal,mcm2 syarat buat leceh je org nk kawen pun susah..org tak brduit dilarang kawen

    ReplyDelete

Ideas in words by