Mainly aku buat linguistic kat sini. Walau kursus ini dipanggil tesl. dan bila cakap pasal tesl, belajar bahasa inggeris dan jadi cikgu. Tapi subjek2 dia pecah kepala juga. Cerita tak guna, kena hadap baru tahu. Linguistic, sociology, language acquisition. Tak ada aku belajar grammar2 lagi dah. Tapi aku belajar teori2 yang dibuat oleh orang2 lama yang mana pada akhir lesson jawapannya adalah 'We don't know whether it's true or not because it can't be proven empirically.' Menarik bukan? subjektif habis. Sekurangnya lebih best daripada bermain dengan nombor2 dan carta2 dan graf2 yang langsung tak artistik. ;p
Walaupun aku buat 'bahasa inggeris'. Bahasa orang lain. bahasa penjajah bak kata sesetengah nasionalis. Tapi semua lupa, bahasa tak tertakluk kepada mana2 kaum. Bahasa inggeris malah dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Kalau tak ada bahasa inggeris, mana mungkin kita dapat memahami ilmu2 dan tulisan2 pemikir2 antarabangsa. Tak habis zaman nak terjemah semuanya ke bahasa melayu.
Namun jangan salah sangka. Sayang aku lagi pada bahasa Melayu. Bahasa lidah aku sejak dari kecil lagi. Kau bagi aku seorang awek dengan sehelai kertas dan sebatang pen. Aku lebih yakin mengayat awek tu dalam bahasa Melayu aku sendiri. Aku lagi selesa berbicara menggunakan bm. Bahasa melayulah lebih puitis bagi aku. Biarpun aku dan kawan2 pernah dicop oleh seorang makhluk pensyarah yang kononnya berpendidikan tinggi di malaysia. dia cop aku dan kawan2 tak tahu cakap bahasa melayu sebab kami ambil bahasa selain bahasa melayu. Tak apalah, biasalah tu. Minda jumud melayu kolot memang macam tu. Agak2 kalau aku ajak dia lawan pantun, ayam2 je aku cicirkan.
Biarlah bahasa apa pun. asalkan dapat digunakan untuk menyampaikan mesej, sudah memadai. Memang tak dapat dinafikan lagi yang bahasa inggeris adalah antara bahasa terpenting, bahasa ilmu dunia, bahasa dengan batasan yang lebih meluas daripada bahasa melayu. Tapi nilai2 seni, artistik tetap dalam bahasa ibunda masing2. Jiwa aku lebih dekat bila berbicara dalam bahasa melayu. Tetap tak salah jika kita belajar bahasa2 lain, selagi boleh.
*Assignment due date lagi 2 hari. Dah boleh mula buat secara serius ni. Jumaat ni ada mau jumpa Mustafa Muhammad dengar talk dekat Birmingham. Bermacam2 soalan mau tanya, harap sempat je lah. Siap segerombolan aku bawa. Sorang dah siap2 nak tanya pasal royalti minyak pada ahli parlimen Jeli ni. hahaha. Pandai2 la.
Selamat.
hahaha.. menarik! aku suke.. mcm dekat d hati je entry ko kali ni =)
ReplyDeletemother tongue vs second language.... mother tongue tetap dekat di hati...=)
ReplyDeletesha: memang menulis terus dari hati pun. tak de fikir2. ;)
ReplyDeleteikabijou: ibunda kau chowo la, ye tak? haha. ;p
aku sekola cina dulu pon orang kata aku melayu murtad...
ReplyDeleteada aku kesah?? hahaha.. aku dapat ilmu, kao dapat dosa...
Dodu: ish kau, melayu murtad! hahahaha.
ReplyDeletebtol2.buat ape xtentu pasal nak speaking kat mane2.nak speaking pun biarla bertempat.bahasa melayu kena jaga barulah ade nilai sket dari bangsa kita ni.
ReplyDeletebetul..
ReplyDeleteI Love Malaysia!!!
sociology,linguistics,semiotics mmg menarik n syok..
ReplyDeleteselamat belajar..
pis: betul lah tu. lagi best cakap bahasa melayu. maki orang pun laju je. hahaha.
ReplyDeletezack: aik, baru kejap dah rindu? hahaha.
Johan: menarik-menarik. aku pun suka. pecah kepala yang best punya. haha.
nice blog ^_^
ReplyDeletekeep up the gud work.
Anak pak man: thanks. ;)
ReplyDelete