Monday, March 21, 2011

Forum Perdana Hal Ehwal Islam: Peranan Remaja oleh Dr. MAZA & Dr. UZAR

Salam.

Aku berkesempatan menyertai Forum Perdana Hal Ehwal Islam di UCL London. 2 topik disentuh oleh 4 orang speakers. Topik 1: Pemuda sebagai pemangkin kegemilangan ummah dari perspektif sejarah dan Topik 2: Islam and the global movement of the moderates.

Untuk kali ini biarlah aku berkongsi serba sedikit berkaitan topik pertama yang melibatkan Dr Zaharuddin (UZAR) dan Dr MAZA yang diterbangkan khas dari Malaysia. Moderator adalah ustaz kesayangan ramai siswa Malaysia di UK, iaitu Ustaz Erfino yang merupakan pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi sekarang kalau tak silap aku.

Antara isu yang disentuh yang menarik adalah kupasan mengenai kelebihan pemuda dalam Al-Quran. Kedua-dua speakers menyentuh tentang pemuda seperti disebut dalam Al-Quran dan sejarah Islam.

Menurut Al-Quran, keunikan pemuda terletak pada kemampuan mereka untuk menetapkan pendirian mereka dalam sesuatu perkara tanpa dipengaruhi faktor-faktor lain. Maksudnya, sekali dah tetap pendirian maka susah nak diubah pendirian mereka kerana mereka tetap pendirian. Namun ini boleh menjadi perkara positif atau negatif dimana pendirian yang tetap sekiranya benar maka tiada masalah cuma sekiranya pendirian tetap yang dibuat itu adalah berdasarkan perkara-perkara yang tidak benar, atau tidak tepat maklumatnya. Justeru, pemuda perlu lebih matang dalam menilai sesuatu maklumat dalam menetapkan pendirian mereka.

Aku tersentuh dengan komen ini kerana bagi aku, ini kali pertama aku melihat pengertian pemuda atau anak muda secara begini dimana anak muda adalah tetap pendiriannya. Sepanjang penglibatan dengan organisasi-organisasi disini, aku mula refleks balik pengalaman aku. Rata-rata antara ramai-ramai anak muda yang aku temui dan bekerja bersama mereka, aku lihat pendirian berubah-berubah. Ada yang malah bersifat talam dua muka, depan kata lain dan belakang kata lain. Ada yang bersikap membodek orang-orang besar. Ini semua membuat aku terfikir, nilai anak muda itu tidak tertakluk kepada umur, kemudaan paras rupa atau organisasi yang melelongkan nama pelajar atau pemuda tetapi pada pendirian yang dibuat.

UZAR dan MAZA juga menyentuh berkaitan tokoh-tokoh Islam yang muda-muda. Bagaimana Islam berkembang ditangan orang muda. Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota constantinople diusia yang muda. Bagaimana Ali bin Abi Talib membanggakan Islam disaat usia muda. Dan begitu juga tokoh-tokoh lain yang melakukan pelbagai perkara-perkara hebat disaat mereka muda. Kepentingan anak muda didalam Islam terlihat jelas daripada contoh-contoh yang diberikan. Dr MAZA turut menyentuh bagaimana sejarah berkaitan anak muda banyak yang dipadamkan dan betapa kita hidup didunia yang dikuasai oleh senioriti dan pengaruh golongan tua yang tidak melihat kepada meritokrasi. Justeru anak muda perlu sedar peranan mereka dan mengambil jalan dan peluang untuk menyampaikan pandangan dan pendapat mereka. Namun begitu, jelas seperti ditekankan oleh Rasulullah saw. Yang tua perlu dihormati dan yang muda pula dikasihi. Golongan tua yang berpengalaman perlu bersama dengan golongan muda dalam bermusyawarah dan membuat keputusan. Usah takabbur iaitu menolak yang hak dan menegakkan yang batil serta memperlekehkan orang lain. Ini adalah tanda-tanda takabbur. Maka begitu juga sekiranya orang tua memperlekehkan orang muda kerana usianya yang muda, maka itu adalah tanda-tanda takabbur.

Kedua-dua speakers merumuskan yang golongan tua dan muda sama pentingnya dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memang terdapat perbezaan dalam pemikiran orang tua dan orang muda. Maka, orang tua perlu memahami dan mengikut nilai orang muda kerana itulah nilai semasa. Apa yang orang muda mahukan akan menjadi 'trend' untuk masa itu dan bukannya apa yang orang tua mahukan sewaktu mereka muda-muda dahulu. Usah ketinggalan zaman!

Antara rumusan lain juga adalah, golongan muda perlu menjadikan diri sebagai ulul Albab iaitu golongan yang berpemikiran matang. Tidak hanya tertakluk kepada emosi. Membuat pertimbangan menyeluruh sebelum membuat keputusan. Jika ini dapat dicapai, nescaya masa depan sesuatu negara akan lebih cerah dan hebat. Namun, ini susah untuk dicapai tanpa bantuan dan galakan oleh orang tua. Maka, kerjasama antara kedua-dua golongan adalah amat penting dan diperlukan.

Itulah serba sedikit perkongsian berkaitan anak muda oleh Dr MAZA dan Dr UZAR. Harap bermanfaat.

Selamat.

Saturday, March 05, 2011

Interview with Khairy Jamaluddin

First of all I would like to praise the good work by UKEConnect to initiate the start of Connectwork team. Connectwork is a division aiming to interview professionals, academicians, politicians, young leaders and also get student opinion on issues that matters. It's a new way of approaching the students in public and get their voices heard.

As a start, we manage to interview YB Khairy Jamaluddin. The editorial team came up with questions ranging from brain-drain, student activism, AUKU until the personal question of is KJ leaving the arena of politics and why?

So here's the new v=interview video on youtube: ---> An Interview with Khairy Jamaluddin

Although KJ isn't favoured by many people including people in his own UMNO camp. We cannot deny the fact that his stance on the issues of meritocracy and justice is very important and true and we need to accept what he said about this matter.

*Congratulations to the Connectwork team especially the editorial team, excellent questions we came up with. ;)

Selamat.

Monday, February 28, 2011

Diskusi: Trends Ahead of the 13th General Elections with YB Khairy Jamaluddin

Salam sejahtera.

Sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu sesi diskusi bersama YB Khairy Jamaluddin di London. Topik yang diperbualkan adalah tentang perubahan landskap politik Malaysia selepas pilihanraya umum yang ke-13. Antara perkara yang kita sedia maklum, Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas telah menandakan 'kekalahan' untuk Barisan Nasional apabila kali pertama hilang majoriti 2/3 undi. Khairy menyentuh tentang isu berkaitan pilihanraya umum ke-12 dalam mengupas tentang landskap pengundi dan politik diMalaysia.

Antara perkara yang disentuh oleh Khairy adalah, BN perlu menerima keputusan p/raya umum ke-12 sebagai satu tanda kekalahan dan perlu bekerja lebih keras dalam memastikan mereka masih relevan untuk kekal berkuasa diMalaysia. Selepas ditanya soalan oleh seorang penonton, "Bukankah lebih baik sekiranya BN kalah dalam p/raya seterusnya untuk membolehkan BN membuat revolusi besar-besaran dalam parti komponen mereka?", KJ memberi respon bahawa BN tidak perlu kalah dan tidak mahu kalah. Kehilangan majoriti 2/3 undi sudah cukup menunjukkan kekalahan dipihak mereka. Dan BN terutamanya UMNO sudah mula berevolusi dan melakukan reformasi dalam parti mereka sendiri dimana suara-suara muda mula diketengahkan dan meritokrasi mula dihargai.

Berkaitan tentang pengaruh BN atau UMNO diMalaysia sekarang ini, KJ memberi contoh bahawa BN masih berpengaruh hasil daripada beberapa p/raya kecil yang berlaku sejak p/raya umum yang lalu dimana BN telah menang kerusi-kerusi yang ditandingi dan juga menunjukkan peningkatan undi dibeberapa kerusi hangat yang mana sebelumnya dipegang oleh parti lawan. Namun KJ sedar, kawasan2 yang berlaku p/raya kecil semuanya adalah kawasan semi-urban dan merupakan antara kawasan2 yang tidak maju atau moden. Maka, pengaruh BN dikawasan bandar dan urban terutamanya seperti diSelangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan kawasan Kinta City, Ipoh masih belum diuji sejak p/raya umum yang lalu. KJ menyatakan kefahaman dan berpendapat BN perlu bekerja lebih keras untuk p/raya umum ke-13 kerana p/raya-p/raya yang akan datang tidak lagi mudah untuk BN seperti keadaan yang lalu dimana rakyat Malaysia cenderung kepada sistem 1-parti.

Pengundi dan rakyat Malaysia sedang menuju kearah kematangan dalam sistem p/raya dan demokrasi dimana kewujudan parti lawan semakin diterima dan sistem 2-parti telah semakin diterima oleh kebanyakan rakyat terutamanya mereka dikawasan bandar. Dengan ini, BN juga perlu keluar daripada kepompong lama dan zon selesa mereka. KJ berpendapat pemimpin BN perlu berdiri dan mempertahankan kebenaran dan bukannya agenda berdasarkan fahaman parti mereka. Apa yang benar, perlu dipertahankan. Dia memberi contoh, apabila gereja dibakar dan KJ mahu turun melawat tempat kejadian, dia mendapat panggilan mengatakan tindakan dia itu tidak digalakkan kerana kurang relevan dengan perjuangan parti yang disertainya. Namun dia berkeras dan tetap turun kerana KJ berpendapat yang benar tetap benar dan yang salah walaupun daripada pihak yang sama dengan kita akan tetap dikatakan salah.

Seterusnya KJ menyentuh juga tentang revolusi UMNO yang rata-rata mengamalkan warlordism. Dimana ketua-ketua bahagian yang akan diangkat menjadi calon. Calon-calon yang dicalonkan dalam p/raya selalunya mempunyai hubungan baik dengan 'orang-orang atas'. Keadaan ini mewujudkan situasi dimana meritokrasi ditolak ketepi dan kronisme serta senioriti digunapakai dan KJ berpendapat yang warlordism ini perlu dikikis daripada BN untuk terus kekal relevan dalam pemerintahan Malaysia. Anak muda perlu mengambil inisiatif melibatkan diri dan bersama mengubah struktur yang sedia ada kearah yang lebih demokratik dan pro-meritokrasi.

Selain daripada itu, KJ berkata soal 'bila p/raya baru nak turun bagi sekolah, padang, rumah, sumbangan dan sebagainya'. Dengan nada sinis dia melabel perlakuan itu sebagai 'BN-style'. Namun dia turut menekankan yang pihak lawan juga melakukan perkara yang sama dan apabila mereka melakukan perkara itu, tak pula orang cakap rasuah.

Antara kenyataan lain yang menarik minat aku adalah "Personally I think AUKU should be diminished because it's unfair and it doesn't show that BN is a party of change." Ini menunjukkan kematangan dan prinsip keadilan yang dibawa olehnya. Sayangnya, pendapat ini adalah pendapat peribadi. Antara pendapat peribadi yang lain adalah sekiranya Kelab UMNO dibenarkan diUnited Kingdom maka kelab-kelab lain juga perlu diberi kebenaran dan tidak wajar dibataskan pergerakan mereka.

Pada pendapat aku, KJ adalah satu simbol suara baru, generasi muda dalam UMNO dan BN yang melambangkan kematangan fikiran dan prinsip keadilan yang sejak kebelakangan ini jarang-jarang kita dapat lihat dalam gerakan BN atau UMNO itu sendiri. It's good to have such leaders in the government camp in order to get the voices of justice and youths supaya didengari oleh 'orang-orang lama' atau 'old-timers' yang kadang-kadang tak tau bila entah mereka ni nak bersara contohnya seperti manusia di Sarawak tu. Adakah nak sampai orang keluar berdemonstrasi baru terfikir untuk turun dan beri laluan kepada orang yang lebih layak?

Berkaitan ura-ura yang dia akan bersara sebentar daripada politik, KJ berkata itu adalah keputusan peribadi kerana bagi dia, terlalu lama dalam politik boleh menjadikan seseorang itu bodoh kerana sistem politik itu akan mempergunakan dia sehingga dia tiada masa untuk diri sendiri, membaca dan sebagainya. Justeru, sekali-sekala politician perlu keluar daripada politik dan buat perkara yang mereka mahukan supaya apabila masuk semula, mereka dapat masuk dengan visi yang baru dan lebih bersemangat.

*Banyak lagi poin-poin yang dinyatakan tapi cukup lah setakat ni kerana ini antara yang menarik minat aku.

Salam semua.