Monday, February 28, 2011

Diskusi: Trends Ahead of the 13th General Elections with YB Khairy Jamaluddin

Salam sejahtera.

Sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu sesi diskusi bersama YB Khairy Jamaluddin di London. Topik yang diperbualkan adalah tentang perubahan landskap politik Malaysia selepas pilihanraya umum yang ke-13. Antara perkara yang kita sedia maklum, Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas telah menandakan 'kekalahan' untuk Barisan Nasional apabila kali pertama hilang majoriti 2/3 undi. Khairy menyentuh tentang isu berkaitan pilihanraya umum ke-12 dalam mengupas tentang landskap pengundi dan politik diMalaysia.

Antara perkara yang disentuh oleh Khairy adalah, BN perlu menerima keputusan p/raya umum ke-12 sebagai satu tanda kekalahan dan perlu bekerja lebih keras dalam memastikan mereka masih relevan untuk kekal berkuasa diMalaysia. Selepas ditanya soalan oleh seorang penonton, "Bukankah lebih baik sekiranya BN kalah dalam p/raya seterusnya untuk membolehkan BN membuat revolusi besar-besaran dalam parti komponen mereka?", KJ memberi respon bahawa BN tidak perlu kalah dan tidak mahu kalah. Kehilangan majoriti 2/3 undi sudah cukup menunjukkan kekalahan dipihak mereka. Dan BN terutamanya UMNO sudah mula berevolusi dan melakukan reformasi dalam parti mereka sendiri dimana suara-suara muda mula diketengahkan dan meritokrasi mula dihargai.

Berkaitan tentang pengaruh BN atau UMNO diMalaysia sekarang ini, KJ memberi contoh bahawa BN masih berpengaruh hasil daripada beberapa p/raya kecil yang berlaku sejak p/raya umum yang lalu dimana BN telah menang kerusi-kerusi yang ditandingi dan juga menunjukkan peningkatan undi dibeberapa kerusi hangat yang mana sebelumnya dipegang oleh parti lawan. Namun KJ sedar, kawasan2 yang berlaku p/raya kecil semuanya adalah kawasan semi-urban dan merupakan antara kawasan2 yang tidak maju atau moden. Maka, pengaruh BN dikawasan bandar dan urban terutamanya seperti diSelangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan kawasan Kinta City, Ipoh masih belum diuji sejak p/raya umum yang lalu. KJ menyatakan kefahaman dan berpendapat BN perlu bekerja lebih keras untuk p/raya umum ke-13 kerana p/raya-p/raya yang akan datang tidak lagi mudah untuk BN seperti keadaan yang lalu dimana rakyat Malaysia cenderung kepada sistem 1-parti.

Pengundi dan rakyat Malaysia sedang menuju kearah kematangan dalam sistem p/raya dan demokrasi dimana kewujudan parti lawan semakin diterima dan sistem 2-parti telah semakin diterima oleh kebanyakan rakyat terutamanya mereka dikawasan bandar. Dengan ini, BN juga perlu keluar daripada kepompong lama dan zon selesa mereka. KJ berpendapat pemimpin BN perlu berdiri dan mempertahankan kebenaran dan bukannya agenda berdasarkan fahaman parti mereka. Apa yang benar, perlu dipertahankan. Dia memberi contoh, apabila gereja dibakar dan KJ mahu turun melawat tempat kejadian, dia mendapat panggilan mengatakan tindakan dia itu tidak digalakkan kerana kurang relevan dengan perjuangan parti yang disertainya. Namun dia berkeras dan tetap turun kerana KJ berpendapat yang benar tetap benar dan yang salah walaupun daripada pihak yang sama dengan kita akan tetap dikatakan salah.

Seterusnya KJ menyentuh juga tentang revolusi UMNO yang rata-rata mengamalkan warlordism. Dimana ketua-ketua bahagian yang akan diangkat menjadi calon. Calon-calon yang dicalonkan dalam p/raya selalunya mempunyai hubungan baik dengan 'orang-orang atas'. Keadaan ini mewujudkan situasi dimana meritokrasi ditolak ketepi dan kronisme serta senioriti digunapakai dan KJ berpendapat yang warlordism ini perlu dikikis daripada BN untuk terus kekal relevan dalam pemerintahan Malaysia. Anak muda perlu mengambil inisiatif melibatkan diri dan bersama mengubah struktur yang sedia ada kearah yang lebih demokratik dan pro-meritokrasi.

Selain daripada itu, KJ berkata soal 'bila p/raya baru nak turun bagi sekolah, padang, rumah, sumbangan dan sebagainya'. Dengan nada sinis dia melabel perlakuan itu sebagai 'BN-style'. Namun dia turut menekankan yang pihak lawan juga melakukan perkara yang sama dan apabila mereka melakukan perkara itu, tak pula orang cakap rasuah.

Antara kenyataan lain yang menarik minat aku adalah "Personally I think AUKU should be diminished because it's unfair and it doesn't show that BN is a party of change." Ini menunjukkan kematangan dan prinsip keadilan yang dibawa olehnya. Sayangnya, pendapat ini adalah pendapat peribadi. Antara pendapat peribadi yang lain adalah sekiranya Kelab UMNO dibenarkan diUnited Kingdom maka kelab-kelab lain juga perlu diberi kebenaran dan tidak wajar dibataskan pergerakan mereka.

Pada pendapat aku, KJ adalah satu simbol suara baru, generasi muda dalam UMNO dan BN yang melambangkan kematangan fikiran dan prinsip keadilan yang sejak kebelakangan ini jarang-jarang kita dapat lihat dalam gerakan BN atau UMNO itu sendiri. It's good to have such leaders in the government camp in order to get the voices of justice and youths supaya didengari oleh 'orang-orang lama' atau 'old-timers' yang kadang-kadang tak tau bila entah mereka ni nak bersara contohnya seperti manusia di Sarawak tu. Adakah nak sampai orang keluar berdemonstrasi baru terfikir untuk turun dan beri laluan kepada orang yang lebih layak?

Berkaitan ura-ura yang dia akan bersara sebentar daripada politik, KJ berkata itu adalah keputusan peribadi kerana bagi dia, terlalu lama dalam politik boleh menjadikan seseorang itu bodoh kerana sistem politik itu akan mempergunakan dia sehingga dia tiada masa untuk diri sendiri, membaca dan sebagainya. Justeru, sekali-sekala politician perlu keluar daripada politik dan buat perkara yang mereka mahukan supaya apabila masuk semula, mereka dapat masuk dengan visi yang baru dan lebih bersemangat.

*Banyak lagi poin-poin yang dinyatakan tapi cukup lah setakat ni kerana ini antara yang menarik minat aku.

Salam semua.

2 comments:

  1. interesting points you brought up here, bro. All this while aku tak suka politics, tak minat sebab all of those rubbish stuffs( if you get what i mean). But then, if what KJ had mentioned could someday be the new revolution of the politics era in Msia, then I'd be glad. 'Kematangan sistem politik Malaysia'.Hmm.

    So lucky for you to meet him in person, at least better than kami2 yang duk dengar cakap2 rambang pasal dia all this while.Heh.

    Selamaaat~ (curi tagline kau)

    ReplyDelete
  2. dell: Yang aku faham, it's a turning point in Malaysia. The rising of new generation of politicians to replace the old generation and this is happening in almost all parties. Sebab tu we can see different approaches by them. And KJ is the voice of new generation in UMNO.

    ;)

    ReplyDelete

Ideas in words by