Tahun lepas aku berkesempatan untuk menyertai rombongan (Datuk Mustapa Mohamed)Tok Pa di Birmingham yang mana seramai lebih kurang 30 pelajar Malaysia turut serta. Waktu itu rombongan Tok Pa bertemu dengan pelajar dibilik mesyuarat dimana Tok Pa memberikan ucapan dan kemudian diikuti dengan sesi soal jawab.
Baru sebentar tadi aku bersama seorang lagi rakan berkesempatan untuk hadir ke Luncheon bersama dengan Tok Pa yang sedang dalam perjalanan ke World Economic Forum di Davos. Beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan golongan pelajar, professional Malaysians yang bekerja diUK dan kesatuan pemilik restoran Malaysia diUK.
Pertemuan ini berkonsep 'sambil makan sambil borak'. Pertamanya Tok Pa telah datang duduk dimeja aku dan berborak secara kasual. Sembang tentang scholar mana, tentang siapa sponsor dan sebagainya. Dari satu meja pelajar ke meja yang lain.
Kemudian Tok Pa memberi sedikit ucapan berkaitan tujuan beliau datang, progress ekonomi Malaysia dan isu-isu lain. Ucapan yang agak general dan tidak spesifik, mungkin kerana tidak cukup masa. Setelah itu sesi soal jawab, beberapa orang bertanyakan soalan seperti bagaimana pelajar Malaysia boleh membantu mempromosi Malaysia dimata dunia? Apakah langkah utama kerajaan dalam menangani masalah brain drain golongan professionals Malaysians yang selepas habis belajar terus bekerja dinegara lain? Dan juga permintaan daripada golongan pemilik restoran Malaysia yang meminta bantuan kewangan daripada kerajaan dalam usaha mereka mempromosi Malaysia. Jawapan yang diberikan adalah agak general tetapi beberapa perkara seperti Pemandu dan TalentCorps dapat disentuh oleh Tok Pa.
Setelah itu Tok Pa berangkat untuk mengejar flight ke Davos dalam masa setengah jam lagi. Para pelajar semuanya keluar ke lobi dewan dan menunggu untuk bergambar beramai-ramai bersama Tok Pa. Setelah bergambar Tok Pa bersalaman dengan semua yang ada disitu. Aku ingat lagi bila ada pelajar perempuan nak salam dengan beliau, Tok Pa berkata,"Saya ada air sembahyang." sambil mengangguk tanda hormat kepada pelajar itu.
Lalu majlis tamat dan kami lepak kejap minum teh dan kopi sambil berborak dengan kawan-kawan daripada universiti lain. Dan pulang ke Warwick University.
*Tak ada masalah pun jika tak mahu bersalaman dengan bukan Islam berlainan jantina. Beri sebab(educate) dan tunjuk rasa hormat kepada mereka. Pasti mereka faham. Itulah fungsi saudara-saudara Islam yang lain supaya mereka faham kenapa Muslim ada restrictions.