Wednesday, January 19, 2011

Dakwah Iman dan Dakwah Islam

For the sake of Allah.

Assalamualaikum.

Bila bercakap soal dakwah, selalunya yang hadir dalam pengertian dan kefahaman kita adalah dakwah untuk rakan bukan-Islam untuk mengajak mereka memahami Islam. Ini boleh dikategorikan sebagai dakwah Islam.

Namun kita selalunya lupa bahawa dakwah terhadap sesama saudara Islam juga adalah penting. Apa yang menyebabkan kita Islam? Kerana keimanan kita terhadap mengakui Allah sebagai satu-satu tuhan untuk disembah dan Muhammad saw sebagai rasul terakhir. Justeru, keimanan ini perlu kerap direfresh untuk sentiasa ingat dan yakin akan keimanan kita ini. Maka, ini boleh dipanggil sebagai dakwah iman.

Pabila kita berkumpul antara rakan-rakan, apa yang selalu kita tanyakan? borakkan bersama mereka? Selalunya persoalan-persoalan seperti "Dah makan ke belum?" "Sihat?" "Macam mana dengan assignment?" "Cuti hari tu pergi mana?" dan sebagainya. Jarang-jarang kita nak tanya "Apa khabar iman kamu hari ni?"

Begitu juga pabila kita bertemu dengan saudara Islam yang lain dan saudara itu mula berkata tentang keimanan Islam, kebesaran Allah, banyak daripada kita akan merasakan, Kenapa la dia ni nak cakap dengan aku benda ni semua. Aku kan Islam dah, cakap lah pada orang bukan Islam. Sedangkan ternyata apabila kita selalu memperkatakan kebesaran Allah dan membicarakan keimanan sesama kita, maka kata-kata yang kita ucap akan lebih mudah bersemadi dalam diri kita.

Ambil contoh, kalau politik yang selalu disebut, maka politiklah yang akan lebih berada dalam minat dan hati kita. Kalau bola, atau fesyen yang selalu disebut, maka bola atau fesyen lah yang akan lebih kita minati. Begitu juga sekiranya kebesaran Allah itu selalu dibicarakan, keimanan sentiasa menjadi buahan mulut, insyaAllah Allah akan penuhi hati-hati kita dengan perbicaraan dan peringatan keimanan Allah dan Muhammad saw.


Pentingnya iman

Telah disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa akan datang daripada umatku 73 golongan. 72 akan masuk neraka dan hanya 1 yang memasuki syurga. Ini melihatkan betapa pentingnya keimanan yang kukuh terhadap penyaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad saw adalah rasul yang terakhir. Kerana dengan berpegang kepada kalimah ini, insyaAllah kita akan ditunjuki jalan yang benar dan dipandu oleh Allah kejalan itu.

Betapa banyak organisasi perjuangan Islam pada masa ini yang mempunyai matlamat yang sama pada dasarnya iaitu menegakkan Islam dimuka bumi. Cuma pelaksanaan berbeza-beza sehingga kadang-kadang menyebabkan perselisihan faham dan menidakkan usaha organisasi lain. Ini juga perlu diatasi dengan meningatkan diri masing-masing yang matlamat kita adalah sama iaitu untuk menegakkan penyaksian Allah sebagai satu-satunya tuhan dan Muhammad saw merupakan rasul terakhir. Sekiranya niat ini dapat diteguhkan dari masa ke semasa maka insyaAllah kita akan menyedari yang kita semua mempunyai risiko untuk digolongkan dalam 72 golongan neraka seperti yang disebut rasulullah saw. Maka belum tentu kita betul, jadi perlu selalu membetulkan niat dan meningkatkan keimanan kepada Allah dan Muhammad saw serta seterusnya memohon selalu supaya ditunjuk dan dipandukan ke jalan yang benar. InsyaAllah.

Kesimpulan

Maka, mari bersama-sama mengambil iktibar semoga mulai saat ini pabila berborak bersama teman, kita akan menyelitkan kata-kata kebesaran Allah supaya masing-masing dapat renew dan refresh iman masing-masing. Saat kita berorganisasi, selalu balik kepada penyaksian keimanan Islam akan keesaan Allah dan kebenaran Rasulullah saw selaku rasul terakhir dan minta agar dipandukan jalan yang benar setiap kalinya. Sememangnya kita amat lemah terhadap fitnah Dajjal, hasutan syaitan dan bisikan nafsu jika tanpa Allah yang memberikan kita kekuatan.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Ideas in words by