Friday, July 15, 2011

Peranan Belia dan NGO dalam sistem pendidikan Malaysia

1. Sistem akademik di Malaysia berpandu kepada peperiksaan ataupun 'exam-oriented'

2. Rata-rata kita terutamanya remaja dan anak muda tidak bersetuju dengan sistem yang sedia ada.

3. Mereka memberikan alasan pelajar ditekan untuk belajar dan hasilnya adalah pelajar umpama 'robot' yang hanya cemerlang dibidang akademik tetapi lemah dari segi lain.

4. Ada juga yang mengatakan bahawa sistem yang ada tidak menguntungkan para pelajar yang lemah dari segi akademik lalu mereka terus tersisih.

5. Saya setuju dengan kesemua kenyataan diatas tetapi bagi saya buat masa ini sistem yang sedia ada sudah cukup memadai untuk pendidikan dinegara kita.

6. Tetapi peranan guru dan NGO perlu dipertingkat dan diperluaskan lagi.

7. Selain daripada mengajar ilmu dikelas, para guru juga perlu memerhati, menilai dan cuba mencungkil bakat para pelajar serta mengarahkan perjalanan mereka kearah yang mereka mahir.

8. Saya ambil contoh seorang rakan yang merupakan guru berpengalaman bercerita kisah pelajarnya yang pemalu didalam kelas tetapi setelah dinilai dan diperhati sebenarnya dia mempunyai bakat tersendiri dari segi penghasilan video, montaj dan media artwork. Lalu bakat pelajar tersebut dicungkil apabila dia diarah membantu produksi teater dari segi media, video dan montaj. Ternyata bakatnya hebat sehinggakan video montaj yang dihasilkannya masih digunakan di SMK Munshi Abdullah sehingga masa kini. Dia sekarang menuntut di universiti di bidang yang diminati dan dia mahir.

9. Seterusnya peranan NGO terutamanya belia patut diperluaskan. Ambil contoh Projek Kalsom dan Teach for Malaysia.

10. Projek Kalsom ataupun kem motivasi pelajar yang disertakan dengan bengkel kerjaya, maklumat bidang-bidang ijazah dan pemantapan bahasa inggeris diterapkan dikalangan pelajar-pelajar susah. Projek ini merupakan gerakan dan inisiatif daripada pelajar universiti sendiri.

11. Begitu juga Teach for Malaysia dimana mahasiswa-mahasiswa dari luar negara pelbagai bidang boleh diserap masuk untuk program mengajar disekolah-sekolah kerajaan selama dua tahun.

12. Selain itu, pemantapan dan bengkel kemahiran seperti silap mata, teater, seni lukis serta musik boleh dijalankan dan dibantu oleh mereka-mereka yang berkemahiran dan diberikan secara percuma buat adik-adik dari keluarga susah.

13. Sekiranya NGO, belia dan guru-guru dapat memainkan peranan ini nescaya lompong-lompong didalam sistem pendidikan kita dapat diisi.

14. Lalu anda bagaimana? Apakah yang telah anda lakukan untuk menyumbang kepada sistem pendidikan dan anak bangsa kita?

15. Atau anda sekadar bercakap dan menuding jari tanpa melakukan apa-apa inisiatif secara sendiri?

16. "Some people want it to happen, some people wish it would happen, others make it happen" (Michael Jordan)

Salam dan selamat,
Reverie Malaya ;)

(Tak salah kalau bermimpi)

Thursday, June 30, 2011

Konsep politik di Malaysia

Salam.

Daripada apa yang aku amati, politik di Malaysia kadang-kadangnya terlalu kearah kepartian. Yang mana terdapat golongan-golongan yang terlalu taksub terhadap parti masing-masing. Kalau tak, takkan lah sampai keluar isu masjid hijau dan masjid merah. Bagi yang hijau, ada yang mengatakan merah kafir. Bagi yang merah, ada yang mengatakan hijau sesat.

Daripada yang aku fahami, perselisihan pendapat dan salah faham adalah lumrah manusia. Boleh baca entri ini. Walaupun ada antara perkara lalu yang pernah disebutkan penulis yang mana aku tak setujui. Tetapi bagi aku entri yang ditulis ini amat bermakna dan berkesan.

Manusia tak boleh lari dari berselisih pendapat. Sedangkan antara sahabar besar Rasulullah saw, Ali as dan Muawiyah as juga pernah berselisih faham sehingga terjadinya episod peperangan yang diratapi oleh semua Muslim. Tetapi tetap tidak hilang hormat antara kedua sahabat besar Rasulullah itu.

Lalu apa yang boleh kita pelajari daripada peperangan antara Ali as dan Muawiyah as itu? Iaitu perbezaan pendapat adalah perkara lumrah tetapi ia juga merupakan ujian bagi kita. Sama ada kita mahu mengambil kebaikan ataupun keburukan daripada perselisihan pendapat itu.

Konflik dan berlainan pendapat merupakan satu petanda yang baik dimana idea yang ada mungkin dapat diperbaiki akibat daripada teguran orang lain. Hari ini, kita kena faham negara ditadbir oleh manusia dan manusia takkan lari daripada kesilapan. Justeru, memang terdapat kepincangan dalam pentadbiran negara. Dan disinilah terletaknya peranan parti-parti lain tak kiralah sama ada parti komponen atau perti pembangkang, untuk menasihati dan menunjukkan salah dan silap itu.

Tapi yang aku tengok lain, jika dia berbaju merah, cerita-cerita yang keluar pasti berkaitan keburukan hijau. Malah ada yang sampai keji mengkeji dan menghina ulama. Tak kurang juga yang berbaju hijau. Bila tengok ulama bercakap dipihak kerajaan terus dilabel ulama merah. Begitu juga ulama dan golongan professional. Kadang-kadang aku naik pening bila keluar statement-statement yang bercanggah antara satu sama lain daripada dua golongan yang tak kurang hebat ilmu agama masing-masing.

Bagi aku bila berpolitik biarlah berpaksi kepada keadilan dan perkara yang benar. Yang merah pasti ada kekurangan, tak kurang juga yang hijau. Maka baiki-memperbaiki antara satu sama lain.

Mungkin aku delusional, tetapi aku impikan satu keadaan dimana hijau dan merah boleh bekerjasama demi memartabatkan pelaksanaan Islam dan menaikkan reputasi Malaysia di peringkat dunia.

Dan janganlah kita lupa, syaitan selalu bersedia untuk mencari peluang membangkitkan permusuhan daripada salah faham sesama Muslim. Maka yang terbaik bagi aku ialah apabila kita dapat duduk sama berdebat berkenaan masalah dan sama-sama mencari penyelesaian.

Begitu juga dalam soal melabel puak masing-masing. Hari ini, janganlah kerana satu kelemahan, ditutup semua kebaikan yang dilaksanakan oleh sesuatu individu atau puak itu. Dan janganlah sentiasa beranggapan yang satu puak ni selalu betul saja.

Utamakan perpaduan, tolak ketaksuban politik kepartian. (Boleh jadi tagline political speech tak? ;p)

Selamat.

*Nak promote dua bacaan ni yang mana aku rasa bermesej dan berkesan juga: Blog A dan Blog B

Monday, June 06, 2011

Bringing Spanish Culture out of Spain!

Spanish band performance
Ibiza beaches style Lepak!
F1 Store
Sepak-sepak, dapat masuk nama dalam Top Scorer! haha
Paella. Nasi goreng ala Spanish
Orchestra main lagu Spanish
En. Amar Najib try score goal
Cups: Spanish La Liga & European Champions League
Cups: World Cup and Euro Cup 2008



I managed to attend the Spanish fiesta just now at Regent Street, London. It's quite a famous street for shopping with many designer boutiques alongside the road, and they close the road for Spanish Fiesta. It's super awesome! ;)

The World Cup's Cup is there because Spain won the last World Cup. Dapat tengok World Cup, Champions League Cup, Euro Cup. Dapat try Spanish food, taster. Entah apa nama, aku tak tahu. Aku rembat je, asal halal, jeruk Jalapeno pun ada. Boleh ambil gambar with the World Cup sebenarnya, tapi nak beratur punya panjang. Aku pass je la. Ambil gambar dari jauh saja.

Style karnival ini adalah street carnival. Sepanjang jalan, dia buka booth melambangkan tempat-tempat di Spain. Contoh tempat Real madrid they put Football Cups, Champions League and buat aktiviti shooting bola. Those yang dapat score more than 200 points dapat masuk top scorer. Nak score point byk, kena sepak bola kat penjuru gol. It's more or less like dart board game, dapat shoot tempat yang susah, dapat extra point. We tried twice and I managed to get into the scoreboard. Bangga, satu-satunya nama Melayu kat scoreboard. haha. ;p

Ada tempat dia buat macam beach style, to symbolise Ibiza. Other activities like basketball shooting, persembahan kuda, orchestra and band performance pun ada. It was fun and a very new and refreshing idea for me. Biasanya orang buat karnival dekat tempat dia and ajak orang datang to their country. But for Spain, they brought out their interesting places out of Spain to Regent Street, London which is a very cool tourism promotion thing for me. And they give out free stuffs too, termasuk free food, drinks, Spanish beer and others. Berbaloi juga jalan hujan-hujan, dapat baju Spanish selai.

Apa rasanya if Malaysia buat benda yang sama. If tak dapat London, kat Indonesia dahulu pun boleh. ;)