Saturday, January 01, 2011

Is Islam proud of us?

This entry is based on understanding of today's jumaat khutba at Coventry University Prayer Hall.

We can say, all of us Muslimin and Muslimat that we are proud of Islam. We can claim today we are Muslims, the ummah of Muhammad saw. Yet the real question is are Islam proud of us?

Many of us have lots of theoritical knowledge about Islam. We know many things because we read and attend lectures. Yet most of us fail to realize that practicality is better than any theory. What good is an engineer who memorise all engineering books but have never operate any engine before? The same applies to Muslims. What good are we if we can memorise lots of Surah and Hadith yet fail to realize and perform what were said in the Surah and Hadith.

All Muslims, we should have 3 things. First is belief. Believe in Islam. In the words of Allah and his messengers. After belief, comes the importance of actions. Take actions based on what we were told. However all actions will only be counted if we can have the third element in them which is sincerity. Have these 3 elements, belief, action and sincerity, insyaAllah we will become good Muslims.

And don't we expect to pass this life test easily. All Muslims who said 'We believe.', your belief shall be tested and assessed with test and trials by Allah. "And those who turned to my sunnah at times where his imaan is at the lowest, are the guided ones." Said Rasulullah saw.

We muslims should be proud of our teachings. We should be dogmatic. Say what is right and prohibit what is wrong. Stand up for who you are or you'll stand up for anything and everything else.

*A remembrance to oneself and to others.

Selamat.

Friday, December 31, 2010

Mudahnya menjemput seorang pemimpin Ulama'

Sebelum ini, aku sebenarnya tidak pernah bertemu dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Tidak juga pernah berimpian untuk bertemu dengan beliau. Dan tidak juga selalu mengikuti perkembangan tentang beliau dan PAS secara direct. Yang aku tahu, terdapat juga mereka-mereka yang mencemuh Tuan Guru Haji Hadi dalam pelbagai cara dan tentang pelbagai isu. Dalam entri ni aku nak berkongsi tentang bagaimana Diskusi: Politik.Islam & PAS dapat diadakan diWarwick semalam.

Aku balik daripada FuIYO 2010, di Waddow Hall, Clithroe dan singgah diManchester beberapa hari yang lepas pada 26th December. Dan berkesempatan untuk menyertai ucapan perasmian PRC oleh Tuan Guru Haji Hadi di Manchester Conference Centre. Selesai ucapan itu, aku terfikir, bagus juga kalau dapat bawa Tuan Guru ke Warwick kerana daripada talknya di Manchester itu, aku rasa banyak ilmu yang beliau sampaikan. Lalu aku bertanyakan wakil beliau untuk menjemput Tuan Guru ke Warwick. Malam tu aku terima satu mesej, dikatakan Tuan Guru sudi untuk ke Warwick. Tapi boleh antara Selasa dan Rabu saja kerana Khamis(hari ni) sudah mau balik ke Malaysia untuk membantu kempen PAS di Tenang.

Jadi pendek kata aku setuju untuk buat talk hari Rabu, 29 Disember. Disebabkan masa yang singkat dan jemputan yang ad-hoc aku gagal untuk dapatkan bilik kuliah yang proper untuk talk. Kawan aku pesan, nak buat event untuk Tuan Guru biarlah proper sikit. Beliaukan Presiden PAS, antara calon Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU akan datang. Aku usaha nak dapatkan bilik, tapi tak boleh booking sebab office university tutup kerana cuti New Year. Bilik2 pun penuh kerana ada Jew Conference di sekitar Warwick University. Maka hanya dapat buat diPrayer Hall.

Berkaitan dengan promosi, sekadar promosi menggunakan FB saja. Buat flyers dan tag beramai-ramai. Seterusnya bergantung kepada buah mulut rakan-rakan. Aku jangkakan dalam 30 orang yang akan hadir untuk talk ini. Lalu satu kali tu aku telefon wakil Tuan Guru dan berterus-terang, "Oleh kerana agak ad-hoc, saya hanya dapat Prayer Hall sebagai tempat. Tak ada mic, lcd projektor dsbnya. Jemputan pula saya anggarkan dalam 30 orang." Lalu aku diberitahu, tak mengapa. Tuan Guru tak kisah. Kalau beberapa orang pun beliau tak kisah. Lalu aku terfikir, betapa mudahnya nak jemput seorang ulama untuk diskusi bersama pelajar. Bukan calang-calang orang pula tu, antara ulama besar dunia.

Seterusnya aku bayangkan, kalaulah yang nak datang ni Menteri di kabinet Malaysia dan aku hanya dapat buat event di Prayer Hall. Anggaran dalam 30 orang. Tak boleh aku bayang apa kata menteri tu nanti. Sebab selalunya kalau event untuk menteri, mestilah 'grand', mesti ramai. Jika tak ramai pun, buat di hotel atau bilik kuliah yang proper dan sebagainya.

Kami di warwick pun pernah diberitahu oleh seorang pemimpin organisasi Malaysia di UK yang beliau nak buat event diwarwick. Lalu kami buatkan proposal, siapkan aturan event segalanya. Tinggal nak dapatkan 'yes' daripada pemimpin tu. Selepas hantar proposal tu kepada beliau, beliau kata "I'll contact you guys later about this." Lalu tunggu punya tunggu, sampai 10 minggu tak ada berita langsung. Pelik. Yang nak buat event, beliau sendiri. Siap proposal semuanya, hilang tanpa berita. Jadi disini aku boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri, betapa berbezanya individu-individu berdasarkan dengan pegangan mereka. Ramai antara pemimpin yang apabila jadi pemimpin mereka merasakan mereka besar dan hebat walhal jika menurut Islam, memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan bukannya kemegahan.

Aku cuma nak berkongsi pengalaman buat event untuk Presiden PAS yang sangat merendah diri dan bersifat redha. Sebenarnya aku amat risau tentang diskusi yang baru lepas ni. Aku risau takut ada yang tak bersetuju dengan venue di Prayer Hall. Aku risau takut tak ramai yang datang. Aku risau takut tak habis on time. Tapi Alhamdulillah, hampir 60 orang hadir, dan 40 orang tonton secara live diUstream. Event habis tepat-tepat jam 9.30pm dan tiada masalah dengan venue. Alhamdulillah kerana semuanya mendapat kemudahan daripada Allah S.W.T.

InsyaAllah masa akan datang, lebih banyak event akan dibuat di Warwick. Dah ada yang kami bincangkan nak buat, mudah-mudahan mendapat kemudahan dan dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.

Selamat.

Thursday, December 30, 2010

Islam,Politik&PAS by Tuan Guru Haji Hadi Awang

Baru selesai sesi diskusi bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang, selaku ulama dan Presiden PAS di Prayer Hall, Warwick Uni. Ucapan terima kasih untuk semua yang membantu documentation of event, organisation of event dan bantu hidang dan kemaskan jamuan. Begitu juga kepada semua yang berjaya menghadirkan diri dan yang mendengar dirumah atau bilik masing-masing melalui UStream. Dianggar seramai hampir 100 orang telah turut serta dengan 60 orang hadir dan 40 melalui Ustream. Alhamdulillah.

Antara perkara yang dikongsi oleh Tuan Guru adalah, bagaimana ideologi2 dan sistem pemerintahan sekular sekarang yang semakin runtuh dan jatuh. Bagaimana jatuhnya komunisme bawaan Karl Marx, Engel, dan tokoh2 sosialis lain. Bagaimana kita lihat sistem ekonomi dunia yang berlandaskan kapitalisme semakin punah dan meleset. Tuan guru juga mengambil contoh masalah2 sosial yang berlaku didalam masyarakat sekarang. Menceritakan tentang keruntuhan akhlak masyarakat, terutamanya diMalaysia. Dan apakah penyelesaian untuk masalah dunia? Islam.

Tuan Guru menerangkan bagaimana Islam dapat membantu mengatasi masalah ekonomi, iaitu melalui penghapusan riba' dan pelaksanaan ekonomi Islam. Seterusnya penerangan tentang sistem hukum hudud dalam Islam, bagaimana salah tanggapan orang awam berkaitan hukum hudud kerana tiada ilmu dan pendedahan. Bahawa hukum hudud contoh potong tangan bukan sekadar memotong tangan, tetapi perlu ambil kira birokrasi atau syarat sebelum terjatuhnya hukum hudud itu sendiri. Proses ini tidak diterangkan. Lalu rata-rata masyarakat meng'cop' hukum hudud sebagai barbaric kerana kekurangan ilmu mengenai hukum hudud itu sendiri.

Seterusnya Tuan Guru berkongsi bahawa dalam sistem demokrasi, media adalah saksi dan rakyat adalah hakim. Tetapi akibat daripada berat sebelah dan laporan media yang tidak adil, maka rakyat gagal untuk menghakimi dengan adil. Jika kita lihat diMalaysia, laporan media utama Malaysia yang berat sebelah menyebabkan kecelaruan dalam pemahaman masyarakat. Isu2 dimainkan, dan menyebabkan salah faham.

Seterusnya Tuan Guru turut menerangkan serba sedikit hubungan dengan DAP dan PKR. dimana kollaborasi adalah bersifat longgar. PAS bekerjasama setakat mana yang mereka bersetuju. Isu-isu yang tidak mendapat persetujuan ramai, tidak dibangkitkan. Tetapi PAS tetap berpegang teguh kepada perjuangan Islam. Isu negara Islam, jika dulu Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dulu sebelum mau laksanakan negara Islam', sekarang Karpal Singh berkata pula "Isu negara Islam boleh dibincangkan lagi.

Antara persoalan yang ditimbulkan:
1) Bagaimana jika didalam PAS sendiri ada korupsi?
Jawapan: PAS terbuka. Suruhanjaya Pencegah Rasuah bebas menyiasat kerana PAS sendiri tidak mau jika ada orang2 rasuah didalam PAS. Jika ada, biarlah ditangkap dan dibuang daripada parti.

2) Bagaimana peranan NGO2 Islam yang lain seperti ABIM dll diMalaysia pada pandangan PAS?
Jawapan: Untuk mentadbir, tidak boleh melalui satu pihak saja. PAS faham dan sedar, untuk mentadbir dengan berjaya, kita perlukan teknokrat2 dan golongan2 professional lain. Jadi PAS mau semua bersama-sama menggunakan kepakaran yang ada untuk menjayakan pentadbiran selagi tidak bertentangan dengan perjuangan Islam.

3) IR Nizar pernah berkata, dalam perlembagaan PAS tidak dinyatakan keinginan untuk melaksanakan negara Islam. Sila ulas.
Jawapan: Memang dalam perlembagaan PAS tidak disebut negara Islam. Istilah tidak penting. Kerana perjuangan PAS berdasarkan perlembagaan adalah untuk perjuangan yang bertepatan dengan Al-Quran, Sunnah, Khilaf Ulama. Bermakna selagi tidak lari daripada asas perjuangan ini, PAS akan menyokong dan terus berjuang.

4) Bagaimana peranan kami sebagai pelajar untuk turut membantu perjuangan PAS dalam menegakkan syariah Islam dalam pada masa yang sama mahu akur dengan kehendak kerajaan dan tanggungjawab sebagai pelajar?
Jawapan: Sebagai pelajar, jadilah yang paling cemerlang dalam bidang masing-masing. Untuk memperjuangkan Islam bukan sebagai ahli politik sahaja. Tetapi boleh juga sebagai teknokrat, atau professional. Jadi yang cemerlang dalam bidang masing2 dan balik nanti berbaktilah dalam kemampuan anda untuk Islam.

Ada banyak lagi percakapan, isi-isi dan persoalan yang dihujahkan, ditanya dan dijawab, tapi berdasarkan catatan dan ingatan, yang ditulis ini antara yang penting. Tuan Guru juga ada bercerita tentang sejarah perjuangan PAS, ketika bersatu dengan UMNO. Apa yang PAS lakukan sewaktu bersatu. Tuan Guru juga ada berkongsi kisah Rasulullah bertemu dengan bani Amir, bani Syaiban dan Bani Aus & Khazraj ketika musim haji jahilliyah untuk menyebarkan Islam dan bagaimana reaksi mereka. InsyaAllah akan ditulis dalam entri yang lain.

Notis penting:
a) Tulisan entri ini adalah gabungan daripada dua talk oleh Tuan Guru yang sempat dihadiri, yang pertama diManchester beberapa hari yang lepas dan kedua diWarwick Uni sebentar tadi.
b)Ada rakaman video dan gambar-gambar yang diambil, akan diupload dan diupdate apabila siap editing nanti.
c) Tulisan ini bukanlah sebiji-sebiji kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Guru tapi telah diolah mengikut pemahaman saya.
d) Sebarang kesalahan atau kekurangan minta jasa baik beritahu supaya boleh diubah dengan segera.

Terima kasih dan selamat! ;)