Monday, August 24, 2009

Melayu oh melayu

Sememangnya sejak zahir lagi. Pelbagai slogan-slogan telah diterapkan sebagai menyamai sikap ataupun perangai kaum melayu.

Slogan-slogan seperti Melayu mudah lupa. Melayu bersatu. hidup Melayu. Semuanya membawa pengertian sendiri kepada diri kaum2 Melayu. Tetapi interpretasinya mungkin berbeza mengikut taraf iq dan eq orang tersebut.

Contohnya mungkin remaja Melayu yang hisap dadah menginterpretasikan Melayu bersatu sebagai satu tanda untuk mereka bersatu hisap dadah dan usaha agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Begitu juga munkin terjemahan itu berbeza bagi Melayu entrepreneur kerana bagi mereka melayu bersatu adalah mewujudkan satu konsortium perniagaan agar mereka boleh ebrsatu dan saling membantu untuk menjadi lebih baik.

Begitu juga 'connotation' yang positif boleh bertukar menjadi negatif. Seperti slogan Melayu Boleh. Ditukar erti menjadi kegunaan untuk satu web yang memang disahkan ketulenan Melayunya.

Namun bagi aku, Melayu ini satu bangsa yang serba boleh. Lihatlah contoh dibawah:

Daripada berkebaya, ke memakai pakaian eksekutif atau berskirt.
Daripada memakai timun dan memakan jamu, ke Nivea, Biore, Clinique dan sebagainya.
Daripada bedak sejuk dan celak besi, ke make-up yang 'fullamak top nye dia'.
Daripada macam-macam lagi, ke macam-macam lagi yang malas hendak disebut memandangkan waktu berbuka hampir tiba.

Namun satu je aku pelik. Satu ni tak berubah. Kita tonton drama Melayu ye. Wanita2 eksekutif. Wanita2 seksi berskirt ini. Minum di starbuck paling rendah pun. Memakai pakaian berjenama. Lelaki2 korporat yang berbincang bisnes di kelab-kelab karaoke bilik ber sugar mummy.

Semuanya berubah mengikut peredaran zaman. Daripada apa yang orang gelar 'melayu kolot' sehingga ke 'melayu moden' (KONONNYA) sekarang.

Tapi bila kita tengok dan dengar balik perbualan mereka. Semua tak lari daripada pasal busuk hati sana. tikam belakang sini. Lontar batu sembunyi tangan sinun.

Maka persoalannya, macam-macam berubah. Namun sikap dengki melayu itu masih belum berubah. Kenapa?

*Tak percaya cuba kau tonton drama2 melayu korporat bisnes juta2.

Yang menunggu untuk berbuka puasa,
-ReverieMalaya-

Persoalan

Cuba tanya, andai kita tahu Ramadhan ini, ramadhan terakhir. Apakah yang kita akan lakukan??

Saturday, August 22, 2009

Dahulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika mulia, tekanlah ads aku. :)

Setiap kali jejak kaki atas marble putih ini. Sejuk. Nyaman. Enak sungguh perasaan ini. Jika dahulu bila pijak, semangat untuk berlari datang berkuap-kuap. Rasa nak melonjak. Rasa nak melompat. Sungguh selesa pijak atas marble putih sejuk ini. Entah marble itu keluaran mana aku tak tahu.

Bila pijak saja, terus 'dum dum dum dum dum' berlari. Laju sekencang kuda belang. Rasa macam akulah raja malam itu.

Dahulu bila tiba sahaja. Aku pergi riki tempat2. Riki kawan2 dahulu. Siapa nak team siapa malam itu. Siapa polis, siapa pencuri. Riki Pengawal keselamatan. riki line. Riki lighter ada ke tidak. Macam2 riki. Kena datang awal. Sebab nak riki semuanya.

Dahulu akal pendek lagi. Nafsu je panjang. Bersama dengan semangat tak kalah. Panjang. Lompat dari tiang batu entrance itu yang hampir setinggi setingkat. Sekadar nak membuktikan aku ni juara. Lawan lompat. Lagi tinggi dan tinggi. Aku juara. Kau tu tak ada apa. Kau tak berani lompat.

Dahulu mama aku pergi, balik berpeluh2. Aku juga pergi, balik berpeluh2 juga. Berpura2. Panas. Penat, ramai sangat orang. Sebab tu peluh. Mama aku bangga je. sampai satu insiden itu. insiden tak dapat diceritakan buat masa kini. hehe.

Huh, ini semua dahulu. Sekarang ni, Alhamdulillah. Bila masuk je masjid Al-Azim, lambang kemegahan orang Melaka. Aku cuba solat terawih sungguh2. Semoga segala niat berubah tak macam dulu lagi. Dulu kecik, sekarang dah besar.

Maka, semoga segala kemanisan dan kenikmatan ibadah dalam bulan Ramadhan ini dapat menyentuh hati-hati kita. Amin.

Yang dirindui,
-ReverieMalaya-